overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersISTIDRAJ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين
Istidraj adalah istilah bahasa arab. Menurut bahasa, ia dikatakan diambil daripada bahasa arab yakni 'daraja' yang bermaksud naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya.
Sementara istidraj daripada Allah kepada hamba difahami sebagai 'Hukuman' yang diberikan sedikit demi sedikit. Allah membiarkan orang ini dan tidak disegerakan azabnya.
Tindakan maksiat yang Allah balas dengan nikmat dan Allah membuat dia lupa untuk beristighfar sehingga dia makin dekat dengan azab sedikit demi sedikit dan selanjutnya diberikan semua hukumannya.
Ayat Al-Quran mengenai istidraj (Rujuk tafsir masing-masing)
Ayat 44 daripada surah al-Qalam bermaksud:"Biarkanlah Aku sahaja (Wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan) dari arah yang mereka tidak mengetahuinya." Ayat 182 daripada surah al-A'raf bermaksud:
Berdasarkan ayat al-Quran itu, istidraj diterjemahkan dengan makna 'menarik sedikit demi sedikit'. Apabila diamati, ia sememangnya satu bentuk hukuman yang diberikan kepada golongan ingkar.
Dalam satu khutbah Jabatan Mufti Pahang mengenai istidraj menyebut, Rasulullah SAW menjelaskan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani, Imam Ahmad dan Imam Al-Baihaqi;
"Apabila kamu melihat Allah mengurniakan seseorang hamba kurniaan dunia sedangkan dia masih bergelumang dengan maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj."
Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah daripada surah Al-An'am ayat 44, maksudnya:
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."
Sesetengah manusia berasa bangga dirinya sentiasa sihat dan kuat, manakalah harta pula bertambah-tambah sedangkan dia terus ingkar dan sesat, malah makin menjadi-jadi pula kejahatan yang dilakukannya.
Allah
Dalam senang dan seronok, selalu saja dia memperlekehkan golongan taat kerana tidak memiliki kesenangan sehebat dirinya. Hakikatnya kesenangan yang dia kecapi itu hanya lah tipu daya.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 178 bermaksud:
Wallahu`alam.. Moga Bermanfaat :)
Together We Strive for Mardhatillah !
|
0 Comments:
Post a Comment