USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HIJRAH (CERPEN PART 13)
SLOT CERPEN : HIJRAH (Part 13)




Alia bergegas ke cafe hospital sementara menunggu Aizad menjalani rawatan mingguan bersama Dr. Kim. Tekaknya terasa kering.

"Alia! Alia!" satu suara asing memanggil dari belakang. Alia memberhentikan langkahnya lalu menoleh. 

"Eh. Abang Khai? Buat apa kat sini?" tanya Alia pelik. 

"Abang demam. Batuk makin teruk. Nasib baik tak kena tahan dalam wad. Alia teman abang Aizad buat rawatan ya?" 

"Laa demam? Syafakallah Abang Khai. Sakit tu kifarah dosa. Allah nak hapuskan dosa abang tu. Hee ya. Teman Abang Aizad. Alia dahaga. Nak pergi beli air kejap." Alia senyum. Khai mengangguk.

"Eh. Lupa pula. Kak Humaira mana? Dia tahu tak abang sakit ni? Larat ke drive? Kenapa tak ajak Ain ke?" tanya Alia risau melihat muka pucat Khai.

"Kak Humaira? Bukan dia kisah pun. Alaa tak apa. Sikit aje ni. Abang kan sado. Hahaha." Khai sengih. Dia menumbuk dadanya dua kali. Alia ketawa kecil.

"Okay lah Abang Khai. Jaga diri. Alia pergi dulu. Assalamualaikum."
Alia terus membuka langkah sebaik salam dijawab.

***

Khai baring di sofa ruang tamu. Demamnya makin teruk. Puan Amnah sudah berulang kali menyuruh Khai ke hospital, tapi Khai tetap berdegil. Khai memang dari kecil takut bila diajak ke hospital. Tak suka jarum. Tak suka doktor. Darah? Jangan tanyalah. Nampak darah je terus pengsan. Itulah kelemahan Khai di sebalik wajahnya yang tampan dan perasan sado.

Kedengaran lagu Baby nyanyian Justin Bieber dinyanyikan oleh handphonenya. Khai meniti skrin handphonenya. Lama. Tertera nama 'Nenek Kebayan' di skrin. Sengaja dia letak nama itu sebagai panggilan untuk Humaira yang suka membebel macam mak nenek. Kalau Humaira tahu, mesti kena belasah sampai lumat. Cari nahas betul kau, Khai.

"Haa nak apa?" Sergah Khai selepas menekap handphonenya ditelinga.

"Waalaikumussalam." perli Humaira.

"Sepatutnya kau yang bagi salam." jawab Khai geram.

"Aku tak sempat cakap lagi kau main terjah je. Haa, kau kat mana?" tanya Humaira kasar. Jangan berlembut sangat dengan Khai ni. 

"Apehal? Aku kat hutan ni haaa. Tebang pokok. Kau nak join ke?" jawab Khai selamba.

"Boleh tak serius sikit? Kau kat mana? Papa aku nak jumpa ni. Nak ajak main golf katanya. Eh kejap. Kenapa suara kau lain macam eh?" tanya Humaira pelik. Bukan risau, pelik je.

"Aku demam lah. Cakap kat papa kau, aku demam. Aku tak larat. Jangan cakap benda lain pula. Aku sekeh karang." pesan Khai tegas.

"Demam? Padan muka. Lain kali jaga kesihatan tu. Kerja kuat sangat. Kau ingat aku tak tahu kau selalu skip breakfast? Petang aje main skate. Tak pernah nak lekat kat rumah. Kau tahu tak.."

"Woi! Kau ni. Ishh. Sakit hati aku. Aku demam pun kau masih membebel. Lepas ni tak tahu lah bila kau dah jadi isteri aku. Hari-hari aku hadap muka kau, dengar suara kau. Bernanah telinga aku tahu tak. Fasal breakfast tu mesti ibu aku bagitahu kan? Eh dah lah. Aku rasa sesak nafas pula cakap dengan kau lama-lama. Cakap aje kat papa kau aku demam. Kalau dia tak percaya suruh dia call aku. Okay bye." Khai terus menamatkan panggilan tanpa sempat Humaira bersuara.

Beberapa minit kemudian, handphone Khai berbunyi lagi. Khai mengeluh berat.

