USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HIJRAH (CERPEN PART 11)
SLOT CERPEN : HIJRAH (Part 11)





"Jad? Hello?! Kau marah aku ke? Aku minta maaf. Aku tak sangka jadi macam ni. Parents kitorang yang beria-ria suruh kitorang kahwin. Minggu depan kitorang tunang dulu. Aku minta maaf sangat-sangat." jelas Khai. Sebak.

"Aku okay. Jangan gelabah doh. Aku tak marah, aku tumpang gembira untuk kau.." Aizad senyum dalam kepayahan. Sedikit demi sedikit air matanya menitis.

Khai terkedu. Itu Aizad ke? Aizad yang dia kenal dulu? Aizad yang panas baran dan suka melenting?

"Dia bukan jodoh aku. Aku redha." sambung Aizad lagi.

"Betul ke kau tak marah aku ni?" 

"Tak, aku tak marah. Tak ada guna pun aku marah kan? Aku redha. Kalau aku marah, sama juga macam aku marah Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku, kau dan Humaira." 

Khai diam. Rasa serba salah menyelubungi diri. 

***

"Humaira, petang tadi ada orang datang meminang kamu." Dato Hamdan bersuara memecah kesunyian di meja makan. Tersedak Humaira. Kunyahannya dihentikan.

"Apa?! Habistu papa cakap apa? Papa, minggu depan kan Humaira dah kena tunang dengan Khai?"
Dato Hamdan mengeluh berat.

"Bila papa fikir balik, orang yang masuk meminang kamu tadi lebih baik dari Khai. Dia pelajar University Al Azhar, Mesir. Dia boleh bimbing kamu. Khai tu apa ada? Masa depan pun tak ada. Dia kerja apa sekarang? Kerja di restaurant je kan? Dah kahwin nanti mesti dia kikis harta kamu, harta papa. Ilmu agama dia cukup ke untuk bimbing anak papa? Papa bukan nak hina dia, tapi ini kenyataan." bertubi-tubi soalan diajukan kepada Humaira. Walaupun dia bukannya warak sangat, tapi dia mahukan yang terbaik untuk Humaira.

"Papa! Khai tu baik lah. Cuba papa husnudzhon dengan dia? Dia tak macam yang papa sangka. Kekayaan tak penting. Dan dia bukannya mata duitan.  Ilmu agama dia boleh belajar. Dia bukannya jahil sangat. Lagipun haritu papa dengan mama beria-ria nak Humaira kahwin dengan Khai." Humaira mengeluh kecewa. Kenapa dia bermati-matian membela Khai? Jawapannya ada pada hati. Hati yang tidak keruan tiap kali bersama Khai. Walaupun mereka macam anjing dengan kucing. Kadang kadang fasal benda kecil pun nak gaduh.

"Tak. Papa dah ubah fikiran. Papa nak Humaira kahwin dengan Hakim juga. Tak ada bantahan!" kata Dato Hamdan tegas. Humaira tercengang. Datin Sofia juga.

"Abang, kita kan dah setuju? Persiapan kahwin mereka dah hampir siap. Tak kan nak cancel? Mana saya nak letak muka saya ni? Khai bukan macam yang abang sangka. Memang Hakim tu anak orang berada, cukup ilmu agama. Tapi kalau Humaira dah tak suka tak kan nak paksa?" celah Datin Sofia membantah.

Humaira diam. Hakim? Hakim mana ni? Ramai Hakim dia kenal.
Berkerut kerut dahi Humaira. Satu persatu masalah timbul.

"Humaira, maafkan papa. Papa cuma nak kan yang terbaik untuk anak papa. Tak apa, macam ni. Esok mereka datang semula untuk dapatkan keputusan kita. Humaira jumpa dia dulu. Mana tahu Humaira kenal dia ke? Okay?" pujuk Dato Hamdan.

Humaira mengangguk perlahan. Dia bangun lalu mengatur langkah ke singki. Seleranya mati. 

"Humaira masuk tidur dulu. Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam." jawab Dato Hamdan dan Datin Sofia serentak. Kasihan mereka melihat Humaira. 

***

Humaira melangkah ke taman mini di tepi rumahnya. Kata papanya, lelaki yang melamarnya ada disitu. Dari jauh dia lihat dua susuk tubuh sedang bersembang. Seorang perempuan bertudung labuh. Manakala seorang lelaki berbaju T-shirt duduk membelakanginnya.

"Assalamualaikum." sapa Humaira.

"Waalaikumussalam." jawab mereka serentak seraya memandang Humaira.
Gadis bertudung labuh yang duduk disebelah lelaki itu tersenyum manis. Lelaki bertshirt hitam itu menoleh memandang Humaira.
Humaira mengamati wajah itu. Ya, familiar sangat. Macam...

