USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HIJRAH (CERPEN PART 12)
SLOT CERPEN : HIJRAH (Part 12)




Seminggu Aizad Hakim koma. Dia cedera parah di bahagian kepala. Kaki kanannya patah. Keluarganya sentiasa menemani di sisi. Bergilir-gilir mereka menjaga Aizad.
Datin Zahra tertidur di tepi katil Aizad. Seminggu anaknya koma, seminggu juga dia bersengkang mata siang dan malam untuk menjaga Aizad.

Jari telunjuk Aizad bergerak sedikit. Datin Zahra terjaga.
"Sayang," Datin Zahra mengusap ubun-ubun Aizad.

Aizad membuka matanya perlahan-lahan. Terasa seperti baru saja dilahirkan. Dia memegang kepalanya yang berbalut. Sakit.

"Aizad dah sedar? Alhamdulillah..." Datin Zahra mengucap syukur.

"Makcik....siapa?" jawapan Aizad membuat jantung Datin Zahra bagaikan ingin tercabut.
Ya Allah, ujian apa lagi ini.

"Ini mama, sayang. Mama Aizad." Mata Datin Zahra berkaca.Dia menahan air mata yang bertakung dari mengalir.

"Mama? Maaf, saya tak ingat." Aizad memicit-micit kepalanya. 

Datin Zahra berlari keluar dari bilik itu. Dia menangis teresak-esak.

Di luar bilik, Khai sedang menunggu di kerusi pelawat. 

"Makcik kenapa? Aizad dah sedar?" tanya Khai risau.

"Dia dah sedar. Tapi...." Datin Zahra tidak mampu meneruskan kata-kata. Khai memanggil doktor untuk memeriksa Aizad.

"Saya minta maaf. Aizad amnesia. Dia tak dapat ingat sesiapa. Untuk jangka masa yang sekejap atau lama, Tuhan saja yang tahu. Kemungkinan dia akan ingat semula adalah 40%." jelas Doktor Kim sebaik memeriksa Aizad.

Air mata Datin Zahra merembes keluar. Khai terkedu. "Aizad..." Nama sahabatnya disebut perlahan.

***

"Welcome home sayang! Ini lah rumah kita." Dato Zikri menolak kerusi roda yang di duduki Aizad masuk kedalam rumah. Sebaik Aizad sedar semalam, doktor membenarkan dia pulang ke rumah hari ini.
Aizad hanya tersenyum. Dia masih tidak boleh biasakan diri dengan orang yang baru sahaja dia kenali. Orang yang mengaku ahli keluarganya.

"Jom duduk diruang tamu. Banyak benda nak story dengan abang." Alia menyambut Aizad ceria. Hakikatnya dia masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa abangnya hilang ingatan.

***

Humaira merebahkan diri di sofa empuk di ruang tamu. Penat mengemas rumah. Tak tahu dari mana datang mood rajin dalam dirinya saat itu.

"Itulah kamu. Mak Teh nak kemas tak kasi. Penat kan? Rasakan." bebel Mak Teh yang muncul dari dapur sambil ditangannya memegang secawan milo ais. Dia meletakkan air itu di atas meja. Laju sahaja Humaira mencapainya lalu diteguk rakus.

"Ala, sekali sekala. Nak bagi Mak Teh peluang rehatkan diri." Humaira tersengih.

"Haa baguslah. Belajar sekali kemas rumah. Dah jadi isteri orang nanti tak ada lah duduk goyang kaki je suruh suami buat semua kerja." sindir Mak Teh lalu ketawa kecil.

Muncung mulut Humaira. Mula lah tu nak cakap fasal Khai. Erghh.
Humaira dan Khai sudah bertunang seminggu lepas. Masa Aizad koma. Ya, Khai lah pilihan Humaira. Khai lah yang berada dalam mimpi istikharahnya. Saat Puan Amnah menyarungkan cincin di jari manisnya, Humaira rasa nak menangis. Tak sangka sudah jadi tunang orang.
Dan sampai sekarang, dia dan Khai masih tidak menerima antara satu sama lain. Masih saja bergaduh macam anjing dan kucing.

"Termenung apa? Malam nanti tolong Mak Teh masak makan malam ya. Boleh kamu belajar masak sekali. Nak?" Mak Teh mematikan lamunan Humaira.

Humaira mengangguk. Tiba-tiba handphonenya menyanyikan nasyid Doa Iman menandakan satu panggilan masuk.
Tertera nama Amira di skrin. Oh My God! My kesayangan! Humaira menjerit dalam hati. Takut dikatakan gila pula.

"Okay Mak Teh. Malam ni ya. Ada orang call ni." Humaira tersengih.
Mak Teh terus berlalu ke dapur.

"Assalamualaikum. Konnichiwa! Ogenki desuka?" Amira menjerit ceria di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Tak payah speaking Jepun boleh tak? Aku tak faham. Haa kau. Mana menghilang? Dua tahun langsung tak contact aku. Lepas arwah Aira meninggal kau terus pindah Jepun ikut family kau. Macam ni ya kawan." Humaira menarik muka masam.

