overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersTERAPI PATAH HATI DENGAN PUASA
Assalam alaik bidadari Khaulah Al Azwar
Usrah Time ‼
Tajuk : Terapi Patah Hati Dengan Puasa
Tarikh : 1 September 2015 | 18 Zulkaedah 1436 Masa : 9:30 PM Tempat : Khaulah Hall (Wc) & Group masing masing (Ws)
Jom berbulatan gembira
Assalamualaikum wbt untuk bakal bidadari-bidadari Khaulah Al Azwar
Segala puji hanyalah milik Allah SWT. Rabb yang menyinari hati para hambaNya dengen kelembutan kasih dan sayang. Tuhan Yang Maha Kasih, yang sentiasa mengasihi para hambaNya dengan sifat RahmanNya di dunia ini dan sifat RahimNya di akhirat.
Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih agung setelah iman selain kasih dan sayang sesama makhluk Allah SWT.
Selawat dan salam mudah mudahan tetap dilimpahkan kepada kekasih kita, Rasulullah SAW
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله إلا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصحبه وسلم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
مالك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
إهدن الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
Tajuk Kita malam ini ialah Terapi Patah Hati dengan Puasa
Patah hati atau dalam bahasa omputihnya kita panggil broken heart berpunca daripada iman yang lemah
Iman yang lemah untuk mengakui bahawa segala yang berlaku adalah qada' dan qadarNya. Ini juga berpunca dari desakan nafsu yang tak pernah puas
Kalau kita imbau balik bagaimana penciptaan nafsu. Sebelum ia diperintahkan Allah masuk ke dalam jasad manusia (Nabi Adam), ia dipanggil dan ditanya oleh Allah SWT,
"Siapakah engkau dan siapakah aku ?
Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah menyiksa nafsu ini dalam neraka selama 100 tahun. Setelah itu, nafsu dikeluarkan dan Allah berfirman lagi,
"Siapakah engkau dan siapakah aku ?"
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
"Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku."
Antara faktor yang menyebabkan patah hati adalah kerana desakan nafsu. Nafsu yang mengajak kita supaya tidak redha dengan ketentuanNya sedang mungkin ia bukan yang terbaik buat kita.
Sebagaimana Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud,
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Nafsu perlu ditarbiah dan dilatih, oleh sebab itulah Imam Al Ghazali mengumpamakan nafsu ini seperti kuda liar . Jika tidak dilatih ia tidak akan membawa kita ke tempat yang kita inginkan tetapi setelah dilatih barulah ia mengikut kata dan memberikan manfaat kepada kita.
Sebagaimana nafsu yang dibakar oleh Allah di dalam neraka . Berpuasa juga bertujuan untuk membakar nafsu agar tidak bermaharajalela.
Berpuasa juga merupakan terapi terbaik untuk mengubat patah hati. Dengan berpuasa, hati akan menjadi lebih tenang dan sukar bagi syaitan hendak menggoda manusia yang patah hati untuk bertindak melampaui batas.
Hadis Nabi SAW ada menerangkan terutama kepada para remaja yang bercinta. Maksudnya,
"Wahai sekalian pemuda-pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mampu bernikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "nikah" beerti jimak, nafkah dan mahar), maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa kerana itu penjaga baginya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, walaupun ia ditujukan kepada pemuda yang belum berkahwin supaya berkahwin tetapi keistinewaab puasa itu sebenarnya telah dibuktikan mampu menahan segala keinginan.
Puasa dilihat sebagai pelindung dan penyembuh dari kekecewaan yang lahir dari hati yang jika tidak dibendung akan memberikan kesan yang tidak baik.
Semua orang mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi bagi sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah. Keinginan tetapi tidak kesampaian mungkin akan mengakibatkan kecewa dan patah hati. Oleh itu puasa adalah penawar kepada kekecewaan dan patah hati tersebut.
Wallahualam
|
0 Comments:
Post a Comment