overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersSLOT PILIHAN {Muhasabah Diri} : KITA MUKMIN YANG MANA?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan tazkirah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين
Malam ni; Slot Pilihan {Muhasabah Diri}
Tajuk malam ni ialah Kita Mukmin Yang Mana?
Orang Islam boleh menjadi Mukmin sejati atau Mukmin ‘asi (derhaka).
Dalam menjalani kehidupan di dunia, sesetengah Mukmin gagal mengharunginya lalu melakukan dosa. Tetapi kalau Mukmin itu kuat imannya mereka akan takut untuk melakukan dosa.
Tambahan pula, Mukmin sangat sensitif dengan Allah dan al-Quran. Maknanya mereka sangat rapat dengan
Allah dan dekat dengan al-Quran
Oleh itu, mereka takut untuk melakukan dosa dan maksiat pada masa yang sama mereka akan merujuk kepada al-Quran sebelum bertindak
Setiap kali Allah perintahkan mereka melakukan ibadah melalui wahyu dan menegah melakukan kemungkaran, terus mereka patuh tanpa banyak soal
Demikian sifat Mukmin pada zaman Rasulullah, sahabat dan para tabiin.
Persoalannya bagaimana dengan orang Mukmin kini?
Penjara
Anda mungkin pernah mendengar pepatah Arab, “Dunia itu penjara orang Mukmin dan syurga orang Kafir.”
Ungkapan ini wajar difahami sebagai cabaran hidup ..
Bagi Mukmin, kehidupan di dunia ibarat hidup di dalam penjara. Maknanya seseorang Mukmin yang hidup di dunia mesti menyedari bahawa mereka sentiasa dikawal pergerakkannya.
Maka ‘banduan’ yang berjaya mengikut disiplin akan dikeluarkan dari penjara sebagai orang yang baik. Jelas di sini, setiap Mukmin diwajibkan mengikut peraturan dan undang-undang Allah, dan mengikut disiplin yang ditetapkan oleh Allah.
Semua peraturan itu terkandung dalam al-Quran dan hadis Rasulullah.
Percayalah kalau semua Mukmin berada dalam kedudukan itu, pasti mereka akan menjadi manusia yang hebat dan berdisiplin dalam mengurus ursan dunia. Mukmin sebeginilah yang perlu kita wujudkan pada zaman ini.
Selain itu, Mukmin perlu sentiasa melengkapkan dirinya dengan kelengkapan akhirat untuk menghadap Allah.
Pada masa yang sama harus berusaha mengurus kesempurnaan hidup agar setiap langkahnya tidak menyusahkan di kemudian hari
Gila-gila
Sehubungan itu ada ungkapan puitis yang perlu direnung sedalamnya; “beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok.”
Ungkapan ini tersirat ilmu bagaimana seseorang Mukmin harus bijak mengurus dunia dan akhiratnya. Mukmin faham bahawa tawaran untuk duniawi amat luas, tidak bertepi.
Oleh itu tidak perlu direbut tawaran itu secara ‘gila-gila’. Hal ini kerana selagi masih hidup peluang untuk mendapat dunia terbuka untuk mereka. Berbeza dengan tawaran unutk ukhrawi, terbatas masanya sehingga esok pagi
Masa untuk mengejar peluang itu perlu dilakukan dengan ‘gila-gila’ kerana takut tidak sempat sampai esok pagi.
Ana percaya kalau semua Mukmin pada zaman ini dapat memahami mesej yang terkandung dalam ungkapan di atas, tentu mereka akan lebih maju daripada umat Islam sebelumnya.
Malah, umat Islam kini akan lebih gemilang daripada masyarakat dunia. Bahkan lebih hebat daripada Amerika dan Jepun ......
Tidak Seindah Gambaran
Realiti umat Islam pada hari ini amat berbeza dengan gambaran dia atas
Beberapa ramai yang hanya sebagai Mukmin_’Asi.
Lebih banyak melakukan dosa berbanding membuat pahala. Sebahagian mereka tidak tahu akan hukum-hakam Islam. Mereka jauh daripada pengajian agama sejak kecil.
Lalu sewaktu dewasa malu pula untuk mendekati masjid dan surau. Bayangkanlah kalau mereka tidak dididik dengan ajaran agama yang betul, tentulah seluruh kehidupannya tidak berlandaskan agama.
Ibadah yang difardukan Allah dianggap membebankan, walaupun sesekali dilakukannya, tidaklah dengan ikhlas.
Ketika itu mereka menjauhkan diri dengan Tuhannya
Allahu rabbi !
Jadi bagaimana Allah akan mendekati untuk memberikan hidayah kepadanya? Tentu hidupnya tidak dipandu oleh Allah sebaliknya dipandukan oleh syaitan dan nafsu.
Sebenarnya, kehidupan di dunia sangat bergantung kepada ilmu fardu kifayah iaitu panduan komunikasi dengan manusia dan berurus niaga secara sihat.
Sememangnya hidup di dunia manusia tidak boleh seorang-seorang, sebaliknya perlu berkahwin dan beranak pinak ..
Bagaimana kalau semua itu dilakukan ikut sesuka hati tanpa panduan agama, tentulah mereka akan menyimpang daripada panduan Allah.
Betul tak?
3 Sifat Mukmin Berjaya
Sebenarnya kunci kejayaan Mukmin adalah apabila mereka memiliki tiga sifat sebagaimana yang terkandung dalam surah al-Anfal, ayat 2:
Ketiga-tiga sifat ini perlu dimiliki Mukmin yang mahu hidup berjaya ..
Kita tidak nafikan ada Mukmin seperti sifat di atas, tetapi peratusannya agak rendah.
Memang ada orang Islam yang takut untuk melakukan dosa dan maksiat. Memang ada umat Islam yang hampir melakukan dosa zina, tetapi tidak sanggup meneruskannya.
Mereka ini hebat dengan Allah. Pada masa yang sama mereka juga rapat dengan manusia, sangat menjaga disiplin hidup. Mereka boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan penuh sopan.
Jika mereka berurus niaga dengan manusia lain, mereka melakukannya dengan baik tanpa menyinggung perasaan sesiapa. Mereka ini disenangi oleh manusia apatah lagi Allah.
Jelas, mereka yang hebat dengan Allah akan rapat pula dengan manusia ..
Nak tak kita jadi seperti mereka?
Tepuk dada, tanya iman.
Oleh itu, tidak ada sebab untuk umat Islam pada hari ini tidak boleh menjadi seorang Mukmin sejati. Jadi betulkan tekad demi kehidupan di dunia yang aman tenteram dan akhirat yang damai ..
Sekian sahaja usrah kita malam ni :)
Wallahu`alam. Moga bermanfaat..
Together We Strive for Mardhatillah !
|
0 Comments:
Post a Comment