USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HIJRAH (CERPEN PART 14)
SLOT CERPEN : HIJRAH (Part 14)




"Jadi, ada benda nak kongsi dengan akak?" tanya Jasmin sambil memandang sekitar tasik. Subhanallah.
Mereka duduk di bangku kayu menghadap tasik besar dihadapan mereka. Selalunya disini lah mereka meluangkan masa setiap kali berjumpa.

"Hmm ada. Banyak. Tapi tak tahu nak mula macam mana." suara Humaira mendatar. Patut ke dia beritahu Jasmin? Tak guna juga sembunyikan, kelak pasti terbongkar juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

"Ada apa sayang? Tak apa. Bertenang. Cerita aje dari mula. Akak dengar."

"Nah," Humaira menghulurkan sekeping kad oren kepada Jasmin. Kad bertukar tangan. Jasmin membelek-belek kad ditangannya. Cantik.

"Humaira Safiyyah bt Dato Hamdan dan...," Jasmin berhenti membaca.
"Humaira nak kahwin? Wahh, good news. Im happy for you." Pantas Jasmin memeluk Humaira erat. Tak sangka Humaira akan menjadi isteri orang bulan depan.

Humaira senyum tawar. Jasmin gembira, tapi tidak dia. Jasmin perasan akan perubahan wajah Humaira.

"Kenapa Humaira tak gembira?" Jasmin merenung tepat anak mata Humaira. Humaira tunduk.

"Humaira tak suka dia." tutur Humaira perlahan. Betul ke dia tak suka Khai? Habis selama ni?

Jasmin diam. Dia simpati terhadap Humaira.
"Sayang, akak tahu bagi adik kahwin paksa ni cara lama. Orang dulu-dulu je yang selalu kena kahwin paksa. Tapi adik kena tahu satu hal. Selalunya pilihan ibu bapa ni adalah pilihan terbaik. Mereka lebih tahu mana baik mana buruk. Takdir sayang. Adik kena terima. Akak yakin, kalau adik kenal betul-betul hati budi dia, adik akan suka dekat dia. Khairul ni yang akak jumpa masa kita kat Times Square dua tahun lepas tu ya? Yang macam mat salleh atau lagi seorang tu?"

"Lagi seorang." jawab Humaira ringkas. Ada betul juga apa yang Jasmin katakan. Dia lihat ramai aje orang yang kena kahwin paksa bahagia sampai sekarang.

"Ouh yang tu." Jasmin mengangguk perlahan.
"Nabi Muhammad ada bersabda: kahwinilah seseorang kerana empat perkara iaitu kerana keturunannya, hartanya, rupanya dan agamanya. Kalau adik, adik nak pilih yang macam mana? Yang kaya? Yang hensem? Atau yang beragama supaya dia boleh bimbing adik masuk syurga. Mana satu?"

Humaira diam. Mestilah dia pilih yang beragama.

"Okay akak tahu apa jawapan adik. Adik rasa Khai tu soleh? Adik yakin dia boleh bimbing adik?"

"Dia tak adalah berilmu kak. Tapi dia sedang dalam perubahan. Dan adik yakin dia boleh bimbing adik. Adik juga yakin dia jodoh adik. Sebab dia yang ada dalam mimpi istikharah adik. Tapi...entahlah." Humaira memandang semula kearah tasik.

"Adik kena belajar redha. Serahkan semua pada Allah. Akak pun yakin Khairul tu boleh jaga adik akak ni. Okay?" Jasmin menepuk perlahan bahu Humaira.

"Syukran ala kulli hal kak. Uhibbuki fillah."

"Uhibbuki fillah aidhan, sayang"

***

"Papa, siapa yang akan handle syarikat papa tu?" tanya Alia kepada Dato Zikri. Mereka sedang sarapan pagi bersama.

"Maafkan Jad pa. Jad tak boleh uruskan syarikat tu." Aizad mencelah.

"Ouh. Papa akan lantik Shah jadi pengurus syarikat tu. Kamu berdua jangan risau lah." Dato Zikri senyum.

"Shah?" tanya Aizad dan Alia serentak.

"Aik. Alia pun dah amnesia macam Jad ke? Shah Mikhail, sepupu kamu berdua. Dah lupa ke Alia?" sindir Dato Zikri.
Alia tersengih.

"Dia setuju ke Abang? Dia kan kat Australia? Suzan dengan Shamil tak kisah?" Datin Zahra pula mencelah.

"Abang dah bincang dengan mereka. Shamil dengan Suzan tak kisah. Nanti mereka suruh Shah datang Malaysia tinggal dengan kita. Awak okay kan?"

Datin Zahra mengangguk setuju.

"Nanti abang boleh berbaik dengan Shah tu. Dari kecil kan abang memang tak suka dia." Alia menyakat Aizad.

"Kenapa pula abang tak suka dia?"

"Yelah. Dulu kan abang tak macam ni. Mama dengan papa pula selalu puji dia. Abang cemburu sebab abang tak baik dan tak alim macam dia. Sikit-sikit nak marah. Masa kecil-kecil dulu, Shah selalu ejek abang 'anak manja'. Apa lagi, abang mengamuk dan kejar dia satu rumah. Bila ingat balik kelakar pula." Alia ketawa.
Aizad mencebik.

"Ceh. Teruk sangat ke abang dulu?"

"Boleh lah. Dulu abang panas baran. Tapi abang tak pernah kasar dengan adik." Alia senyum.

"Alaa benda lepas jangan diungkit. Hahaha." Aizad ketawa. Malu dia dibuatnya.

***

"Masuk lah Shah. Mak Teh pergi buatkan air." pelawa Mak Teh.