"Apa lagi perempuan ni nak?" Khai merengus geram. Dia meniti skrin handphonenya. Terbeliak bji mata Khai. Bukan nama 'Nenek Kebayan' yang tertera di skrin, tapi Dato Hamdan, bakal ayah mertuanya.

"Assalamualaikum." Dato Hamdan memberi salam sebaik panggilannya dijawab.

"Err. Waalaikumussalam. Ada apa pakcik?" 

"Humaira kata kamu demam? Teruk ke? Dah pergi hospital? Pakcik baru ingat nak ajak main golf. Bosan pula hujung minggu ni." 

"Dah pergi tadi. Saya okay je pakcik. Sikit je ni. Hehe. Maaf pakcik, lain kali kot."

"Ouh. Tak apalah. Ibu kamu ada dekat rumah?" 

"Tak ada. Baru keluar dengan Ain lepas membebel suruh saya pergi hospital. Mereka pergi beli barang dapur. Kenapa pakcik?"

"Kamu mesti belum makan tengah hari kan? Mari datang rumah pakcik. Makan kat sini. Kamu tu dah lah tak sihat. Makin teruk pula nanti." pelawa Dato Hamdan. Siapa tak sayang bakal menantu. Hahaha.

Khai menelan air liur. Baik betul bakal mertua aku ni. Tapi anaknya..haihh.

"Eh tak apa lah pakcik. Kejap lagi ibu balik tu."

"Tak apalah. Kamu siap cepat. Nanti driver pakcik datang ambil ya. Assalamulaikum." panggilan ditamatkan. Khai menepuk dahi.
Ayah dengan anak sama je. Suka paksa orang. 

***

Humaira mengurung dirinya di dalam bilik. Dia tak akan keluar selagi Khai tak balik.

"Kau ni kenapa?" sergah Amira sebaik membuka pintu bilik Humaira. Dilihatnya Humaira sedang baring sambil membaca majalah ditangannya.

"Kenapa apa?" tanya Humaira. 

"Sampai bila nak terperap dalam bilik ni?" Amira menapak ke arah katil Humaira.

"Kau tahu tak siapa kat bawah tu?" 

"Khai lah. Siapa lagi." jawab Amira selamba.

"Aku malu nak turun." 

"Malu kenapa? Tapi kan, aku tengok papa kau macam suka dekat Khai tu. Dia memang selalu datang sini eh?"

"Selalu sangat. Menantu kesayangan papa aku." jawab Humaira. Humaira menekup mulut bila menyedari dia terlepas cakap. Alamak.

"Menantu?! Bila kau kahwin dengan Khai? Weh sampai hati kau tak bagitahu aku. Berapa hari dah aku duduk rumah kau, tapi kau langsung tak cerita apa-apa." Amira terkejut. Dia menarik muka masam.

"Eh silap. Bakal menantu lah. Baru tunang. Belum kahwin. Alaa rileks lah. Tak penting pun sampai aku kena cerita dekat kau." 

"Tak penting kau cakap? Weh cerita lah. Macam mana kau boleh tunang dengan Khai? Dan kenapa bukan Aizad?" Amira tidak sabar ingin tahu.

"Laa dah jodoh aku dengan dia. Nak buat macam mana." Humaira menjeling Amira sekilas. Matanya masih tidak lepas memandang majalah di tangan. Bukan baca pun. Mata pandang majalah, fikiran ke tempat lain.

"Baik kau cerita." Amira membuat mimik muka serius. Geram dengan Humaira yang suka sangat berahsia dengannya.

"Malaslah. Panjang sangat. Bukan best pun ceritanya macam cerita dongeng." 

"Tak apa. Pendekkan. Cepat, aku nak dengar." 

Humaira mengeluh berat. Mengada betul minah ni.

***

"Adik nak beli apa lagi?" tanya Aizad kepada Alia yang matanya masih melilau di sekitar pasaraya itu. Entah apa yang dia cari.

"Err. Abang nak makan tak? Adik lapar." Alia tersengih. Tercengang Aizad dibuatnya. Patutlah asyik pusing tempat sama aje. Cari Restaurant rupanya.

"Abang pun lapar. Jom lah makan."

