USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

CINTA LIMITED EDITION (CERPEN PART 2)
SLOT CERPEN : CINTA LIMITED EDITION (Part 2)

"Uit makcik , jauh mengelamun , ingat pemuda yang muka dia sama macam Fatih Seferagic yang dalam teksi tadi tu ke?". Usik qila .

Zapppp , sentap . Qila ni boleh baca fikiran aku ke ? .
"Erkkk...eh...hmmm..mana ada , aku penatlah , malam tadi aku tidur lambat." Jawabku. Hmm , tapi muka dia memang seiras dengan Fatih Seferagic .

Siapa dia ? Hehe , korang cuba tanya Mr Google .

Wahai hati, buang perasaan tu , memang fitrah perasaan tu tpi jangan sampai melebih lebih , okay , okay lupakan.
Oh ya , qila ikut aku pulang ke pantai timur , tanah airku . Mahu cari kedamaian di tempat orang katanya . Aku lihat sebelah , rupanya minah ni dh tidur dulu , patutlah diam. Aku cuba melelapkn mata namun tewas , mungkin aku agak tak selesa kot.

Tiba - tiba aku teringat qila bgthu yg Encik Macho ada update entri baru . Lalu aku terus mengeluarkan tab dan jari menari di atas keyboard menekan halaman Encik Macho.

Hmmm , tajuknya kali ni sungguh sentap . "Muslimah Solehah Tidak Suka Dipandang Dan Ditayang." Baca entri dia , memang kau sendiri gigit jari. Tiba tiba satu entri baru keluar , eh kejapnya , walhal baru semalam dia update , biasanya seminggu sekali je dia updte , ni bru semalam keluar entri bru then hri ni publish entri baru lgi . 

Tajuknya "Cinta" . Tergamam melihat entri barunya ini . Aku terus membaca isi kandungnnya .

"Tak perlu cari yang soleh atau solehah , didik diri kita untuk menjdi soleh atau solehah barulah Allah bagi yang sama dengan kita . Jodoh tu takkan pergi mana , jika Allah telah tetapkan seseorang itu sebagai pasangannya, akhirnya mereka akan bersama .Jaga pandanganmu sebaik mungkin , kerana dari pandangan jatuhnya ke hati" lidahku terkelu saat membaca ayat ni .

Ingin sekali untuk aku mengenali namanya , rupanya . Pemuda misteri yang dikagumi ramai orang . Oh tak mungkin . Lupakan

*****


Setelah tiba di stesen bas Kuala Terengganu , kelihatan ayah dan adik bongsuku melambaikan tangan ke arahku . Memberi isyarat mungkin . Lalu aku dan aqilab menuju ke arah mereka . Ayah menolong aku mengagkat barang2 yang dibawa pulang dari U. Setibanya di rumah , umi insan pertama yang aku peluk . Rindu . Rindu . Berjauhan dengan ratu hati tu sakit . 

"Ishaira Ariana anak ummi ni sihat tak ?"  Soal umi.


"Alhamdulillah umi , riana sihat je, along mana umi ?" Mataku melilau mencri kelibat along namun hambar.


"Along kamu tu biasa lah , selagi matahari tak terbenam selagi tu la tak balik , sibuk sangt dekat office , nasib belum ada isteri , kalau ada tak tahu la ummi nak ckp apa." Panjng bicara umi. Geli hati melihat telatah umi .


"Ehhh , sori beb , kesian kau dok terkebil kebil dari tadi." Kataku kepada qila yang tersipu malu


 "Umi , ni lah Aqilah yang riana cerita tu." Kataku kepada umi .

Lalu dia berjabat tangan dengan umi. "Ohh , inilah budaknya , lemah lembutnya muka" puji umi. Pipi qila mula kemerahan.

"Riana bawa qila ke bilik atas . Umi dah siapkan semuanya, qila jangan malu malu , buat macam rumah sendiri." Kata umi.

*****


Iphone 5s aku berdering menandakan mesej masuk . Mesej dari kak izzati . Kak zati ni kiranya orang kuat, merangkap tulang belakang group "Inspirasi Dakwah". Agak lama aku tak aktif dalam group tu ats sebab sibuk dgn assigment .

"Assalamualaikum Ishaira Ariana yang akak rindui , hehe , akak ada program nak ajak adik join . Adik busy tak ? Akk ingat nak ajak adik pergi gathering untuk group Inspirasi Dakwah kat Pantai Batu Buruk . Lagipun admin ada project nak buat , tu staff staff ID nak bincang". Ku baca dengan penuh tekun mesej yg disampaikan .


"Hmmm , lagipun esok tak de apa nak buat , qila pun mesti nak join jugak." Kataku dlm hati.

"Waalaikumussalam akak yang disayangi, insyaAllah adik join , okay kak , jumpa esok , laila saedah." Butang send ku tekan . 

****


Jam menunjukkan 8.00 pagi . Aku menyarung jubah yang baru diberi oleh adik angkatku Nazihah Umairah  sempena ulang tahunku  2 bulan yang lepas . Setelah siap mengenakan tudung berwarna turqoise dan  purdah. Aku terus menuju ke kereta ayah yang dipandu oleh Aqilah .

Setelah tiba di perkarangan Pantai Batu Buruk , aku lihat kak izzati melambai lambai ke arah kami . Tersenyumku melihat kak zati yang sedang mendukung babynya . Aku memperkenalkan Aqilah kepada kak izzati . Tanganku laju mengambil anak kak zati . Pantang jumpa baby . Hehe .

Sedang aku acah acah dengan Rayyan (anak kak zati) yang berusia 6 bulan . Tiba - tiba aku lihat seorang pemuda baru turun dari kereta yang dipandunya .

"Ehhh...erkkkk..diaaaaa .macam pernah jumpaaa." Jeritku dalam hati .

"Apaaaa dia buat kat sini ?" Bentakku dalam hati.


BERSAMBUNG


0 Comments:

Post a Comment


Written at 2:09 AM