USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HIJRAH (CERPEN FINALE)
SLOT CERPEN : HIJRAH (Part 15)







Sebaik sampai, Aizad duduk di pondok di tepi masjid. Dia mencari kelibat Khai. Belum sampai kot.

"Assalamualaikum." Khai menyapa. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Aizad. 

"Waalaikumussalam."

Lama masing-masing berdiam diri. Aizad merenung Khai. Lama.
Khai rasa tidak selesa kerana Aizad merenungnya.
"Okay bro. So ada problem ke? Nak cerita dekat aku?" Khai bersuara. Rimas pula tengok muka muram Aizad.

"Aku dah ingat semua." tutur Aizad perlahan.
Terbeliak mata Khai.
"Serius? Alhamdulillah." Khai mengucap syukur.
"But, apa yang kau ingat?" tanya Khai.

"Aku ingat siapa kau. Aku ingat siapa Humaira. Aku ingat semua. Tahniah, kau dah dapat miliki Humaira." jelas Aizad.
Khai menelan air liur. Dia marah aku ke?

"Jad, aku..."
"Aku mimpi semalam. Aku nampak seorang perempuan dan lelaki. Humaira dan kau. Apa yang terjadi sebelum aku terbang ke Mesir, aku ingat. Siapa Humaira dalam hati aku, aku ingat. Tak sangka, Humaira pilih kau." Suara Aizad mendatar. Dia sedih. Tapi dia mesti belajar redha.

"Jad, aku tak berniat langsung nak rampas Humaira dari kau. Bukan aku yang rancang semua ni. Aku pun tak sangka Humaira pilih aku. Okay aku mengaku, sejak kau pergi Mesir dan aku mula rapat dengan Humaira, aku dah tersuka dekat dia. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku tak pernah luah kat dia. Kami selalu bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Aku tahu dia masih suka kau. Tak kan dia nak suka dekat aku yang miskin ni? Aku minta maaf." Khai merenung tepat anak mata Aizad.

Aizad menghela nafas perlahan.
"Jom masuk. Dah nak azan ni." Aizad berdiri dan terus menapak masuk ke dalam masjid diikuti Khai di belakang.

Usai solat, Khai terus mendapatkan Aizad di saf terakhir. Kelihatan Aizad sedang membaca Alquran ditangannya.

"Aizad..." panggil Khai perlahan. Aizad menoleh kearah Khai disebelahnya. Dia menutup Alquran ditangan.

"Kau marah aku ke? Aku minta maaf. Janganlah disebabkan Humaira, kita putus kawan..."

Aizad diam. Betul juga. Gaduh sebab perempuan? Tak gentle langsung.

"Khai. Islam itu bersaudara. Tak kan pernah terpisah walau disempadan dunia. Aku sayang ukhuwah ni. Aku nak kita berkawan sampai bila-bila. Sampai kita boleh lepak dalam syurga dengan Rasulullah. Aku tak marah kau. Aku redha, Khai. Nasihat aku, jaga Humaira baik-baik. Bimbing dia jadi isteri solehah. Okay?" Aizad memeluk Khai erat.

Khai membalas pelukan Aizad.
"Thanks bro. Aku janji, aku akan jaga ukhuwah ni. Aku janji akan jaga Humaira." Khai menepuk perlahan belakang Aizad.

"Tadah tangan dan aminkan doa aku. Boleh?" pinta Aizad. Khai mengangguk. 

" رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيم"ٌ
" Ya Tuhan kami ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang"

"Aamiin..." Khai mengaminkan doa Aizad. Kedua-duanya tersenyum. Manisnya ukhuwah ni. Bisik hati kecil Khai.

"Okay bro. Setiap sabtu dan ahad, aku dengan Shah akan join usrah. Kau nak ikut?"

"Shah? Eh bila dia datang sini? Rindu gila kat dia."

"Dua hari lepas. Alaa nanti jumpa dia, lepaskan lah rindu kau tu. So nak ikut?"

"Usrah tu apa?" Khai tersengih. Tak pernah dengar sebelum ni. Kuno nya aku. Haha.

"Usrah ialah bulatan gembira. Atau makna lain, keluarga. Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya, namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas. Begitu juga usrah.
Mereka nampak kita berhimpun,berbincang tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita. Faham tak?"

"Ouh. Okay faham. InshaaAllah, aku ikut. Eh family kau tak tahu lagi kan kau dah ingat semua?"

"Belum lagi. Balik nanti aku cakap. Bulan depan kau kahwin kan? Tahniah bro. InshaaAllah, aku datang."