"Aizad?!!" hampir terjerit Humaira. Dia menekup mulut. Sejemput janggut di dagu Aizad buat dia hampir tidak mengenali mat salleh celup tu. Aizad tersengih. 
Humaira bagaikan tidak percaya. Jadi Hakim yang dikatakan oleh papanya adalah Aizad Hakim? Ahh, tak mungkin.

"Cik Humaira, duduklah. Kenapa tercegak aje?" Aizad mematikan lamunan Humaira.
Humaira duduk bertentangan dengan mereka.

"Ini siapa?" tanya Humaira lalu mengalih pandangan kepada gadis bertudung labuh disebelah Aizad.

"Ini Alia. Adik aku. Alia, ini lah Humaira yang abang selalu cerita tu."
Alia terus bersalaman dan berlaga pipi dengan Humaira. 

"Ouh jadi ini lah bidadari yang berjaya tawan hati abang Aizad? Cantik." puji Alia sambil mencubit perlahan pipi Humaira. Humaira tersipu malu.

Aizad ketawa. Suka melihat Alia menyakat Humaira.

"So, straight to the point. Sudi tak kau jadi isteri aku?" Aizad kembali serius.
Humaira tersentak. 
"Tapi aku.." 

"Ya, aku tahu minggu depan kau akan bertunang dengan Khai. Tapi aku tahu kau tak suka dia kan? Dua hari lepas aku dapat tahu dari mulut Khai sendiri yang dia akan bertunang dengan kau, aku terkejut. Aku belajar untuk redha. Sebelum ni aku ada suruh parents aku masuk meminang kau bila aku dah balik Malaysia. Lepas aku dapat tahu je kau akan bertunang dengan Khai, aku suruh parents aku cancel. Tapi dorang tetap paksa. Selagi kau tak kahwin dengan Khai, aku masih ada peluang. Ikutkan aku balik sini bulan depan, masa korang kahwin.  Jadi aku tanya lagi sekali, sudi tak kau jadi isteri aku?" ucap Aizad lembut.

Humaira diam. Sukar untuk dia buat keputusan antara Khai dan Aizad. Ya Allah, bantu aku.

"Bagi aku masa." Akhirnya Humaira bersuara. 

"Kau suka Khai?"

"Tak! Aku tak suka dia!" 

"Jadi kenapa kau perlukan masa kalau kau tak suka dia?"

"Kalau kau kat tempat aku, kau pun akan susah bagi jawapan. Aku kena jaga tiga hati. Hati mama aku yang nak aku kahwin dengan Khai, papa aku yang nak aku kahwin dengan kau. Dan Makcik Amnah, ibu Khai. Harap sangat kitorang kahwin. Aku tersepit ditengah antara korang. Kahwin ni bukan benda main-main. Tak kisah lah kau ustaz, sheikh, habib sekalipun, semua tu tak penting bagi aku. Aku suka yang sederhana." kata Humaira agak tegas. Dia tidak suka dipaksa.

"Jadi kau pilih Khai?" soal Aizad lagi.

"Aku perlukan masa. Tolong faham. Serahkan semua pada Allah. Kalau kita bukan jodoh, belajar untuk redha. Ada yang lebih baik dari aku. Assalamualaikum." Humaira terus berdiri dan berlalu masuk ke rumahnya.

Aizad mengeluh berat. Alia menepuk perlahan bahu abangnya.

***

"Aizad datang rumah aku minggu lepas." 

Khai terkejut. Suara Humaira kedengaran lain dari selalu. Dia menangis?

"Eh. Dia kata bulan depan baru dia balik? Dia buat apa dekat rumah kau?"
Dahi Khai berkerut.

"Dia datang masuk meminang aku." suara Humaira mendatar.

"Ouh. Baguslah. Terima je. Tak payah lah aku kahwin dengan kau. Itu yang kau nak kan?" Khai senyum. Timbul rasa sebak dihati. Kenapa aku rasa macam susah nak lepaskan Humaira?

"Tapi aku tetap kena kahwin juga. Dengan Aizad pula tu." Humaira merengus geram.

"Bukan itu yang kau nak ke? Kau kan suka dia?" 

"Benda lepas, Khai. Aku tak nak ingat balik. Dua tahun, aku dah lupakan semuanya."

"Jadi keputusan kau?" Khai tidak sabar ingin tahu. Dia redha jika Humaira memilih sahabatnya, Aizad.

"Kita tunang minggu ni kan? Hari sabtu. Persiapan tunang dengan akad nikah hampir siap. Kau rasa patut cancel ke?"

Soalan dijawab dengan soalan. Khai tersengih.
"Kau kan kaya. Benda kecil je tu. Cancel jelah. Lagipun kau sesuai dengan Aizad. Dia kaya, setaraf dengan kau. Berpendidikan. Kat Mesir kot. Lelaki idaman malaya tu. Aku apa ada? Kerja pun tolong mak aku kat restaurant je. Ilmu agama aku cetek. Aku tak yakin boleh bimbing kau. Diri aku sendiri pun tunggang langgang." Khai mahu Humaira memilih Aizad yang jauh lebih baik darinya.

