USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

MENGENALI KONSEP UKHWAH ISLAMIAH
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.




Apa yang kita faham tentang ukhuwah? Biasakan kita dengar orang kata, 
salam ukhuwah fillah, masa baru-baru kenal? 

Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam)/ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah) ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah, atau iman dan taqwa. 

Okay seterusnya,

Ia juga adalah suatu jalinan/perpaduan antara dua hati orang-orang beriman, yang tulus ikhlas, sama-sama menikmati; suasana kesetiaan dan kejujuran dalam persahabatan / persaudaraan, saling mendahulukan kepentingan saudara, senang sama ketawa gembira dan susah sama menangis berduka dan seangkatan dengannya.

Ukhuwah Islamiyah ini adalah satu tuntutan daripada agama. Nampak tak perkara ni amat penting untuk kita ambil berat? 

Allah berfirman;

 إنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَة


“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”




Firman ini menegaskan bahawa ukhuwah Islamiyah merupakan, nikmat suci yang menyinari hati-hati yang diredhai Allah swt, hati-hati yang sempurna iman. Suatu anugerah pemberian Allah Ar-Rahman Ar-Rahim kepada hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan benar-benar ikhlas. 

Seterusnya, 

Ukhuwah Islamiyah/ukhuwah fillah, merupakan satu sifat yang mengiringi keimanan; TIADA UKHUWAH TANPA IMAN DAN TIDAK SEMPURNA IMAN TANPA UKHUWAH. 

Allahukabar. Nampak besar mana Allah nak kita sempurnakan ukhuwah kita? 
Kalau kita nak iman kita sempurna di sisi Allah, kita mesti menyempurnakan ukhuwah kita. 

Seterusnya, 

Keutamaan ukhuwah 


Keutamaan ukhuwah dapat dilihat daripada faedah-faedahnya yang banyak :


 1. Mendapat Kecintaan Allah S.W.T.



Dua hati, antara dua orang yang bersahabat, yang menjalin persahabatan atau persaudaraan kerana Allah swt, akan mendapat balasan dari Allah swt iaitu Allah Ta’ala akan mencintai kedua-dua mereka.



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah saw:

Bahawa seorang lelaki pergi menziarahi saudaranya yang tinggal di sebuah kampung, lalu Allah Ta’ala mengutus seorang malaikat untuk mengawasi perjalanannya itu. Ketika sampai, malaikat bertanya: 

“Hendak bertemu siapa?”
Jawab lelaki itu: 

“Saya hendak bertemu dengan saudara saya yang tinggal di kampung ini.” 
Malaikat bertanya pula: 

“Apakah kamu akan dapat sesuatu daripadanya?” 
Jawab lelaki itu: 

“Tidak, tetapi saya mengasihi, merinduinya kerana Allah.” 
Malaikat berkata: 

“Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahu, bahawa Allah mencintamu seperti mana kamu mencintai saudaramu itu.”

Allahuakbar... Betapa Allah sayangnya pada mereka yang mengeratkan silaturahim dan saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Apa lagi? Jom la kita mula ziarah menziarahi jiran tetangga untuk menambah pahala kita :D 

2.   Mendapat perlindungan Allah Ta’ala di hari akhirat  

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:


Pada hari kiamat, Allah akan berfirman (menyeru):

“Manakah orang-orang yang (dulu semasa di dunia) saling mencintai kerana KeagunganKu?
Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.”

    -- [Hadis Muslim]


3. Terhindar dari rasa takut dan dukacita 


Umar r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda:


“Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, tetapi pada hari qiamat para nabi dan para syuhada cemburu kepada mereka kerana kedudukan (istimewa)nya di sisi Allah.”

Para sahabat bertanya;

“Wahai Rasulullah! Beritahu kami siapakah gerangan mereka itu?”

Rasulullah saw menjawab:

“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan. Demi Allah! Muka mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang lain merasa takut, tidak berdukacita ketika orang lain berdukacita”.