"Ya, bulan depan. Maaf aku lupa nak bagi kad jemputan dekat kau." Khai menggaru kepala yang tidak gatal. Aizad ketawa. Pelupa betul Khai ni.
***

Humaira mencapai handphonenya di atas meja. Skrin di swipe ke atas. Satu pesanan ringkas dari Jasmin tertera di skrin.

Assalamualaikum sayang. Check ur email please. -Jasmin

Sebaik saja membaca mesej dari Jasmin, pantas jari Humaira menekan ikon Email di Home handphonenya.
Humaira membaca email yang dihantar oleh Jasmin tiga minit lalu. Dia tersenyum.

_____________________________________________________________________________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Humaira, akak sayang adik lillah. Bila dah jadi isteri orang nanti, adik kena ingat, syurga di bawah telapak kaki suami. Dosa adik suami yang tanggung. Jangan derhaka dengan dia. Moga adik terus istiqamah. Bila futur, bangkit semula kerana Allah

🌹Istiqamah dalam Berhijrah 🌹
• Definisi istiqomah
"Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).”
-Saidina Umar alKhattab
Secara mudahnya istiqomah boleh difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

  Cara untuk istiqomah
• Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya
• Apabila berhijrah, kerapkan diri untuk mendekati Allah. Lazimi diri dengan beribadat.
• Konteks ibadat tidak termaktub kepada solat dan puasa serta menutup aurat dengan sempurna sahaja.
• Setiap kali ke kelas, niat kerana Allah.
Setiap kali memandang keindahan alam, ucap subhanAllah tanda ingat keindahan ini dengan kuasaNya.
• Maka dengan cara ini kita melatih diri untuk mengingati Allah dalam setiap tindakan kita.
• Apabila futur (putus asa) saat berhijrah maka ingat Allah sentiasa memerhati lalu berdoa untuk dikuatkan hati.
• “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(AlBaqarah:235)
• Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah
• Menyedari kekurangan diri yang mudah goyah, kita seharusnya mencari bantuan. Maka bantuan terbaik daripada manusia ialah sokongan.
• Untuk mendapatkan sokongan yang sewajarnya bersahabatlah dengan orang yang mampu beristiqomah.
• Kenapa? Kerana dia sudah berjaya membuktikan dia mampu maka teladanilah dia.
• “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

• Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.
• Sekerap mana pun kita berusaha untuk berubah dan istiqomah ingatlah pada pemberi hidayah. Allah SWT.
• Maka berdoa kepada Pencipta yang berkuasa mutlak drngan penuh rasa keinsafan dan rendah diri. Moga makbul.
• Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
“Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”(Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’)


 Kesimpulan

> Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur.
> Dah tidak lagi didalam suasana beragama, dah tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa.
> Sebab tu pentingnya mencari suasana.
> Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada.
> Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.
Bak kata orang, mana ada benda percuma datang bergolek ..
" Lahaula walla kuataillah billah….
Ya Allah sesungguhnya aku tiada daya upaya selain mengharapkan bantuan-Mu."


Waallahualam.
_____________________________________________________________________________________________


Syukran Kak Mien. Bisik hati kecil Humaira. Esok, hari paling penting dalam hidupnya. Hari di mana dia akan menjadi permaisuri kepada orang yang dia sendiri tidak sangka itu jodohnya.
Humaira menutup lampu bilik. Bantal dibawa ke dalam dakapan. Doa tidur dibaca. Dan tidak sampai beberapa saat, Humaira sudah enak dibuai mimpi. Ya Allah, semoga majlis esok berjalan dengan lancar. Aamiin.
***

"Aku terima nikahnya Humaira Safiyyah binti Hamdan dengan mas kahwin 15,000 tunai.."

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah..."

Satu persatu air mata jernih mengalir ke pipi Humaira. Tak sangka dia sudah menjadi isteri kepada Adam Khairul.
Berdebar jantung Khai saat ingin menyarungkan cincin di jari manis Humaira. Tanggungjawabnya makin berat. Dosa Humaira, dia yang tanggung. 

***

3 bulan kemudian...
Kini, Humaira sudah dapat menerima Khai sebagai suaminya.
Alhamdulillah, kandungannya sudah mencapai dua bulan.
Jika anaknya perempuan, dia akan berikan nama Nur Airaa Farisha. Biar setiap kali memanggil anaknya, kasih sayangnya pada Aira tak kan pernah pudar dan Aira setiasa di hati. Aira, aku rindu.

Dan kini, Aizad sudah membina masjid bersama Shazleen. Siapa sangka, musuh ketat dari sekolah menengah, akhirnya bersatu. Iyalah, kalau dah jodoh, larilah ke hujung dunia sekalipun, tetap berjumpa.

