USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

BOLEHKAH BERCOUPLE ?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW


‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ






TAJUK: BOLEKAH BERCOUPLE?


Tajuk kecil:

- Tindakan Orang Bercinta
- Bagaimanakah Meyatakan Hasrat Hati

  •   Niat yang Benar dan Ikhlas
  •   Wanita juga bole menyatakan hasrat hatinya terus kepada lelaki idamannya
  •   Boleh juga menggunakan orang tengah
- Perjanjian cinta antara lelaki dan wanita


- Tindakan Orang Bercinta.
Diyakini bahawa cinta dan bercinta adalah harus. Namun, bagaimanakah langkah sebaiknya bagi golongan bercinta? Adakah terus bercinta sampai puluhan tahun?

Dalam hal ini, Nabi SAW bersabda:
"Kami tidak melihat bagi pasangan yang bercinta seumpama nikah"
(Riwayat Ibnu Majah, Kitab an-Nikah, no. 1847)

Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pasangan yang bercinta. Bagaimanakah untuk segera menikah? Jika tidak, banyak maksiat akan berlaku atas nama cinta. Namun hari ini ramai pasangan yang bercinta. Jika disuruh menikah, bermacam-macam alasan diberikan. Duit tak cukup, kena tanggung adik-beradik yang masih belajar, muda lagi, enjoy dulu, berkenalan dan kenal hati budi dulu dan sebagainya. Akhirnya bercinta sampai sepuluh tahun, tiba-tiba putus cinta di tengah jalan.
Trend sebegini makin tersebar luas dalam masyarakat tanpa sedar telah meminjam budaya segelintir masyarakat barat yang membenarkan tinggal bersama tanpa ikatan nikah. Bahkan ada yang melahirkan anak luar nikah. Kemudian baru bernikah. Mungkin ini antara maksud hadis Nabi SAW bahawa zina semakin tersebar luas sebagai antara tanda akhir zaman.


Ada juga ibu bapa yang menghalang pernikahan si anak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Fikirkanlah semula tindakan tersebut. Oleh itu, antara perbuatan yang dihukum sebagai dosa ialah tindakan wali nikah menghalang pernikahan atau enggan menjadi wali nikah.


" Budaya zina semakin tersebar luas sebagai antara tanda akhir zaman, hampirnya KIAMAT"
Nauzubillah..


- Bagaimana Menyatakan hasrat hati
Ketika hati dilanda ombak cinta, sudah tentu hati tidak keruan dan tidak tentu arah. Selagi mana tidak diluahkan, maka batin hati terasa, terbakar, membakar dan terseksa. Bagaimanakah jalan untuk meluahkan rasa hati? kaedahnya mudah sahaja, itu pun kalau ada keberanian hati iaitu berjumpa dan terus menyatakan hasrat hati.



  •  Niat yang Benar dan Ikhlas
Dalam peristiwa pernikahan Nabi SAW dengan Ummu Salamah r.ha., ada catatan yang menarik. Satu ketika, Abu Salamah r.a. balik ke rumah dan disambut oleh isterinya Ummu Salamah. Abu Salamah menceritakan kepada isterinya apa yang diajarkan oleh Nabi SAW. Apakah perkara yang diajar oleh Baginda? Menurut Abu Salamah, jika seseorang ditimpa musibah, maka hendaklah dia beristirja 'iaitu berkata:
"sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali".
kemudian diikuti dengan doa agar Allah memberi pahala dan memberi ganti yang lebih baik. Doakan yang diajar oleh Nabi SAW ialah:
"Ya Allah! Berilah daku akan pahala dalam musibah ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik kepadaku


Maka apabila Abu Salamah meninggal dunia, Ummu Salamah pun melakukan perkara yang diajar itu. Namun dalam hati Ummu Salamah, terdetik siapakah lelaki yang lebih baik daripada Abu Salamah. Apabila tamat idahnya, Nabi SAW datang menemui Ummu Salamah. Dalam pertemuan itu, Nabi SAW meminang Ummu Salamah untuk dirinya sendiri. Namun begitu, Ummu Salamah menolak dengan beberapa alasan. Antara alasannya ialah sifat cemburu yang kuat, faktor usia yang agak tua dan tanggungjawab terhadap keluarga.