Kemudian Rasulullah saw membacakan ayat:


أَلآ إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَهُمْ يَحْزَنُونَ


“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut dan mereka tidak bersedih hati”. [QS.10 (Yunus):(62)]


Banyak lagi kesan-kesan apabila kita mengutamakan ukhuwah :)


Cara menumbuhkan rasa persaudaraan.


1.   Iman yang sempurna.


Keimanan yang sempurna menuntut setiap mukmin menjalankan urusan setiap aspek kehidupannya berdasarkan hukum-hukum al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W.. Mukmin ini bagaikan al-Quran yang berjalan di muka bumi. Wahyu-wahyu Allah SWT adalah amal perbuatan, denyut nadi dan jantungnya. Pada ketika itu jiwa-jiwa para mukmin bertaut dalam satu kesatuan padu, kesatuan akidah, matlamat, neraca, pemikiran, perasaan dan lain-lain lagi.


2.   Menyebar dan menghayati ucapan salam

Nabi saw bersabda:


وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لاَ تَدْخُلُوا جَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا وَلاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا 

أَلآ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتَمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ.


“Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak (sempurna) beriman sehinggalah kamu saling mencintai, mahukah aku tunjukkan suatu perkara, apabila kamu lakukan, kamu akan saling berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu”


     --[Hadis Muslim]



 Firman Allah :


وَ مَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى  إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى


"Tiadalah yang diucapkan (oleh Muhammad) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tidak lain adalah wahyu Allah yang diwahyukan kepadanya“    

[QS. 53 (An-Najm), 3-4]


Jangan malu untuk memulakan ucapan salam. Buang rasa malu tidak bertempat itu. Jom kita mulakan ucapan salam Sahabat! :D


"Assalamualaikum" bukanlah sekadar ucapan di bibir sahaja. Tetapi pastikan ucap salam itu mengandungi tiga pengertian yang luhur ini :-


1.  Mengandung Erti Cinta dan Kasih-Sayang. 



Bila bertemu dengan saudara muslim, tunjukanlah wajah ceria dan bahagia, hulurkanlah tangan dan jabatlah tangan saudaramu dengan ikhlas dan penuh rasa kasih-sayang. Buangkan segala rasa negatif yang bersarang di hati antara kamu berdua oleh hasutan syaitan terkutuk!!!

Satukan kedua-dua hatimu dengan ikatan kasih sayang, iringi ucapan salam itu dengan lafaz; “ يَا أَخِى – اختى إِنِّى أُحِبُّكَ ” 

Maksud:  "Saudaraku, aku sayang / kasih padamu".

Jawablah bisikan kasih cinta saudaramu dengan lafaz; 

“أَحَبَّكَ اللهُ الَّذِىْ مِنْ اَجْلِهِ اَحْبَبْتَنِي ”

Bermaksud;

"Semoga Allah menyayangi/mengasihi-mu yang demi Dia kamu menyayangi/
mengasihi -ku".

Senang je kan? Tak susah. Moga kita terus istiqomah menjalankan amalan ini.


Ucapan salam adalah tanda kasih-sayang di antara dua hati yang saling menyayangi. Justeru itu jangan diucapkan dengan jiwa hampa, sambil lewa, dingin dan tanpa semangat tetapi ucapkanlah dengan penuh rasa rindu, cinta kasih dan semangat persaudaraan Islam kerana mengucapkan salam kepada saudara seagama, bererti memohon dicurahkan rahmat dan berkat kepadanya daripada Allah ‘Azza wa Jalla Pencipta Langit, maka janganlah ini dipandang remeh. 


2.  Ucapan salam di awal pertemuan

Ucapan salam di awal pertemuan adalah suatu perisytiharan “PEACE” damai, aman, tenang dan sejahtera kerana dalam suasana bersama-sama itu, apa yang didamba hanya untuk menikmati suasana yang menyenangkan dan membahagiakan. Bahawa kedua-duanya benar-benar tidak akan menyakiti, tidak membahayakan saudaranya, tidak akan berdusta, menipu, berbuat jahat, bermusuh, mengumpat, mencaci, buruk sangka serta menghina dan tidak akan melakukan suatu apa pun yang menyakiti saudaranya. Seandainya hal itu terjadi bererti ucapan salam itu dusta dan hanyalah ucapan kosong, apakah balasan bagi orang yang berdusta???!


