overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersFADHILAT SEDEKAH (HADIS MENGENAI SILATURRAHIM - IBU BAPA)
Usrah Note
Assalam alaik bidadari Khaulah Al Azwar
Usrah Time ‼
Tajuk : Fadhilat sedekah
(Hadith mengenai silaturrahim - Ibu Bapa)
Tarikh : 5 September 2015 | 22 Zulkaedah 1436
Masa : 9:30 PM Tempat : Group Masing Masing
Jom berbulatan gembira
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Assalamualaikum wbt untuk bakal bidadari-bidadari Khaulah Al Azwar
Segala puji hanyalah milik Allah SWT. Rabb yang menyinari hati para hambaNya dengen kelembutan kasih dan sayang. Tuhan Yang Maha Kasih, yang sentiasa mengasihi para hambaNya dengan sifat RahmanNya di dunia ini dan sifat RahimNya di akhirat.
Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih agung setelah iman selain kasih dan sayang sesama makhluk Allah SWT.
Selawat dan salam mudah mudahan tetap dilimpahkan kepada kekasih kita, Rasulullah SAW
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله إلا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصحبه وسلم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
مالك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
إهدن الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
Tajuk: Ibu bapa
Daripada Anas رضى الله عنه berkata Baginda صلى الله عليه و سلم bersabda bahawa sesiapa yang kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia ataupun seorang daripada mereka meninggal dunia sedangkan dia adalah seorang yang tidak taat pada mereka,kalau dia selalu meminta keampunan bagi mereka dan juga lain lain doa untuk mereka maka dia akan dikira sebagai salah seorang yang taat(pada kedua ibu bapa).
Betapa besar kurniaan dan anugrah Allah❗
Betapa besarnya ihsan Allah ❗
Yang mana jika seseorang telah menderhaka kepada kedua ibu bapanya semasa mereka hidup,kerana sebarang kelakuan yang tidak disukainya,walhal ibu bapa bukanlah yang boleh dibenci sehingga selepas mereka meninggal dunia.
Kemudian mereka menyesal setelah mengenang jasa ibu bapa mereka semasa mereka hidup..
Tetapi❗❗
Apakah cara untuk menampung kerugian ini sedangkan ibu bapa telah meninggal dunia
Allah تعالى dengan kurniaannya yang luas telah membuka caranya.
Iaitu,selepas mereka mati,anak yang dahulu tidak taat pada mereka kini kalau berdoa untuk mereka dan menyampaikan pahala kepada arwah mereka dengan harta dan diri sendiri,maka hak yang telah dirusakkan pada kehidupan mereka akan boleh ditampung dengan cara ini.
Dan sebaliknya,kini dia akan dikira sebagai anak yang taat pada kedua ibu bapanya.
Kita lihat betapa besarnya kurniaan Allah ini yang mana walaupun masa dan kesempatan sudah hilang, peluang masih juga terbuka.
Kalau kesempatan begini pun terlepas maka seorang itu sangat keras hati dan tidak mempunyai apa-apa kebaikan.
Allahu
Berapa ramaikah orang yang didapati sentiasa sahaja membuat perbuatan yang disukai oleh kedua ibu bapa mereka
Antunna semua jawaplah dalam hati..
Disegi menunaikan hak-hak,selalu ada sebarang kekurangan dan kesilapan
Jika seseorang selalu mengamalkan amalan-amalan untuk menyampaikan pahala kepada arwah mereka maka satu hasil yang sangat baik boleh didapati.
Setelah dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa
"Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak kedua ibu bapanya, maka ianya boleh menjadikan haji yang terganti bagi mereka dan diatas langit,mereka diberi berita gembira dan di sisi Allah anak sedemikian ini dikira anak yan taat pada kedua ibu bapa walaupun dahulu dia adalah anak yang derhaka.
Dalam hadis yang lain telah dinyatakan bahawa
"Sesiapa yang mengerjakan haji untuk salah seorang daripada kedua ibu bapanya maka ia mendapat pahala untuk satu haji walhal anak yang mengerjakannya mendapat pahala untuk sembilan Haji.
Allama Aini رحمة الله عليه telah menukilkan sebuah hadis didalam syarahan Bukhari bahawa sesiapa yang membaca doa berikut satu kali.
الحمد لله رب العلمين رب السموت و رب الارض و رب العلمين و له الكبرياء فى السموت و رب الارض و هو العزيز الحكيم ولله الحمد رب السموت و رب الارض رب العلمين و له العظمة فى السموت والارض و هو العزيز الحكيم و هو الملك رب السموت و رب الارض و رب العلمين و له نور فى السموت والارض و هو العزيز الحكيم⚪
Lepas itu doa
'Ya Allah sampaikanlah pahalanya kepada kedua ibu bapa saya'
Maka dengan ini dia sudah menunaikan hak-hak kedua ibu bapanya.
Didalam hadis yang lain telah dinyatakan bahawa jikalau seseorang menunaikan sedekah yang nafil maka apakah susahnya dia berniat supaya menyampaikan pahalanya kepada arwah kedua ibu bapanya
Ya, syaratnya adalah mereka semeatinya orang-orang islam.
Pada keadaan demikian pahalannya akn sampai kepada mereka dan pahala orang mensedekahkannya tidak akn berkurangan sedikit pun.[Kanz]
Menurut hadis ini tidak perlu apa-apa lagi melainkan bila sahaja menafkah sesuatu, maka niatnya supaya pahalanya disampaikan kepada kedua ibu bapanya.
Auzi' رحمة الله عليه berkata Sebaliknya, sesiapa yang telah taat pada kedua ibu bapanya semasa hidup, tetapi setelah mereka meninggal dunia,dia menyalahkan mereka,tidak menunaikan hutang mereka dan juga tidak beristigfar bagi mereka maka dia akan dikira sebagai seorang anak yang derhaka pada kedua ibu bapanya.[Durre Manthur]
Wallahualam
|
0 Comments:
Post a Comment