USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

DIA YANG TERJAGA PADA WAKTU MALAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW


‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ





Kadang-kadang kita terjaga waktu tengah malam. Pukul 2,3,4 pagi kan ? Ketahuilah. Bukan sengaja Allah nak kejut kita. Bukan sebab Allah nak kacau kita. 


Percayalah, tak rugi bangun malam ni. Dating dengan Allah. Kan lagi best. Takde siapa tahu. Allahu indahnya. Bercinta dengan Allah senyap-senyap.

Saat segalanya tiba. Dalam kepekatan malam itu, kita melihat betapa kita tidak mempunyai apa-apa. Tiada gemerlapan lampu populariti, tiada harta pada tangan dan tiada sanak-saudara yang ada. Hanya kita sendiri di kala tengah-tengah malam. Seorang diri bersama kepekatan malam. Terjaga di tengah kepekatan malam mungkin simulasi diri selepas mati. Saat segalanya tiada. Yang ada hanyalah kita dan Allah S.W.T yang memegang nasib kita.


Bezanya, hari ini di kala kita terbangkit di tengah kepekatan malam, kita masih boleh bergerak mengikut tindakan sendiri dan melakukan sesuatu. Boleh merasa insaf, lantas bergerak memohon keampunanNya. Merintih akan dosa-dosa kita, lantas memohon kemaafanNya. Boleh mengadu akan kelemahan kita, lantas berusaha memperbaikinya.


Tetapi saat segalanya tiada selepas ditarik nyawa oleh Allah S.W.T, ketika itu kita akan merasa insaf, menyesal dan rasa bersalah. Namun, masa itu kita tak akan mampu bergerak memohon keampunanNya.

Sebab masa itu sudah tertutup pintu taubat dan terhenti segala peluang utk kutip pahala. Kita pasti akan kembali kenang semua dosa kita, namun bezanya kita sudah tak mampu berbuat apa-apa.

Kepekatan malam dan kita terbangun di tengahnya, benar-benar buat kita rasa kerdil. Sama ada mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah ataupun tidur semula membuai mimpi yang sia-sia.

Bukan kita yang membangunkan diri kita. Tapi, Allah jualah pemilik tenaga dan kudrat diri kita. Justeru, Dialah yang membangkitkan kita.


Maka, tidakkah kita terasa apabila kita terbangun pada waktu tengah malam adalah panggilan kasih sayangNya ? Apakah kita mengambil peluang mendirikan dua rakaat ataupun paling kurang bermuhasabah akan diri dan perjalanan hidup kita ataupun kita hanya menarik selimut dan tidur semula ? Tindakan menggambarkan diri kita. Menggambarkan sikap kita!

Kemudian, kita lihat pula pada tindakan kita untuk seluruh kehidupan kita. Kita memilih jalan apa ? Apakah pencapaian kita dalam Islam ?

Sudah berapa ramai orang kita usahakan untuk membawa mereka ke jalan dakwah ? Sudah berapa banyak kemungkaran di muka bumi ini yang kita berusaha memcegahnya ? Sudah berapa banyak kekuatan utk Islam berjaya kita bina utk generasi hadapan ?

Apakah yang kita buat selama kita hidup dan apa yang akan kita buat jika kita terus diberikan peluang utk hidup ? Sekiranya kita menyedari, setiap pagi saban hari kita dibangunkan daripada tidur. Apakah keputusan kita ?

Sama seperti simulasi kita dijadikan Allah SWT pada waktu tengah malam. Apakah keputusan kita ? Cuba nak tidur balik ? Duduk guling guling atas katil ?

Naqibah ana pernah cakap, "Kalau boleh dalam seminggu buatlah taubat sekali, tahajjud dua kali dan hajat beberapa kali je."

Tahu tak ? Nabi Muhammad kalau boleh nak wajibkan tahajjud. Tapi disebabkan Allah dah syariatkan 5 kali sehari semalam dan confirm susah nak bangun malam kan ?

Tahukan apa rahsia tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menakluki Kota Konstantinopel ? Yes. Tenteranya rajin buat solat tahajjud.

"Tapi bila dah amal kejap kejap mcm tu.. Lama lama jadi kebiasaan. Alhamdulillah. " Betul tu.  Amalkan selalu akan biasa. Janggal bila tak buat. Dan kena paksa biasakan. Lama-lama nanti jadi ikhlas."


Antara kelebihan orang yang rajin buat solat tahajjud ni :
1) Mukanya berseri-seri.
2) Tenang sama ada ditimpa kesusahan atau tidak.
3) Paling penting, hatinya bersih dan mudah menjauhi kemungkaran.


Hidup adalah mimpi. Akhirat kita terjaga.

Bak kata Allahyarham Ahmad Ammar : "Di dunialah tempat aku berpenat, di akhirat jualah aku beristirahat."

Dan apa yang ana nak ambil dari maksudnya ialah : Berpenat-penatlah cari pahala. Tak mampu buat sedekah, solat sunat berjuta-juta rakaat pun jadilah.

Kehidupan ini hanya sementara. Akhirat jua tempat yang kekal abadi selama-lamanya ? Hidup ini ibarat mimpi sahaja. Dan akhirat nanti kita terjaga sebenar-benarnya.

Ana suka ibaratkan dunia ini seperti sekolah utk kita. Sebab di sekolah lah kita dapat banyak ujian. Akhirat adalah hari anugerah buat kita. Kena tak ???


Firman Allah SWT yg bermaksud : "Dan sungguh ngeri sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka dalam keadaan malu dan hina sambil merayu.
"Wahai Tuhan kami, kami sudah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya akan segala yang kami ingkar dahulu; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang sudah yakin." [Surah As-Sajdah, ayat 12]


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya dengan keterangan-keterangan itu, Kami memberi amaran kepada kamu tentang azab yang dekat (masa datangnya) iaitu hari seseorang melihat apa yang sudah diusahakan dan orang yang kafir akan berkata pada hari tu,
"Alangkah baiknya sekiranya aku menjadi tanah supaya aku tidak dibangkitkan utk dihitung amalku dan menerima balasan."[Surah An Naba', ayat 40]


"Ingat time exam je solat hajat dan tahajud." Tahu kenapa time exam kita ada kekuatan untuk berqiam ?? Sebab time tu semua pergantungan kita hanya pada Allah. Bila Allah menjadi priority, lautan api sanggup kita redah. Pepatah ini sesuai untuk Allah bukan untuk insan yang silap menilai erti cinta yang sebenar.


Okay. Ummah akhir zaman. Bersama bangkit kentalkan Iman yang kian goyah.

Ingat!! Bila hamba hanya bergantung pada Allah, datanglah ujian yang boleh merenyukkan hati pun pasti akan bangkit semula dengan Iman di dada.

Aja aja fighting! Qiamullail yaa. Bukan qiamonline.

p/s : Jgn lupa alarm awak semua. Kasi ganasssss. Biar terkejut. :D

Wallahu a'lam. Wabillahi taufiq wal hidayah. 


0 Comments:

Post a Comment


Written at 10:03 PM