Firman Allah;


إِنَّمَا يَفْتَرِى الْكَذِبَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِئَايَـتِ اللهِ 


“Sesungguhnya yang melakukan dusta, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah”.


[QS. 16 (An-Nahl): 105] 



Allahuakbar. Jangan ambil remeh Sahabat semua.



3. Doa dan harapan.

Mengandungi doa dan harapan agar Allah S.W.T. melimpahkan keberkatan dan kebaikan kepada sesama saudara (bukan sahaja tidak menyakiti).

Ucapan 'Assalamualaikum' memberi jaminan agar dalam suasana bersama-sama dan dalam persaudaraan/persahabatan itu, tidak akan berlaku percakapan, perbincangan, perancangan, perbuatan kecuali yang baik-baik dan tidak akan ada sama sekali membicarakan hal-hal orang lain kecuali yang baik-baik semuanya.  Ucapan salam sarat dengan doa memohonkan rahmat dan berkat daripada Allah swt untuk sesama saudara muslim. 


Nabi saw bersabda tentang dirinya:

“Saya adalah rahmat dan petunjuk.” 

  --[Hadis Al-Hakim dan ad-Dhahabi]



Adapun syarat-syarat Ukhuwah adalah seperti berikut:-


1.   Ikhlas lilLahi Ta’ala.

2.   Disertai iman dan taqwa.
3.   Ke arah melaksanakan syariat.
4.   Saling menasihati.

5.   Tolong menolong dalam masa senang dan susah.

          dan lain-lain.


Cara memperkukuhkan Ukhuwah pula adalah :-


1.   Memberitahu bahawa ia mengasihinya.

2.   Memohon doanya ketika berjauhan.
3.   Ceriakan wajah ketika bertemu.
4.   Segera berjabat tangan.

5.   Saling ziarah menziarahi.

           dan lain lain.


من آخَى أخاً فى الله رَفَعَهُ اللهُ درجةً فى الجنةِ لا 

ينالُها بشَئٍ من عملِهِ .
رواه ابن أبى الدنيا. 
“Barangsiapa mengangkat seseorang menjadi saudaranya kerana Allah, Allah akan mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak akan diperolehi dengan satu pun amal ibadahnya.” 

SubhanaAllah, MasyaAllah! Besar dan nikmatnya Ganjaran Allah untuk mereka yang menjalinkan ukhuwah kerana Allah. Takkan nak lepaskan ganjaran ini sekelip mata? 

Jalinkan lah hubungan dengan rakan-rakan dengan niat kerana Allah S.W.T. InsyaAllah Allah berkati.

Ingat ini ya;



“Seorang yang mencintai saudaranya kerana Allah sebenarnya ditelah memuliakan Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agong.” 

 Dan...




“Apabila seorang muslim menziarahi saudara muslim semata-mata kerana Allah atau menziarahi saudaranya yang sedang sakit, berkata Allah : Engkau dirahmati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga.” 

SubhanaAllah!!!



“Sesungguhnya orang yang paling Aku cintai di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya: yang rendah hati, yang paling akrab dan mudah diakrabi. Sedang yang paling Aku benci di antara kalian ialah orang yang kemana-mana menabur fiitnah, yang memecah-belah orang yang saling mencintai dan yang saling mencari cacat orang yang bersih.”
MasyaAllah!!!


“Orang mu’min itu tempat kasih sayang, maka tidak ada kebaikan bagi yang tidak mengasihi dan tidak dikasihi.”


 Moga Allah memberkati usrah kita kali ini. InsyaAllah. Assalamualaikum W.B.T.








0 Comments:

Post a Comment


Written at 6:26 PM