"Pening lah. Besar sangat Times Square ni sampai lupa kat mana Restaurant." Alia ketawa kecil.

Setelah penat mencari, akhirnya Aizad dan Alia melabuhkan punggung di kerusi Restaurant itu. Mereka mengeluh nafas berat. Penat sungguh.

"Rindu nak keluar macam ni dengan abang. Hehe. Kenapa abang tak ajak abang Khai sekali tadi?"
Alia bersuara sebaik selesai memesan makanan.

"Khai? Siapa Khai?" 

"Abang Khai lah. Yang hari tu datang rumah ajak abang keluar tu. Ingat tak?"

"Ouh! Khairul? Ingat, ingat." Aizad tersengih malu.

"Abang masih tak dapat ingat apa-apa lagi ke?" tanya Alia. Dia merenung mata coklat milik Aizad.

Aizad menggeleng.
"Maafkan abang dik. Abang tak dapat ingat langsung. Boleh abang tahu kenapa abang boleh kemalangan? Kali terakhir abang kat mana?" tanya Aizad ingin tahu. Alia senyum tawar. Serba salah nak cerita.

"Hmm. Abang kemalangan masa perjalanan ke rumah Kak Humaira dari Puchong. Masa tu papa dengan mama suruh abang datang cepat. Kami semua tunggu abang. Tiba-tiba mama dapat panggilan dari hospital.  Mama lemah sangat bila dapat berita abang kemalangan. Kami semua yang ada kat situ terkejut. Seminggu abang koma. Doktor kata keadaan abang parah sangat. Kami ingat abang tak boleh sembuh. Tapi kerana doa-doa orang disekeliling abang, terutama mama yang tak putus asa tunggu abang sedar, Alhamdulillah,  sekarang abang dah ada depan mata adik. Cuma....adik nak Abang Aizad yang dulu. Yang selalu menyakat adik, luangkan masa dengan adik, yang setiap masa tak pernah lupa cakap abang sayang adik. Tapi adik percaya, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Cepat atau lambat, abang mesti ingat semula. Adik, mama dan papa akan selalu ada dengan abang. Kami akan tolong abang ingat semuanya." jelas Alia panjang lebar. Matanya berkaca.

Aizad diam. Macam-macam perasaan ada bercampur baur. Sedih, terharu. Apa yang Alia katakan sangat menyentap hatinya. Dia tahu dia bukan abang yang baik. Dia tak boleh jadi abang kepada Alia Airina macam dulu.

"Adik, abang mintak maaf." tutur Aizad perlahan. Setitis demi setitis air mata mengalir jatuh ke pipi. 

"Abang perlukan adik, mama dan papa untuk tolong abang ingat semua. Abang perlukan kalian dalam hidup abang. Abang sangat beruntung ada keluarga yang sayang abang. Abang minta maaf sebab abang masih tak boleh jadi macam dulu." sambung Aizad lagi. Dia menggenggam tangan Alia erat.

Alia senyum. 
"Its okay. Walau apa pun, you are the best brother ever! Sayang adik kat abang tak pernah berkurang. Abang cuba ingat slow-slow. Kami tak paksa. Kalau Allah dah kata abang tak kan ingat sampai bila-bila, adik redha. Kita mana boleh lawan takdir. Kan?"

Aizad mengangguk.
"Thanks dik." Aizad serba salah. Dia tahu Alia berlagak kuat di hadapannya. Dia juga tahu Alia menahan air mata dari mengalir keluar tadi. Ya Allah, kuatkan kami.

Sibuk bersembang, hingga tidak sedar makanan yang mereka pesan sudah ada di atas meja.
"Cepat makan dik. Sejuk tak sedap nanti."

"Aizad Hakim?" satu suara menyapa lembut.
Aizad dan Alia menoleh kearah suara itu.

Seorang gadis bertudung labuh dan berkulit putih mulus berdiri di tepi meja mereka.
Alia mengukir senyum manis.

"Ya, saya Aizad. Awak siapa?" tanya Aizad pelik. Dahinya berkerut. Alia juga.

Gadis itu mempamerkan riak wajah terkejut. Aizad tak ingat dia? Heh. Kalau benci aku sekalipun, jangan lah buat-buat lupa. Dia berdialog dalam hati.