"Alolo. Maaf sayangku Humaira. Aku rindu kau. Hmm." 

"Aku lagi lagi rindu kau. Jom lah jumpa? Kau kat Jepun lagi ke?" 

"Aah." jawab Amira ringkas. 

Humaira mengeluh kecewa.
"Aku rindu gila ni. Balik lah Malaysia, please." pujuk Humaira. Selain Aira, Amira juga antara sahabat baiknya, teman sejati, cinta hati.
Ahh, rindu nak lepak dengan kau dan Aira. Keluh Humaira dalam hati. Tiba-tiba rasa sebak.

"Hmm. Tak boleh lah sayangku. Aku sibuk. Aku duduk sini sampai bila-bila kot. Aku mana ada sesiapa pun dekat Malaysia tu."

Daun pintu bilik Humaira ditolak.
"Sayang, ada orang nak jumpa. Ada kat ruang tamu." Datin Sofia senyum dan terus keluar.
Siapa yang datang? Khai kot. Ahh mana berani dia datang. Aku belasah karang.

"Hold on." pesan Humaira kepada Amira dihujung talian.

"Okay."

Humaira turun ke ruang tamu. Seorang gadis bertudung labuh hitam sedang duduk di sofa.

"Awak siapa?" sapa Humaira lalu duduk bertentangan dengan gadis itu. 

"Konnichiwa!" kata gadis di hadapannya sebaik mengangkat muka.

"Amira?!!!" hampir terjerit Humaira.

"What are you doing here? Bukan kau kat Jepun ke?" Humaira masih tidak percaya Amira dihadapannya. Jelmaan jin kot.

"Suprise cinta hati! Kahkah. Terkejut tak? Aku baru sampai Malaysia semalam. Rindu gila kat kau. Nak peluk?" Amira tersengih.

Humaira masih tidak berganjak di tempat duduknya. 

"Jahat lah kau ni Amira!! Saja aje kenakan aku!!" jerit Humaira geram. Dia bangun lalu menumbuk-numbuk perlahan badan Amira. 

"Sakit lah weh. Stop lah!!" jerit Amira.

"Kenapa terjerit-jerit ni?" suara kasar Dato Hamdan menegur. Spontan mereka mendiamkam diri.

"Maaf papa. Humaira geram dengan Amira ni." Humaira memuncungkan mulutnya.

"Hai pakcik. Sihat?" sengih Amira.

"Sihat, alhamdulillah. Bila sampai Malaysia, Amira?" tanya Dato Hamdan lalu mencapai surat khabar di atas meja. Hari ini hari minggu. Duduk sajalah dirumah. Kerja di pejabat diuruskan oleh orang kanannya.

"Semalam pakcik." Amira tersenyum.

"Habistu kau duduk mana?" tanya Humaira.

"Duduk hotel lah. Rumah parents aku kan dah jual sebelum pindah Jepun dua tahun lepas." jelas Amira.

"Apa kata kamu tinggal dekat sini? Teman Humaira ni. Kasihan tak ada kawan. Yelah, dia seorang aje puteri pakcik." pelawa Dato Hamdan.

"Eh boleh ke? Tak menyusahkan? Saya balik sebulan aje ni." segan Amira dibuatnya. Baik sangat lah Dato Hamdan ni.

"Boleh je. Duduk selama-lamanya kat sini pun boleh. Jadi anak pakcik yang kedua. Hahaha." gurau Dato Hamdan.

Humaira ketawa besar.
"Haa aku setuju!"

Amira diam membisu memikirkan jawapan. Kalau tolak takut mereka kecil hati pula.

***

"Kat sini lah kita selalu lepak. Ingat lagi?" Khai mendepakan tangannya menghadap di tempat yang punya banyak kenangan dengan Aizad. Aizad menggeleng. Khai senyum.

"Tak apa. Aku faham. Jom main skate?" pelawa Khai lalu mencapai papan luncurnya.

"Aku tak reti." jawab Aizad.

Khai terkedu. Selalunya Aizad yang paling hebat bermain skate diantara dia dan sahabat-sahabat yang lain. Ahh, rindu macam dulu. Khai mengeluh kecewa.

"Tak apa lah. Kau tengok aje aku main. Lupa pula aku kaki kau tak okay lagi" Khai senyum sambil memandang Aizad yang kini bertongkat. Susah bawa kerusi roda katanya.

Aizad senyum dan angguk.

"Khai, hidup kita macam roda papan luncur ni. Kejap keatas, kejap kebawah. Tanpa ujian tak best hidup ni. Allah sayang, Allah uji." 

Terngiang-ngiang kata-kata Aizad sehari sebelum Aizad terbang ke Mesir dua tahun lalu.

"Aku tahu kau kuat hadapi semua ni, Jad."
Kata Khai dalam hati.


-Bersambung-


0 Comments:

Post a Comment


Written at 12:45 AM