USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

ADAB-ADAB MUAMALAT ISLAM

••Adab-Adab Muamalat Islam••


Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atauperaturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuandan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagaipemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :
"هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ"
Maksudnya : "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)."
[Al-Mulk:15]

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalankebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.
Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

Kembali ke topik asal =)
Disini ana senaraikan beberapa adab utama dalam muamalat khususnya dalam aktiviti ekonomi.

● NIAT YANG IKHLAS ✔

Satu hadis yg sangat masyhur berkaitan niat menjelaskan dengan ketara bahawa amalan yg kita lakukan sememangnya mengikut apa yg kita niatkan. 
'إنما الأعمال بالنيات'
(Sesungguhnya, sesuatu perbuatan itu bergantung pada niat).

Korang sudah tahu kan, niat yg baik sudah diperuntukkan pahala. Belum lagi ke tahap apabila kita melaksanakannya. Betapa sayangnya Allah kepada kita, hamba-hamba-Nya. Jadi, dalam beraktiviti, contohnya korang berniaga, eloklah pasang niat untuk mendapat keredhaan Allah. 'Aku nak cari rezeki ini, hanya untuk mencari keredhaan Allah, sesungguhnya aku ikhlas dalam semua urusanku ini'.

Allah telah berfirman :
                         "قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ"
Maksudnya : "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam."
[Al-An'am:162]

Perkara lain seperti untung atau tidak, itu adalah urusan Allah. Dialah yg akan menilai niat dan hasil kerja kita itu.

● MENJAUHI RIBA & AMALAN TERLARANG ✔

Sememangnya Riba adalah musuh paling merbahaya dalam Islam. Ianya adalah virus yg boleh merosakkan Ummah. Riba tu apa?

1. Maksud Riba’.
- Pada bahasa ialah bertambah atau subur.
- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

2. Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-


a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).

b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
RM 120.00

3. Dalil-dalil pengharaman riba’ :-

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 ) 
- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)
** Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “ (Riwayat Muslim)

4. Hikmah diharamkan riba’ :-

- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.

5. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-


- Barang yang sama jenis:-
a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

- Barang yang tidak sama jenis:-
a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

6. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak. ( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani )

Ringkasnya, Riba adalah haram dan jangan sekalipun cuba terlibat dengannya, okey... Selain Riba, dalam bermuamalat, korang perlu menjauhi amalan mazmumah yg tidak diterima dalam agama kita. Contohnya:

- tipu timbangan
- sorok barang bagi tujuan untuk memudahkan korang menjual barang dengan harga yg lebih mahal
- tidak berterus terang tentang keadaan sebenar barangan yg dijual (jikalau ada cacat cela/kekurangan)

Amalan-amalan negatif sebegini janganlah diamalkan kerana tiada nilainya di sisi Allah dan pastinya menghilangkan keberkatan dalam hidup. Apa yg lebih baik, praktikkanlah amalan mahmudah seperti :

- berterus-terang (transparency and crystal clear)
- tidak terlalu berkira
- senyum
- peramah
- menggunakan kata-kata yg baik dalam berurusan

Haaaaa, hadamkan ye. Ingat! Berdosa! Nampak sikit cotet je kan, hakikatnya! Besar padahnya.

● MEMENUHI AKAD ✔

Akad atau kontrak dalam ekonomi Islam adalah faktor plus yg menjadikannya bertambah unik. Korang selalu tak dengar ayat :

'Saya jual kamera ni dengan harga RM400.00 ya.'
 Ini dipanggil -> lafaz ijab <-
***
Sementara jawapan daripada pembeli seperti ini :
'Saya beli ya kamera ni dengan harga RM400.00 sebuah.'
Ini pula dikenali -> lafaz qabul <-
***
"Eh? Macam nak kahwin pulak, ada ijab dan qabul."
"Ye, itulah akad dalam muamalat Islam."

Nyatanya, Islam amat jelas dan terang dalam semua aktivitinya. Tak ada tipu-tipu ni. Subhanallah. Jadi, seseorang peniaga yg mengamalkan tatacara Islam, dia pasti adalah orang yg benar dan amanah dalam hidupnya. Antara hikmah kewujudan akad ini ialah satu bukti bahawa kedua-dua pihak yg berurusan itu redha atau puas hati dengan apa yg dibeli dan dijual. Tiada yg rasa dikhianati apatah lagi ditindas kerana semuanya telah dijalani dengan keyakinan.

Tapi hukum untuk jual beli (lafaz ijab dan qabul) tidaklah Wajib. Tapi sangat digalakkan.

● ISTIQOMAH DALAM BERMUAMALAT ✔

Nabi Muhammad SAW merupakan ikon kita dalam setiap hal. Sebagai businessman yg hebat, korang wajib mencontohi baginda dalam urusan perniagaan. Baginda digelar 'Al-Amin' bermaksud yg benar kerana sifat amanahnya. Istiqomahnya kita dalam menuruti apa yg diajar membolehkan kita menjadi businessman yg penuh integriti, rajin, tidak pernah patah semangat dan berani mengambil risiko. Jangan sesekali terikut nafsu, 'seperti hangat-hangat tahi ayam'. Hari ini begitu semangat berniaga sehingga larut malam, esok dah tak larat. Hari ini rugi sedikit, esok terus gulung tikar.
Elakkan tabiat sebegini ya? Begitu juga dalam amalan :)

Konsistenlah dalam urusan kerana Allah sangat menyukainya. Allah SWT telah berfirman :
               "إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ"
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
[Al-Ahqaf:13]

● MENJAGA MASA ✔
Insan yg bijak ialah individu yg pandai membahagi dan menggunakan masa yg ada dengan efektif. Korang ada 24 jam, begitu juga dengan orang lain. Tiada yg lebih mahupun kurang. Kadangkala sahabat kita, si A lebih berjaya berbanding si B dalam hidup. Lebih disenangi melebihi yg lainnya.
Mengapa ya?

Salah satu sebabnya ialah keupayaan menjaga dan membahagikan masa dengan lebih terurus. Orang gagal sering memberi alasan kesuntukan waktu. Walhalnya, kerja dilakukan bertangguh-tangguh. Dalam aktiviti bisnes, korang wajar menepati waktu sehabis baik. Jika janji untuk menghantar barangan jualan yg ditempah oleh pelanggan pada hari esok, laksanakanlah dengan cepat dan tidak berlengah-lengah. Muslim yg berakhlak tinggi, mesti menepati waktu.

Allah telah memberi peringatan dalam al-Quran,
(وَالْعَصْرِ (١)  إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)  إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣
Maksudnya : "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
[Al-'Asr]

Akhir kata, dalam bermuamalat seperti menjalani aktiviti ekonomi atau berbisnes, kita perlu mengamalkan amalan terpuji kerana semua ini akan memberi ganjaran pahala yg tinggi nilainya di sisi Allah. 'Thats the beauty of Islam'.

Wallahu'alam.
Alhamdulillah. Moga Allah berkati usrah kita.
Syukran Jazillan. Assalamualaikum W.B.T.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 7:47 AM