"Saya Shazleen Ilyana. Tak kan awak tak ingat?" tutur Shazleen ramah. Dia mengawal perasaan geramnya. Dua tahun tak jumpa, sekarang bila dah jumpa, begini pula jadinya. Aizad diam. Dia mengerli kearah Alia di hadapannya tanda menyuruh Alia berkata sesuatu.

"Err. Maaf Kak Shazleen. Abang Aizad amnesia. Dia tak boleh ingat sesiapa. Kakak kenal dia?" sampuk Alia. Risau juga dia. Mana tahu Shazleen salah orang.

Sekali lagi Shazleen terkejut. Amnesia? Ya Allah.
"Ya kakak kenal dia. Kami satu sekolah dan satu kolej dulu. Alia kan?" Shazleen senyum. 

"Ouh. Ya saya. Sila duduk kak." pelawa Alia. Dia menepuk kerusi di sebelahnya. Shazleen duduk. Dia beristighfar dalam hati kerana berfikir buruk tentang Aizad tadi.

"Macam mana Aizad boleh amnesia?" tanya Shazleen kepada Alia. Aizad hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak dapat mengingati Shazleen.

"Abang Aizad kemalangan dua minggu lepas. Seminggu abang koma. Then sedar je doktor kata dia amnesia." jelas Alia.

"Ouh. Maafkan akak." 

"Tak apa."

"Aizad, awak tak ingat saya langsung?" tanya Shazleen. Sedih pula. Dua tahun dia mencari Aizad untuk meminta maaf. Shazleen yang dulunya gedik, pakai baju tak cukup kain, sekarang sudah menjadi seorang muslimah sebenar yang menutup aurat. Tidak sangka ramai yang sudah berubah. Mula-mula Humaira. Kemudian Aizad lalu diikuti pula dengan Khai. Dan sekarang Shazleen. Cantiknya perancangan Allah.
Aizad menggeleng. 

Shazleen mengeluh kecewa.

"Tak apa lah kalau awak tak ingat. Saya cuma nak minta maaf kalau saya ada buat salah dekat awak."

"Saya maafkan." jawab Aizad ringkas.

"Okay lah Alia. Akak balik dulu. Akak gembira dapat jumpa Alia dengan Aizad dekat sini. Assalamualaikum." Shazleen berdiri. Dia bersalaman dan berlaga pipi dengan Alia kemudian terus menapak keluar dari restaurant itu.

***

Assalamualaikum sayang. Musytaqun alaik T.T -Jasmin

Humaira tersenyum sebaik mendapat satu pesanan ringkas dari Jasmin. Dia juga rindu. Mereka sudah jarang berhubung sejak Jasmin selalu sibuk. Tapi doa ada. Tak pernah dia lupa walau sekali untuk mention nama Jasmin yang sudah dia anggap seperti kakak kandung.

Waalaikumussalam kesayangan. Musytaqun aidhan. Khaifahaluki? -Humaira

Alhamdulillah, ana bikhair. Wa Humaira? -Jasmin

Alhamdulillah, ana aidhan. Kak Mien kat mana? Ada kat KL atau masih kat Perak? -Humaira

Akak ada dekat depan rumah adik ni. Keluarlah. -Jasmin

Humaira terkejut. Dia turun dari katil lalu menyelak langsir biliknya. Sebuah kereta myvi hijau milik Jasmin terparkir di luar pagar rumahnya. Terus dia bergegas turun ke bawah untuk menyambut kedatangan Jasmin. Ahh, rindu.

"Kak Mien!" Humaira terus meluru kearah Jasmin lalu memeluknya. 

"Hai Humaira comel." Jasmin membalas pelukan Humaira. Erat.

"Rindu sangat. Jom keluar? Eh assif. Masuk lah dulu. Akak parkir kereta kat dalam ya. Nanti adik suruh Mak Teh buatkan air." pelawa Humaira ramah.

"Eh tak apalah. Akak datang memang nak ajak Humaira keluar. Pergi minta izin mama dengan papa dulu." Jasmin tersenyum disebalik niqabnya.

"Okay kak. Wait here. Nak tanya mama."

"Okay sayang."

-Bersambung-


0 Comments:

Post a Comment


Written at 6:38 PM