overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followers7 SUNNAH RASULULLAH SAW
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismilahhirahmanirrahim...
Aasif jiddan baru nak start tulis. Member Group usrah kat wechat, instagram semua dah tanya. Heeee :D
Hari ni rasa macam nak update pasal sunnah je. So, let's talk about Sunnah for our first entry :)
Firstly, what is Sunnah? Apa itu Sunnah? :D Jom check it out.
Sunah bererti "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Banyak sangat Sunnah yang dah Rasulullah tinggalkan untuk kita. Umat baginda. Betapa Rasulullah sayangnya kepada mereka yang sentiasa mengikut Sunnah yang telah baginda tinggalkan. Banyak pahala yang kita boleh perolehi kalau kita sentiasa melakukan Sunnah yang Rasulullah tinggalkan. Semuanya senang-2 belaka InsyaAllah. Tapi kalau senang kenapa kita tak jadikan Sunnah itu sebahagian daripada amalan-amalan HARIAN kita? Allahu... InsyaAllah, kali ni admin nak share 7 Sunnah Rasulullah. Kita pelan-pelan ye :)
1. Solat Tahajud
Solat
Tahajud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3
malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat
sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
1.
Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan .
2.
Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya
menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Jauh
dari segala penyakit.
Firman
Allah SWT yang bermaksud:
Dan pada
sebagian malam, lakukanlah salat tahajud(sebagai suatu ibadah)tambahan
bagimu:mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.
(Al-Isra
: 79)
Kalau kita mintak sesuatu yang besar daripada Allah, kita pun kena buat sesuatu yang besar jugak kan? Jom Tahajjud! Nawaitu Lillahhitaalla!
2. Membaca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah
terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar
pahala bagi orang yang membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan
Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan,
panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita.
Firman Allah yang bermaksud:
Sungguh,Al-Qur’an ini memberi
petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang
Mukmin yang mengerjakan kebajikan,bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar,
(Al-Isra : 9)
Bacalah Al-Quran selalu sahabat semua. Jadikan Al-Quran sebagai tonggak kejayaan kita. Jangan cari Al-Quran masa kita sedih, gundah hati je. Sentiasa baca.
3 . Jangan Tinggalkan Masjid
Solat
yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang
solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap
langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27
pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
Diriwayatkan
daridapa Ibn Umar r.huma., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:”Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian
sebanyak dua puluh tujuh darjat.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah! SubhanaAllah! Wowww! 27 kali ganda! Jom solat Jemaah!
4. Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan
oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak
kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan
rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah
dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda
yang maksudnya :
Sayyidina Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda,”Sesiapa yang mengambil berat menjaga dua rakaat solat sunat
duha maka dosa-dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.”(Ibnu Majah)
Allah... Mudah je kan sahabat semua. Jom Istiqamah Solat Dhuha!
5. Jaga sedekah
Sedekah
ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang
yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang
yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang
melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang kikir dengan apa yang
diberikan Allah kepada mereka dari karunia-Nya, mengira bahwa(kikir) itu baik
bagi mereka,padahal(kikir) itu buruk bagi mereka. Apa (harta) yang mereka
kikirkan itu akan dikalungkan (di lehernya) pada Hari Kiamat. Milik Allah-lah
warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi. Allah Mahateliti terhadap apa
yang kamu kerjakan.
(Al-Imran : 180 )
MasyaAllah. Jaga sedekah... Keluarkan zakat! :)
6. Jaga Wuduk Terus Menerus
Wudhu adalah salah
satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan
disayangi oleh Allah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW,
Baginda bersabda: “Sesungguhnya umatku
datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk.
Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pada sesiapa yang ada masalah angin, cuba slow-slow ye :D InsyaAllah boleh kalau kita tak berputus asa :D
7.
Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa
dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan
mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
Tetapi Allah tidak akan menghukum mereka, selama engkau (Muhammad)
berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan menghukum mereka,
sedang mereka (masih) memohon ampunan.
(Al-Anfal : 33)
Sunnah pepaling senang dalam yang tersenang. Istighfar juga boleh mengubat hati yang sentiasa tidak tenteram. Percayalah pada janji Allah.
Alhamdulilah. Siap dah 7 Sunnah Rasulullah. Moga-moga kita boleh terus istiqomah untuk melakukan Sunnah Rasulullah yang senang ni. Banyak lagi sunnah Rasulullah. Tinggal pada kita nak lakukan ataupun tidak je.Lakukanlah. Pahala berjalan je bila kita lakukan. Takkan tak nak? Haaa :)
Perbetulkan niat. Niat kerana Allah. Bukan untuk bercerita pada orang dengan riak. Nauzubillahminzalik... Moga diperjauhkan...
Alhamdulillah. Syukur. Syukran Jazillan! :)
JOM BERUBAH! NAWAITU KERANA ALLAH S.W.T.!
JOM YA SAHABAT!
|
0 Comments:
Post a Comment