USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

CINTA LIMITED EDITION (CERPEN PART 3)
SLOT CERPEN : CINTA LIMITED EDITION (Part 3)

"Weyyy riana, tu dia kan , dia kan yg dalam teksi hari tu , kembar Fateh Seferagic kan ?" Bisik qila kepadaku. 

"Memang sah dia ni , apa dia buat dekat sini , takkan lah dia terlibat dgn Group Inspirasi Dakwah". Kata hatiku . 

"Uittt Ishaira Ariana mengelamun , jatuh cinta kah ? Haha , wey tengok dia pakai baju wrna hijau , kau pun sama , ada jodoh laa." Qila mengusikku .

"Apaa dia , mana ada , pandai kau je." Balasku sambul cuit lengan qila .

Kak izzati memanggil kami kerana perbincgn hampir bermula . Kelihatan pemuda tersebut ada di perbincgn tersebut . 

"Ehh jap , kenapa dia kat sini juga, ntah2 dia ahli ID  ?" Kata qila .
Aku mendiamkan diri . Hati menjadi tidak keruan . Huishh sabar riana , jangan pandang , fokus . 

****

"Alhamdulillah , Allah memberi peluang kepada kita untuk sama sama berada di perbincgn projek inspirasi dakwah". Kak zati mula bicara .

"Okaylah , mari kita taaruf dulu ,yang di hujung sana akak perkenalkn , Izz Falique Amsyar iaitu president INSPIRASI DAKWAH yang bru saja menghabiskan pengajiaanya di Jordan dan baru saja pulang ke Malaysia beberapa minggu yang lepas". jelas bicara kak zati .

Aku dan aqilah saling berpandangan seperti ada sesuatu yang ingin kami katakan . Qila pandang aku . Aku pandang qila .

"Dia ? Admin ? Biar betul . Tpi kalau ikutkan nama admin Inspirasi Dakwah tu org panggil Amsyar tpi memang la tak pernah kenal dia tu siapa , lagi pun gmba dia pun tak prnh dia tunjuk , misteri betul". Bentak hatikku .

Aku memadang ke arah pemuda itu . Dia memberikan senyuman kepada semua staff setelah dirinya diperkenalkn .

"Yang di sebelah akhi iz amsyar ialah akhi zubair, ahli group biasa panggil dia akhi bei , dia juga baru sahaja menghabiskan pengajiannya di Kaherah, Mesir." Jelas kak zati lagi .

"Haaa yg belah kiri kak zati ni pulak , ukhti sarah , ukhti mira , ukhti fiqa , ukhti azura , ukhti syahirah . Di sana pula akhi fazli yang merupakan blogger untuk ID (inspirasi dakwah) merangkap zauj (suami) akak  , akhi faiz , akhi aizat dan akhi azhan".  Dengan cukup pantas kak izzati perkenalkan mereka .

Aku dan aqilah masih lagi dalam proses mengingati nama nama mereka .
Tiba - tiba kak izzati bersuara. "Haaa terlupa pulak nk kenalkan pd korang , yang ni nama dia Ishaira Ariana yg merupakan pelajar di UIA yang mengmbil bidang Undang-undang Syariah dan yang ini pula Balqis Aqilah yang merupakan pelajar UIA dan menceburi bidang yang sama seperti ariana , insyaAllah mereka berdua ni bakal peguam". Gurau kak zati .
Peguam ? Hehe , insyaAllah . Kami hanya tersenyum .
 
Perbincgn bermula . Pertama kalinya aku mendengar suara pemuda yang dikenali sebagai Iz Falique Amsyar . 

"Huishhh nama panjang mcm pempuan, haha." Bisik hatiku .

Dia menerangkan konsep , visi serta misi projek yang akan dilaksanakan oleh group ID.

*****

"Akhi iz amsyar , anta kenal ke dengan mereka berdua yang kak zati baru perkenalkn tu , ana tengok reaksi akhi masa tengok mereka berdua tu macam nampak hantu , hahaha." Usik bei  .

Iz tersenyum mendengar gurauan dri sahabatnya .
"Hmmm , nama Ishaira Ariana rupanya perempuan tu." Bisik hati Iz .

"Amboiii akhi , mengelamun siap tersenyum lagi". Bei makin galak menyakat sahabatnya itu . Iz tersentak daripada lamunannya itu .

"Erkkk..ana tak kenal pun dia tu , jumpa pun tak , tu bru pertama kali jumpa." Bohong iz .

"Alaa kang aku cerita, nanti makin galak si bei ni sakat aku tpi alaa citer jela". Kata iz kepada dirinya .

"Hmm , sebenarnya bei , ana pernah jumpa 2 ukhti tu, ana naik satu teksi dengan ukhti tu sebab teksi yang mereka naik rosak. " jelas iz . 

"Hahaha , kann nampak tu anta tipu ana . Akhi jatuh cinta kah ? Dengan yang mana satu ?". Kata bei smbil tertawa .

Iz menggaru kepalanya yang tidk gatal itu .
"Haaa , amek kau iz padan muka , siapa suruh cerita. Kan dah." Omel iz kepada dirinya. 


****


Malam itu , aku lihat entri dari blog Encik Macho . Mana tahu ada entri terbaru  .

"Ehh baru lagi ni dia update, mesti best." Kataku . Zappppp , tergamamku melihat tajuk entri yang baru diupdate oleh Encik Macho . Tergamam , kaku seketika .


BERSAMBUNG


0 Comments:

Post a Comment


Written at 4:19 PM