USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

AKU SETELAH MATI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW


‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ



Ambil lah peluang sementara masih hidup krn kamu akan mati. Setiap yg hidup pasti akan merasai kematian. Oleh itu, malam ni mari kita menjiwai dan menghayati AKU SETELAH MATI.

Bila kita hantar jenazah, mesti kita dengar imam baca " Wahai fulanah binti fulanah". Sesungguhnya mati itu adalah benar. Jasad yg dimasukkan ke dlm kubur adalah benar.

Adakah kita mendengar bisikan itu atau tidak ?? Kita pasti akan melalui perkara ini walaupun kita taknak.

Kalau tak ckp pasal mati pun, kita mati. Kalau ckp pun, mati. Kita taknak ckp pun, mati. Kita nak ckp pun, mati.

Duduk dlm majlis yg org antara hidup dan mati, yg berjuang sebut LAILAHAILLAH, tp ada lg yg masih sebut pasal DUNIAWI!


Bayangkan kita cerita pasal bola, pasal perniagaan. Bayangkan org yg meronta ronta nak mati.

Sesungguhnya, sakit derita yg kita tanggung adalah utk menyucikan kita.

Ujian yg paling berat adalah saat mati. Pd keadaan itu, malaikat yg jaga rezeki kita. Org yg meninggal, kita tgk dada dia berombak ombak. Kenapa ? Udara itu rezeki.

Semakin kita nak mati, semakin sikit rezeki itu. MashaAllah. Berjuang utk menyedut udara yg tersisa.

Air itu rezeki. Sbb tu org yg nak mati berasa sgt dahaga. Andai kita bg seseorg itu segelas air, tp Allah tak tulis air itu rezeki dia. Air itu takkan masuk ke dlm mulut dia. Sbb tu, disunatkan menitiskan air dgn lembut di mulut org yg sdg nazak.

Org yg nk mati ada ke nak makan burger lagi ? Ada ke nak makan bubur As-Syura lagi ? Tidak antunna! Mereka mahu diperdengarkan Al-Quran.
MashaAllah.

Ingat bila kita mati, kita akan mati mcm mana masa kita hidup. Andai ketika kita hidup, kita byk membaca Al-Quran, lazimkan mulut membaca Al-Quran. InshaAllah, ketika kita nak mati, akan dipermudahkan Allah utk baca Al-Quran.

Kita akan mati mcm mana masa kita hidup. Ingat tu.

Ada satu kisah, dia seorg ahli perniagaan yg sukses , satu hari dia accident dan terbabas. Dadanya terhentam ke stereng dan bomba bgtahu tulang selangkanya terkeluar sehingga memegang stereng itu. Allahuakbar.

Dia dibawa ke hospital dan dibawa ke ICU. Dia distabilkan utk disedarkan. Sepanjang dia di ICU, isteri dia setia menjaga dia. Lama kelamaan,isteri dia dah tak sanggup nak jaga dia. Dia pergi ke rumah mak si fulan ni dan beritahu "Mak ambillah peluang jaga anak emak.. sy dah tak sanggup nak jaga. "

Kenapa isteri dia tak sanggup nak jaga dah ??
Nak diringkaskan.

Kerana sepanjang dia jaga suami dia. Dalam sedar tak sedar tu apa yg keluar drpd mulut suami dia hanyalah kalimah mencarut dan lucah. Allahu rabbi.

Sampai ke penghujung hayat dia. Dia hanya sebut kalimah kalimah mencarut, maki maki dan lucah.

MashaAllah. Sampai ke akhir nafasnya. Dia tidak sempat melafazkan LAILAHAILLALLAH. Melainkan kalimah mencarut. Allahuakbar. Sebab tu kita akan mati mcm mana ketika kita hidup.

Masa mati, tempat mati dan cara mati. Cara mati paling penting. Perbanyakkan baca qul huwallah hu ahad.

Ada yg cakap Allah bertuahnya mati ketika tawaf depan kaabah. Tapi bila diperiksa, penuh dgn barang mencuri di badan dia. MashaAllah. Tempat tu tak menolong dia pun antunna. Mati jatuh dlm bilik air. Tapi mati ketika bangun untuk pergi tahajjud. MashaAllah.
Nampak tak betapa penting cara kita mati tu.

Orang yg rohnya dah dicabut dr jasad, pucat lesu. Wajah yg skrg orang cakap berseri, bercahaya semuanya akan pucat. Darah semua sudah tak ada.

Tidakkah kita pernah terfikir, aku akan melalui semua itu. Tidakkah kita pernah terfikir, aku akan pucat lesu tak ada lg darah mngalir dlm badan macam tu.

Marilah sama sama kita renung diri kita. Berbekal dgn amal taqwa. Sekecil kecil taqwa adalah senyum sesama kita. Dah mati kita tak bolehsenyum dah.
Ada yg boleh angkat tangan tak bgtahu, confirm aku hidup esok? Yg confirm itu lah lg diperhati oleh Malaikat Izrail. Jgn terlalu bongkak. Nauzubillahi min zalik. Allah Allah.

Mungkin kah kain cotton kita yg sdg dikilang, sdg menuju belayar ke kita. Mungkinkah kain kafan kita akan dtg dari kedai yg dekat dgn kita sedang dikoyak utk dibalut tubuh kita.

Berapa ramai org sihat mati tiba tiba. Berapa ramai org sakit itu panjang umur. Berapa ramai pengantin yg dihias indah yg sebelum malam indahnya direntap nyawanya. Allahuakbar..

Ya Allah, bawalah hati kami agar tidak hanyut dlm kelalaian dan kealpaan drpd mengingati bahawa kami akan mati Ya Allah..

Bentuklah dr skrg bagaimana CARA KITA MATI nanti. Mungkin ajal on the way ketuk pintu rumah kita.

Wallahu'alam bissawab.

SEKIAN..
Yg baik dtgnya dari Allah. Yg buruk dtg dari kelemahan diri ana sendiri.

Moga ilmu yg dikongsikan bermanfaat buat antunna. InsyaAllah.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 9:11 PM