USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

KELEBIHAN SURAH YASSIN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين





Kelebihan Surah Yassin

Hadrat ata Abi Rabah berkata telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda : "sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan ditunaikan".

Kelebihan kelebihan surah yassin juga banyak disebut dalam hadis hadis. Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadis. "Segala sesuatu mempunyai hati dan hati bagi alquran ialah surah Yassin. Sesiapa yang membaca surah yassin, Allah akan menulis pahala baginya seumpama dia membaca seluruh alquran sebanyak sepuluh kali"
Menurut sebuah hadis yang lain. Allah membacakan surah taha dan dan surah yassin seribu tahun sebelum mencipta langit dan bumi.

Apabila para malaikat mendengarkan keadaan ini,mereka berkata "Bertuahlah umat yang akan diturunkan Al-Quran keatas mereka,bertuahlah hati hati yang memikul alquran(yakin yang akn menghafalnya)dan bertuahlah lidah lidah yang akan membaca Al-Quran.

Diriwayatkan dalam satu hadis "sesiapa yang membaca suarh yassin semata mata kerana Allah taala,segala dosanya yang dahulu akan diampunkan". Oleh itu bacalah surah ini untuk orang yang telah mati.

Mengikut sebuah hadis,dalam kitab taurat, surah yassin dinamakan Mun 'imah (pemberi nikmat) kerana surah ini membawa kebaikan kepada pembaca surah itu dalam kehidupan didunia dan juga diakhirat. Ia juga menghindarkan penderitaan didunia dan diakhirat dan menjauhkan kedahsyatan dalam kehidupan akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah khafidah. Iaitu yang mengangkat darjat orang yang beriman dan merendahkan darjat orang kafir.

Menurut satu riwayat,Rasulullah bersabda : "Hatiku menghendaki supaya surah Yassin berada dalam hati umatku".

Mengikut sebuah hadis yang lain, jika seseorang itu membaca surah yassin pada setiap malam dan kemudianya mati maka dia akan mati sebagai syahid.

Diriwayat dalam hadis yang lain. "Sesiapa yan membaca surah yassin maka dosanya akan diampunkan,sesiapa sahaja yang membaca surah ini semasa kelaparan,akan hilang kelaparannya. Sesiapa yang membaca surah ini ketika sesat jalan akan menjumpai semula jalannya. Sesiapa yang membaca surah ini kerana kehilangan binatang tunggangannya akan menjumpai semula binatangnya itu dan apabila seseorang itu membaca surah ini kerana bimbangkan makanan tidak cukup maka makanan itu akan mencukupi.

Sekiranya seseorang itu membaca surah yassin kepada orang yang sedang dalam keadaan nazak maka kesakitan ketika nazaknya akan diringankan.
Jika seseorang itu membaca surah ini keatas wanita yang menghadapi kesukaran semasa melahirkan anak maka akan dimudahkan kelahiran bayinya.

Hadrat Muqri berkata : "sekiranya surah yassin dibaca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh maka ketakutan itu akan hilang"

Menurut hadis yang lain jika seseorang membaca surah yassin dan surah assoffaat pada hari jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu maka doanya akan diterima.


(Kebanyakan bahan yang dinukilkan disini dipetik daripada kitab mazahir ulhaq,tetapi sesetengah ulama hadis telah mempersoalkan kesahihhan sesetengah daripada riwayat riwayat tersebut.)

Wallahu`alam..


0 Comments:

Post a Comment


Written at 10:28 PM