Namun Nabi SAW menjawab bahawa sifat cemburu itu akan Allah hilangkan. Berkaitan faktor usia, Nabi SAW juga menyatakan bahawa Baginda juga sudah tua. Berkenaan dengan keluarga, maka Nabi SAW menyatakan bahawa keluarga Ummu Salamah adalah keluarga Nabi juga. Akhirnya Ummu Salamah bersetuju dengan peminangan tersebut.



  •  Wanita juga boleh menyatakan hasrat hatinya terus kepada lelaki idamannya.
Dalam satu catatan sirah Nabi SAW diceritakan peristiwa seorang wanita menawarkan dirinya dinikahi oleh Nabi SAW. Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa ada seorang wanita datang menemui Nabi SAW lalu menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada Baginda. Perbuatan wanita itu tidak dicela oleh Baginda. Namun anak perempuan kepada Anas berkata bahawa wanita itu tidak malu atau kurang malunya.

Namun Anas menegur anaknya dengan berkata:
"Wanita itu lebih baik daripada kamu. Beliau suka kepada Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada Baginda"
(Riwayat Ibnu Majah, Kitab an-Nikah, no.2001)



  •  Boleh juga menggunakan orang tengah
Contohnya ibu bapa, ibu saudara, kawan rapat dan sebagainya
Dalam satu riwayat hadis, Sayidina Umar al-Khattab r.a. mempunyai anak perempuan bernama Hafshah r.ha.. Apabila suaminya meninggal dunia, Sayidina Umar berjumpa Sayidina Uthman bin Affan r.a. dan berbincang dengannya berkaitan Hafshah. Apabila Uthman membuat keputusan untuk tidak bernikah, Umar berjumpa pula dengan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan berbincang dengannya berkaitan Hafshah. Namun, nampaknya Abu Bakar juga tidak memberikan jawapan yang kukuh.


Akhirnya Nabi SAW sendiri meminang Hafshah untuk dirinya sendiri. Hadis ini diriwayatkan oleh Iman al-Bukhari dalam kitab an-Nikah pada hadis bernombor 5122. Malah dalam al-Quran dicatatkan bagaimana wali kepada wanita menyatakan hasrat untuk menikahkan seorang lelaki dengan anak perempuannya.
Firman Allah SWT:
"Berkatalah dia (Syu'aib): Sesungguhnya saya bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua-dua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun. (Surah al-Qashah 28:27)


- Perjanjian cinta antara lelaki dan wanita
Sistem masyarakat dan teknologi moden membawa masyarakat kepada sistem yang lebih terbuka. Perkenalan berlaku dengan begitu mudah. Maka terhasil perkenalan, wujud perjanjian antara lelaki dengan wanita untuk bernikah. Namun, masalah timbul apabila pihak keluarga si wanita ingin menjodohkan si wanita dengan lelaki yang lain. Bagaimanakah perjanjian cinta yang telah dibuat?  Adakah boleh dikira sebagai mungkir janji?


Pernikahan dalam islam bukanlah semata-mata persetujuan dan keredhaan antara wanita dan lelaki, malah melibatkan wali kepada wanita. Sikap si wanita yang tidak mempedulikan persetujuan ibu bapa merupakan sikap yang tidak wajar. Tanpa persetujuan dan keredhaan ibu bapa, apalah keberkatan dan kebaikan yang wujud. Bukankah redha Allah dalam keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah dalam kemarahan ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika si wanita masih muda dan belum pernah bernikah. Wanita sebegini tanggungjawab besarnya adalah di bahu ibu bapa kerana dibimbangi pernikahan tanpa izin walinya akan membawa kepada nikah yang batil.

Sabda Nabi SAW:
"Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka nikahnya terbatal"

Namun sikap keluarga yang tidak mengambil kira perasaan si wanita dan persetujuannya juga merupakan sikap tidak wajar. Pernikahan adalah proses hidup bersama dalam tempoh yang bukan sekejap. Maka keizinan si wanita juga perlu diambil kira. Pedoman daripada Nabi SAW agar persetujuan sekadar diam pun sudah memadai. Oleh itu, tidaklah seseorang wanita dikira sebagai mungkir janji ia bernikah dengan lelaki yang lain yang menjadi pilihan keluarga.


Alhamdulillah. Selesai sudah usrah kita pada hari ini.
Wallahu a'lam



0 Comments:

Post a Comment


Written at 10:34 PM