***

Humaira menjerit kerana stress. Bantal ditekup ke muka. Lusa dia akan bertunang dengan Khai. Jika dia memilih Aizad, pertunangan itu akan dibatalkan.

"Humaira?" pintu bilik Humaira ditolak oleh seseorang. 

"Ya mama?" Humaira bangun dari pembaringan apabila melihat mamanya. Dia bersila di atas katil. Rambutnya diikat. Sebuah senyumam dihadiahkan kepada Datin Sofia.

"Dah buat keputusan?" Datin Sofia duduk disebelah Humaira.

Humaira mengeluh berat. Sudah mengagak soalan itu yang akan keluar dari mulut mamanya.
"Hmm. Sebenarnya dah, tapi Humaira tak yakin." jawab Humaira jujur. Ya, memang dia sudah ada jawapan setelah beristikharah dari minggu lepas. Tapi dia tak yakin. Di dalam mimpinya asyik keluar orang yang sama. Orang yang dia sendiri tak sangka itu jodohnya.

"Humaira kena yakin, okay? Nanti mama call kedua-dua pihak. Suruh mereka datang sini dan Humaira beritahu keputusan Humaira ya? Mama keluar dulu. Nak tolong Mak Teh masak."

Datin Sofia keluar dari bilik Humaira. 

Humaira diam seketika. Masih memikirkan keputusan yang akan dia umumkan nanti.

***

Humaira, Dato Hamdan dan Datin Sofia duduk diruang tamu menanti kehadiran tetamu mereka. Humaira hanya mengenakan sepasang baju muslimah hitam, kain hitam dan tudung labuh hitam. Bukan nak pergi mana pun. Matanya asyik memandang skrin phone. Tepat jam 12 seperti yang dijanjikan,  keluarga Aizad dan Khai akan datang kerumahnya.

Ting tong!

Bunyi loceng memecah kesunyian. Mak Teh berlari ke muka pintu lalu menekan remote kawalan jauh pagar rumah banglo dua tingkat itu. Dua buah kereta meluncur masuk ke kawasan rumah Dato Hamdan.

"Assalamualaikum." salam diberi serentak dua buah keluarga kecil milik Aizad dan Khai. 

"Waalaikumussalam." jawab Humaira dan keluarganya juga serentak. Dia mencari kelibat Khai. Ada dibelakang Makcik Amnah. Khai hanya memakai kemeja dan seluar jeans. Matanya kemudian mencari kelibat Aizad. Tiada. Tak kan budak tu tak datang?

Semua melabuhkan punggung di atas sofa empuk milik Dato Hamdan selepas bersalaman dan bertanya khabar. Ruang tamu itu cukup besar untuk menampung ramai orang.

"Hakim mana?" Dato Hamdan mengajukan pertanyaan kepada Dato Zikri dan Datin Zahra.

"Aizad? Ouh dia on the way. Dia di Puchong. Ada hal katanya. Nanti dia sampai." jawab Dato Zikri sambil tersenyum.

Mak Teh tiba sambil membawa dulang air dibantu dengan seorang lagi pembantu dibelakangnya membawa sedikit kuih muih, kek coklat dan biskut.

"Jemput makan. Sementara menunggu anak bujang Dato sampai. Maaflah tak seberapa. Lepas ni baru kita makan makanan yang disediakan kat dapur tu." Dato Hamdan memandang Dato Zikri. 

"Eh tak apa lah. Cukup lah ni. Susah-susah aje. Kami dah makan sebelum datang sini tadi." Dato Zikri tersengih.

Sedang semua asyik rancak berborak, telefon bimbit milik Datin Zahra berbunyi.
Semua senyap serta merta.

"Maaf ya. Saya jawab panggilan ni dulu." Datin Zahra menekan butang hijau lalu melekapkan telefon ke telinganya.

"Waalaikumussalam. Ya saya mak kepada Aizad Hakim. Apa, kemalangan?!!" bagai kena serangan jantung, Datin Zahra hampir melepaskan telefon bimbitnya. Lututnya bergetar. Matanya berkaca. Dato Zikri terkejut. Dia mengambil telefon ditangan isterinya. Semua yang ada disitu turut terkejut.

"Dia di hospital mana ya? Okay, terima kasih." Dato Zikri menamatkan panggilan. Dia terus berdiri.

"Mari ke hospital. Aizad kritikal."

Humaira tersentak. Dia memandang kearah Khai yang juga memandangnya. Jantungnya berdegup laju. Dia teringat sahabatnya, Aira. Adakah Aizad juga akan pergi meninggalkannya?




-Bersambung-


0 Comments:

Post a Comment


Written at 3:30 PM