USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

SUMAIYAH WANITA PERTAMA SYAHID
                                                   عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW





SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.

 Yasir bin Amir berangkat berangkat meninggalkan kampung halamannya di negeri Yaman. Setelah melakukan perjalanan yang cukup jauh akhirnya langkahnya terhenti di Mekah. 

Oleh kerana berasa selesa dia pun memutuskan untuk tinggal di kota Mekah dan menjalinkan persahabatan dengan Abu Huzaifah bin Mughirah.


Melihat peribadian Yasir bin Amir yang baik ini Abu Huzaifah akhirnya menikahkan dengan Sumayyah binti Khayyat, seorang hamba sahayanya, tokoh yang diceritakan pada kali ini.Perjalanan hidup keluarga Yasir dan Sumayyah berjalan harmoni dan dikurniakan dengan seorang anak yang diberi nama Ammar.

 Abu Huzaifah pun memerdekakan Sumayyah maka sempurnalah kehidupan keluarga ini dengan penuh kebahagiaan.Ketika islam mula memancarkan cahayanya di Mekah dan Rasullulah saw baru mendapat perintah untuk menyebarkan islam secara senyap-senyap. 

Sumayyah dan keluarganya termasuk orang pertama yang memeluk islam. Menurut sejarah, Sumayyah termasuk orang yang ketujuh yang mula-mula memeluk islam.
Seperti kaum muslimin lain, Sumayyah dan keluarga menjalankan perintah Allah secara senyap-senyap. Mereka melakukan solat di rumah atau digua-gua agar tidak diketahui oleh orang quraisy. 

Oleh kerana kaum kafir quraisy sangat memusuhi orang islam, ada sahaja kaum muslimin yang diketahui telah memeluk islam walaupun mereka beriman secara senyap-senyap.

Jika kaum muslimin yang memeluk islam itu adalah golongan bangsawan mereka akan digertak dan diancam. Abu Jahal tidak segan-silu mengeluarkan kata-kata gertak, 

"Kamu berani meninggalkan agama nenek moyangmu kami akan rosakkan perniagaanmu dan kami akan musnahkan harta bendamu!"

 Namun,orang yang memeluk islam itu dikalangan orang miskin atau golongan hamba mereka akan diseksa dan didera sesuka hati.

Keluarga Sumayyah ini termasuk digolongan ini. Mereka adalah golongan yang lemah dan tidak berharta. Mereka bukan golongan bangsawan atau berpengaruh.

 Mereka juga bukan kumpulan orang yang mempunyai saudara yang ramai. Bahkan,Yasir berasal daripada Yaman dan Sumayyah adalah bekas hamba (Abu Huzaifah bin Mughirah).


Berbeza dengan kedudukan kaum muslimin dalam islam. Dimata Allah semua manusia adalah sama. Tidak ada yang membezakan manusia di hadapan Allah, kecuali keimanan dan ketakwaannya.

 Dengan keteguhan prinsip itulah, Sumayyah berani menentang "Firaun" umat ketika itu iaitu Abu Jahal. Akibatnya Sumayyah, suami dan anak lelakinya Ammar juga menjadi sasaran kekejaman Abu Jahal . Sumayyah,suami dan anak lelakinya itu diikat kaki dan tangannya , kemudian dilemparkan ke atas batu kelikir tajam dan panas. Di atas batu kelikir itu mereka dipukul agar supaya murtad. 
Namun semua seksaan itu tidak mengoyangkan jiwa Ammar walaupun tubuhnya hancur diseksa.

 Mereka menyeksa Ammar bermula dengan hukuman dibakar dengan besi panas,disalib di atas padang pasir yang panas dengan ditindih batu laksana bara merah dan ditenggelamkan ke dalam air sehingga seksa nafas yang menyebabkan kulitnya mengelupas dipenuhi dengan luka.

Pada suatu hari,

 ketika diseksa dengan berat sehingga tanpa disedari oleh Ammar dia mengikuti apa yang diucapkan oleh mereka.

Ketika kembali sedar Ammar menyedari apa yang telah dia ucapkan. Dia menyesal, dan beberapa sahabat yang menyaksikan perbutan itu dengan segera menceritakannya kepada Rasullulah saw.


"Benar, wahai Rasullulah,"jawab Ammar sambil meratap. 

Rasullulah saw tersenyum sambil bersabda,"Jika mereka memaksamu lagi, ucapkanlah apa yang kamu katakan tadi, tidak apa. 

Kemudian Rasullulah saw membaca firman Allah swt :





Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.(An-Nahl :106)


Berbeza dengan Sumayyah yang menentang Abu Jahal dan usaha Abu Jahal untuk memurtadkan Sumayyah tidak berjaya. 

Sumayyah lebih memilih untuk mempertahankan imannya walaupun apapun yang terjadi.

Mendengar kekuatan iman Sumayyah itu, Abu Jahal menjadi lemah dia tidak habis memikirkan bagaimana seorang wanita yang lemah boleh menentangnya? 

Dia bukan sahaja merasa rendah diri, tetapi martabat dan darjatnya sebagai tokoh Quraisy benar-benar tercabar.

Amarahnya menjadi-jadi semakin membara. Pada ketika itulah dia mengangkat tombak dan menjunamkannya di dada Sumayyah!

 Sumayyah gugur menemui Tuhannya. Sejarah mencatatkan namanya sebagai syahida (mati syahid) pertama dalam islam.

Pengorbanan tersebut tidak sia-sia, ini kerana ia menjadi teladan, rasa simpati,kebanggaan dan kasih sayang.

 Dia adalah menjadi pedoman bagi generasi mendatang mencapai hakikat,kebenaran, kebanggaan agama Allah.

Pengorbanan ini menjadi bukti tanda keteguhan imam seseorang. Perngorbanan seseorang bagi mempertahankan kesucian agama islam.

Allah berfirman :



Begitulah al-Quran memberikan petunjuk. Pengorbanan merupakan asas keimanan.

Kekejaman dan kekerasan dihadapai dengan kesabaran,keteguhan dan pantang menyerah kalah dalam membentuk iman yang cemerlang dan mengagumkan.

Rasullulah saw selalu mengunjungi tempat-tempat penyeksaan keluarga Yasir untuk mengenang pengorbanan mereka. Kesabaran keluarga Yasir itu yang tiada taranya mengundang doa Rasullulah saw dalam sabdanya:
 :"Sabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya balasan kamu semua adalah syurga."
 Itulah ganjaran bagi mereka yang mempunyai keteguhan iman. Sabar dalam keadaan samada susah ataupun senang. Jangka masa keislaman Sumayyah singkat, tidak lama tetapi namanya tetap harum sepanjang zaman.

 Dialah wanita yang melahirkan sahabat yang begitu dicintai Rasullulah saw.Dalam sabdanya
:"Sesiapa yang memusuhi Ammar maka dia akan memusuhi Allah. Dan sesiapa yang membenci Allah, maka dia akan dibenci Allah".
 Begitu besar jasa seorang ibu yang telah melahirkan seorang tokoh .

 Janganlah kita berhenti berharap bahawa ramainya diakhir zaman ini wujud wanita seberani Sumayyah. Merekalah menjadi tonggak kepada kejayaan islam. 

Moga Allah memberkati usrah kita kali ini. InsyaAllah. Assalamualaikum W.B.T.




0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:09 PM