"Sayang, nak makan apa? Abang masak!" Khai menyergah Humaira sekaligus mematikan lamunan Humaira.

"Terkejut saya. Abang ni..." Humaira mengurut-urut dadanya perlahan.

"Siapa suruh termenung? Dah sampai mana?" sindir Khai. Dia ketawa.

"Encik Adam Khairul, suka hati saya lah nak termenung ke apa. Bukan menyusahkan abang pun." Humaira mencebik.

"Eleh. Awak dah menyusahkan abang tau. Tu, baby dalam perut tu dah kelaparan. Ummi nya tak makan apa-apa pun dari tadi. Kasihan lah dia. Cepat, nak makan apa? Tapi taknak yang berminyak eh. Tak elok." bebel Khai.

"Ishh. Iyalah. Saya nak...bubur ayam jelah. Boleh buat?" Humaira menjongket sedikit keningnya.

"Bubur ayam je? Eleh kacang je. Ini Khairul lah. Hahaha. Okay sayang. Tunggu sekejap." Khai berlari ke dapur meninggalkan Humaira di ruang tamu.
Humaira menggeleng melihat telatah Khai.

Lagu Sahabat Sejati nyanyian Unic berkumandang.

"Sayang, handphone siapa yang bunyi tu? Kenapa tak angkat?" jerit Khai dari dapur.

"Telefon abang lah. Ada atas meja ni."

"Eh. Bila masa pula aku tukar ringtone?" berkerut dahi Khai.

"Tolong angkatkan boleh?" jerit Khai lagi.
"Okay."

"Hello, Assalamualaikum." Aizad bersuara sebaik panggilannya diangkat.

"Waalaikumussalam. Haa, Aizad. Nak cakap dengan Khai ke? Dia ada kat dapur." jawab Humaira. Tak perasan pula nama Aizad yang tertera di skrin tadi.

"Ouh ya. Panggil kan dia sekejap." pinta Aizad.

"Okay, hold on."
"Abang, Aizad yang call. Dia nak cakap dengan abang" jerit Humaira. Pantas Khai berlari-lari keruang tamu.
Handphone bertukar tangan.

"Hey bro. Khaifahaluka? Ada apa call?"

"Hey. Haha. Sihat, alhamdulillah. Kau? Aku call ni nak jemput kau datang rumah aku makan malam nanti. Parents aku ajak. Kau ajak lah Humaira dengan family kau yang lain. Baru meriah."

"Aku sihat, alhamdulillah. Malam ni? InshaaAllah."

"Okay bro. Jumpa malam nanti. Kirim salam dekat anak saudara aku tu. Cakap Uncle Jad kirim salam sayang. Haha." Aizad ketawa dihujung talian.

"Ceh. Uncle? Iyalah. Nanti aku sampaikan. Haha. Okay jumpa malam nanti. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." panggilan dimatikan.

"Aizad cakap apa?" tanya Humaira.
"Dia ajak kita datang makan malam kat rumah dia malam nanti." jawab Khai.
"Anak abi, Uncle Jad kirim salam sayang dekat baby. Malam nanti kita pergi jumpa Uncle Jad ya." Khai mengusap lembut perut bunting Humaira. Tak sabar nak jadi ayah.

"Okay lah. Abang nak pergi sambung masak. Sabar ya sweetheart. Nanti siap." Khai mencubit pipi mulus Humaira lalu terus berlari ke dapur. Gelabah betul.

Humaira mencapai diary nya di atas meja. Tarikh hari ini ditulis.

Hijrah itu manis jika niat kita kerana Allah. Tanpa ujian, apa guna kita hidup di dunia?
Aira, tiada siapa dapat ganti tempat kau sebagai sahabat di hati aku. Terima kasih atas ukhuwah fillah selama ini. Tunggu aku di Syurga.
Kak Mien, terima kasih sebab selalu ada dengan adik dan selalu beri adik semangat.
Aizad, jodoh kau dengan Shazleen. Tapi persahabatan kita tak kan pernah putus.
Adam Khairul, saya tak pernah menyesal kenal awak. Saya tak pernah menyesal kahwin dengan awak. Bukan harta yang saya mahukan, dan bukan juga rupa yang saya lihat. Tetapi saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak.
Dan untuk bakal anak ummi, setelah kamu keluar melihat dunia nanti, bersabar lah dengan ujian yang menimpa. Jadilah anak yang solehah kepada ummi dan abi.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.  -Humaira



TAMAT


0 Comments:

Post a Comment


Written at 10:33 PM