USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HIJRAH MILIK KITA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Ya, aku memang teruk.
Ya, tidak lekang carutan di mulut.
Ya, aurat aku tunggang langgang.
Ya, aku kuat membantah kedua ibu bapa ku.
Ya, betapa teruknya aku, semua tahu.
Tapi itu dulu...
Ya, ITU DULU! 

Tolong jangan patahkan semangat jihad aku untuk berubah kepada Allah dengan kata-kata cacian kau. Jangan biarkan aku menderita, terluka hati kerana cacian kau! Aku sudah berhijrah! Aku sudah berubah! Berubah ke JALAN ALLAH. JALAN JANNAH FIRDAUSI.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kita tak tahu betapa payahnya seseorang nak terus istiqomah dalam penghijrahan. Kadang-kadang kita terlepas kata kepada mereka yang baru menerima 'cahaya syurga'.
Dengan kata-kata kita yang kita tak jaga itulah yang buat semangat mereka yang terlalu istimewa ini down. Lemah kembali.

Imam Al Ghazali pernah berkata :

"Benda yang paling tajam di dalam dunia ini ialah lidah manusia."

Sungguh. Dengan lidah, manusia begitu mudah menyakiti hati manusia lain. Dirobeknya hati orang lain melalui kata-kata sampai 'bernanah' tidak sudah. Kesan luka itu sangat sukar untuk diubati. 
Sehingga ada sesetengah manusia yang telah dilukai tidak mahu lagi memaafkan orang tersebut. Allahuakbar... 


"Pakai tudung ni buat apa? Buat panas je oiii!"
"Lek eleh, dulu kemain jijik kau. Ni dah labuh semuanya!."

Kita siapa nak judge orang lain? Kita siapa?! Beraninya kita nak menilai seseorang. Beraninya.
Mereka (kita juga) , tidak mahu kita menilai orang lain. Mereka mahukan dorongan. Mahukan sokongan. Allahuakbar indahnya Hijrah...
Kenapa kita perlu lontarkan cacian kepada mereka? Sungguh, mari kita perbaiki diri kita. Mungkin hati kita sudah terkena penyakit hati. Sentiasa tidak bahagia melihat orang lebih baik dari kita.
Jangan begitu Sahabat semua. Jangan putuskan semangat jihad seseorang.
Adakah kita tahu betapa payahnya mereka untuk terus lurus di jalan Allah? 
Sungguh, payahnya tanpa sokongan orang sekeliling mereka hanya Allah yang tahu.
Betapa lemahnya mereka rasa tika dicaci, dihina oleh SAUDARA ISLAM sendiri.
Allahu...

Kadang-kadang ada juga jenis yang, 
Tegur tapi menghina.

Ahhhh... Kadang-kadang kita sendiri tak sedar. Kita nak tegur tapi dah sampai tahap meghina.
Tegur jangan sampai menghina. Mereka juga punya perasaan Sahabat semua :')
Ya, mereka nampak qowiy (kuat) di hadapan orang ramai. Bibir yang sentiasa tersenyum bila dicaci.
Mata yang selalu 'bersih daripada airmata' di hadapan ramai. Tapi, bibir itulah yang selalu mengadu kesedihan kepada Allah setiap hari. Mata itulah yang selalu menangis kepada Allah kerana dicaci.
Allahuakbar. Jangalah buat perasaannya menderita. 

Kenapa kita sering mengungkit kisah lamanya lagi apabila mereka sudah mencapai kisah baru yang paling baik? Mengapa perlu membuka cerita kisah jahilliyah mereka lagi apabila ternampak mereka terus istiqomah dalam penghijrahan mereka?
Mengapa? 
Adakah kita tak punya kisah hitam? Bayangkan kalau ada orang lain turut membuka aib kita dengan menceritakan pada semua orang tentang kisah kahiliyyah kita? Senangkah perasaannya? Persoalan yang amat senang. Jawab dalam hati. Istighfar kembali.
Banyak selawat.

Kita berubah sama-sama. Kita hijrah together! Kita suntik semangat antara satu sama lain. 
Kita ajak dengan cara SLOW TALK kepada 'mereka' yang masih tercari-cari jalan untuk kembali ke jalan Allah. SLOW TALK. 
Mengingati jangan sampai menghardik.

Kepada sahabat-sahabat diluar sana. Jangan biarkan kata cacian menjadi pematah semangat kita untuk terus istiqomah. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk terus menjadi MUSLIMAH YANG TERBAIK. MUSLIM YANG TERBAIK di sisi Allah.
Bukan apa yang orang kata, tapi apa yang Allah terima.
Dengan semangat itu, insyaAllah kita sendiri boleh berdakwah kepada orang lain. 
Kita sendiri qowiy! Allahuakbar. 

JANNAH FIRDAUSI MILIK KITA! JOM KITA MENUJU SYURGA ALLAH BERSAMA! 


0 Comments:

Post a Comment


Written at 12:44 AM