USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

HUSNUDZON DENGAN UJIAN ALLAH (TARBIYYAH)
Husnudzon Dengan Ujian Allah ✌


"Kenapa aku selalu je dapat bala ni! Semuanya tak kena!"
"Aduh asyik dapat teruk je result aku ni. Diorang yg dapat bagus tu aku tengok bukan belajar pun! Aku ni ah! Belajar sampai subuh, same je downnye result. Ieee!!!"

Well, tanya diri ukhti semua. Tanya sekarang!

Kita, solat on time tak?
Doa cane lepas solat?
Ke doa time nak exam je?
Ke doa time rajin je?
Ke tak doa langsung?

Asal solat je dah kira, "Okay done takyah doa."

Silap. Silap besar kita ukhti. Tapi pada yg dah doa, tapi masih tiada perubahan, kita check usaha kita pulak.

Ingat balik ayat ni :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.”(Ar-Ra'd : 11)

Yeahhh, kita dah doa, usaha? Takkan nak tadah tangan tunggu apa kita nak jatuh dari langit?

Macam ni. Kita buat something, kita doa dan usaha. Dalam usaha kita doa. Lepas dah lepas semua, contoh exam, kita perlu doa dan tawakal. Nampak? Usaha kena ada sayang oi.
Orait? Okay. Untuk yg dan buat semua kat atas tu, tapi still takde perubahan yg kita nak,,, acaneee pulakk.

Okay dengar sini ukhti sayang, Allah adalah sebaik baik perancang.
Setiap rancangan Allah semua ada hikmah tersendiri. Kadang-2, Allah tak makbulkan lagi doa kita sekarang, maybe Allah nak gantikan yg lebih baik? Mungkin Allah nak hindari kita dari perkara hina? Macam riak. Kita doa something yg kita tak tahu apa yg bakal kita rasa and Allah nak hindari perasaan itu. Ya sayang. Perancangan Allah mantop sangat! Seriously.

Ukhti, berdoa itu perlu tatatertib. Berdoa itu perlu sabar. Berdoa itu perlu istiqamah. Berdoa itu perlu yakin. Dan yang penting, berdoa itu harus SOPAN!
Kadang kala kita merasa Allah tidak pernah untuk memandang permintaan kita. Tapi kita lupa pula setiap nikmat yang ALLAh berikan, yang tidak pernah pun terlintas difikiran kita untuk memilikinya. Nah, begini sikap manusia. Yang tidak ada pada dirinya itulah yang selalu dipandang dan diidam-idamkan. Yang ada pada dirinya jarang pula hendak disyukuri.

Bersyukur dengan apa yg kita ada ukhti sebab segalanya dah sempurna Allah bagi.
Orait. Ni saya nak share something yang mungkin ramai yg tak tahu termasuk saya yang baru tahu.

Kan Allah dah kata :-
“Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku menerima doa kamu.” – Ghafir : 60

Ada pulak dah suara jahat kata,
"Yang aku doa sampai 3 tahun tak termakbul-makbul sampai sekarang tu kenape?!"
Poyonye dia -,- Sombong batu. Err. Haha aasif.

Okay baca ni!

ALLAH MEMAKBULKAN DOA KITA DALAM TIGA CARA.

1. Diperkenan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
2. Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.
3. Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

SubhanaAllah!!!

Dugaan ini dalam semua bentuk ada. Dalam bentuk susah ada, dalam bentuk senang, dalam bentuk perasaan yg bercelaru, dalam perasaan yg happy dan gembira. Ya. macam mane tu?

Kadang, kalau dalam keadaan yg susah, macam-2 la kan. Contohnya, duit dah habis nak beli makanan kat kantin tetibe kuar ayat, "Dugaan apa kau berikan ini Ya Allah."
Dan bermacam lagi.

Dugaan dan ujian Allah ni, bukan yang susah-susah je tahu. Maksudnye, bukan yg berat-berat lah. Kan orang ingat, dugaan ni berbentuk dalam kesusahan yg melanda. Ahh centu ah, haha aasiff tak reti nak terang hehe.

Kalau dalam bentuk kesenangan, macam ni pulak contohnya ;-

Kita dikurniakan duit banyak, Allah nak tengok, kita keluarkan tak duit untuk disedekahkan.
Contoh kita dapat berita gembira, kita bersyukur ataupun tidak. Ke buat dek je. Haaa itu pun ujian jugak ye. Jadikan setiap apa yg berlaku, set dalam minda bahawa itu adalah ujian Allah. InsyaAllah dengan cara itu kita akan lebih redha dengan apa yg Allah tetapkan.

Alhamdulillah. Aiwah. Saya mintak pada ukhti semua ya. Tolong! Tolong! Husnudzon dengan semua ujian Allah. Dengan ujian itulah cara Allah nak bagitahu yg Allah rindukan kita. Allah rindu doa mendayu-dayu kita padaNya. Dengan ujian itulah, buat kita rasa lebih kuat dan qowiy. Ingatlah sayang. Allah adalah sebaik-baik perancang. Akhir kata dari saya, Husnudzon lah pada ujian dan dugaan Allah S.W.T.

Tutup usrah kita dengan tasbih kifarah dan surah al asr.
Moga Allah berkati Usrah kita. Assalamualaikum W.B.T.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 4:54 PM