"Terima kasih Mak Teh. Mana semua orang? Senyap aje?" Shah menarik bagasinya ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa.

"Alia keluar. Aizad ada dalam bilik. Dato dekat pejabat. Datin dalam perpustakaan." jelas Mak Teh.

"Eh. Semua lupa ke yang saya datang hari ni? Sampai hati.." Shah menarik muka masam. Badan disandarkan kebelakang.

"Siapa datang Mak Teh?" celah Aizad baru turun dari biliknya.

Shah menoleh.
"Hey. Assalamualaikum sepupu." Shah memeluk dan bersalaman dengan Aizad.

"Waalaikumussalam. Ni Shah kan?" tanya Aizad agak janggal. Seorang lagi dia tak dapat ingat.

"Ya, Shah ni. Rindu kau. Sihat tak? Dah ingat semula?" tanya Shah. Dia sudah dimaklumkan oleh ibu bapanya bahawa Aizad kemalangan dan hilang ingatan. Dia turut bersimpati. Tiada lagi kawan bergaduh.

"Sihat, alhamdulillah. Kaki aku pun dah okay. Tapi aku still tak boleh ingat. Maaf."

"Eh tak apa. Aku perkenalkan diri aku ya. Aku Shah Mikhail bin Dato Shamil. Sebaya dengan kau. Aku tinggal kat Australia dari kecil. Tapi pernah juga aku datang sini beberapa kali. Disebabkan keluarga kita campuran Inggeris, ramai kata muka aku dengan kau macam mat salleh. Tapi aku hensem sikit dari kau. Hahaha. Kau lulusan Al Azhar kan? Samalah dengan aku. Aku gembira bila dapat tahu kau dah berubah. Nanti bila-bila kita pergi join usrah nak? Aku tak pernah lagi berbulatan gembira kat sini. Hehe." panjang lebar Shah intro. Ada terselit lawak hambar disitu. Aizad ketawa. Peramah juga Shah ni.

"Okay selamat berkenalan bro. Walaupun sebenarnya kita dah lama kenal. Dari kecil kot. Tapi sebab aku tak ingat, anggap lah kita baru kenal. InshaaAllah. Sejak aku balik dari Mesir aku tak pernah lagi join mana-mana usrah rasanya. Lepastu aku kemalangan dan amnesia. Perancangan Allah tu cantik sebenarnya. Aku redha. Bila-bila nanti kita sama-sama join usrah kay. Nanti aku ajak Khai sekali."

"Khairul? Wahh, rindu dekat dia. Okay bro. Lama lagi aku tinggal kat Malaysia ni. Yelah, nak kena handle syarikat papa kau tu. Jadi kita ada banyak masa untuk join usrah. Kena pandai bahagikan masa lah. Tak boleh juga sibuk dengan dunia je. Akhirat kena fikir juga kan? Alia keluar pergi mana? Haihh anak dara, tak boleh ke kalau tak lekat dekat rumah?"

"Hahaha. Betul tu. Aku sokong. Alia? Dia keluar dengan kawan dia. Zohor nanti balik lah tu. Kau dah makan?"

"Ouh. Belum lagi. Hehe. Kejap lagi lah. Tunggu penat aku hilang."

"Okay bro. Jom naik atas. Aku tunjukkan bilik kau."

***

"Kamu berdua nak tema apa?" tanya Datin Sofia kepada anak dan bakal menantunya sambil membelek-belek album contoh baju pengantin.

"Putih."

"Purple."
Humaira dan Khai menjawab serentak tetapi berlainan jawapan.

"Putih lah." Humaira mencebik.

"Taknak. Purple juga."

"Putih!"

"Purple!"

Datin Sofia menggeleng melihat gelagat mereka. Mula lah tu perang dunia.

"Mama, Humaira nak baju warna putih."

"Makcik, saya nak purple."

"Eh sudah. Kamu berdua ni boleh tak matang sikit? Macam budak-budak. Benda macam ni pun nak gaduh." celah Datin Sofia geram.

Humaira dan Khai tersengih.

"Makcik, saya nak buat majlis akad nikah je. Bersanding semua tak payah." pinta Khai lembut.

"Kenapa pula?" tanya Datin Sofia pelik.

"Saya taknak bakal isteri saya jadi tontonan umum. Saya nak Humaira ada sifat malu macam wanita Tarim. Humaira, awak nak warna putih kan? Okay saya setuju. Jadi kita buat akad nikah je ya?"

Humaira tercengang. Nampaknya Khai dah banyak berubah. Dah tahu fasal agama. Alhamdulillah. Humaira mengucap syukur.

"Makcik okay je. Humaira?" Datin Sofia dan Khai memandang Humaira yang hanya membisu.

"Okay." jawab Humaira sepatah.

Bukan tak setuju, tapi terlebih setuju.

ربي انزع من قلبي حب كل شيء لا تحبه
Ya Allah, cabutlah dari hatiku segala kecintaan yang tidak Engkau sukai.

***

Usai solat subuh, Aizad duduk bertafakur di atas sejadah. Mimpi malam tadi terimbau di dalam fikirannya. Apa makna mimpi tu? Aizad meraut rambutnya kebelakang.

Aizad mencapai handphonenya di atas katil. Skrin di swipe ke atas. Dia menaip satu pesanan ringkas untuk Khai.

Assalamualaikum. Sobahul Khair, bro. Aku nak jumpa kau. Sebelum Zuhur, dekat Masjid Al Raudhah. -Aizad

Tidak sampai beberapa minit, satu pesanan ringkas masuk.

Waalaikumussalam. Sobahan nur. Okay bro. -Khai

Aizad tersenyum membaca mesej balasan dari Khai.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

-Bersambung-


0 Comments:

Post a Comment


Written at 6:03 PM