USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

AISYAH BINTI ABU BAKAR
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين



Aisyah Binti Abu Bakar

Siapa tak kenal Sayidatina Aisyah, bonda orang orang yang beriman .
Ana berminat nak kongsi kisah beliau walau ana tahu dan ana yakin ramai sudah tahu kisah hidupnya..


Aisyah Binti Abu Bakar dikurniakan kemuliaan semasa hidup dan selepas meninggal dunia. Dia bukan hanya menjadi isteri Rasulullah SAW di dunia, tetapi juga di akhirat. Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, Jibril membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan di akhirat sebagai mana diterangkan dalam sebuah hadis daripada Aisyah;
"Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutera hijau kepada Nabi SAW, kemudian berkata, 'Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat."
(HR At-Tirmizi)


Dia menjadi penyebab turunnya firman Allah SAW yang menerangkan kesuciannya dan membebaskannya daripada fitnah orang munafik pada peristiwa Hadisul Ifki.
Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecik dia bermain-main dengan lincah dan ketika dinikahi Rasulullah SAW usianya belum genap 10 tahun.


Dalam sebahagian besar riwayat disebutkan bahwa Rasulullah SAW membiarkannya bermain-main bersama teman-temannya. Dua tahun setelah Khadijah wafat, wahyu turun kepada Rasulullah SAW untuk menikahi Aisyah. Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah;
"Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat datang menemuiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutera dengan berkata, "Ini adalah isterimu." Ketika aku membuka tabirnya, wajahmu kelihatan. Kemudian aku berkata kepadanya, "Jika ini benar daripada Allah SWT, nescaya akan terlaksana.""


Mendengar khabar itu, Abu Bakar dan isterinya sangat gembira. Tambahan pula, Rasulullah SAW bersetuju menikahi puteri mereka, Aisyah. Baginda datang ke rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang penuh berkat. Setelah pertunangan selesai, Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah bersama para sahabat, sementara isteri-isteri baginda ditinggalkan di Mekah. Setelah baginda meninggalkan Madinah, baginda mengutus seseorang untuk menjemput mereka, termasuk antaranya ialah Aisyah RA.


Dengan izin Allah SWT, Rasulullah SAW menikahi Aisyah dengan mas kahwin 500 dirham. Aisyah tinggal di bilik yang bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Banyak wahyu diturunkan di dalam bilik itu sehinggakan bilik itu disebut sebagai tempat turunnya wahyu. Dalam hati Rasulullah SAW, kedudukan Aisyah sangat istimewa dan tidak dialami oleh isteri-isteri baginda yang lain.


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik dikatakan;
"Cinta pertama yang terjadi dalam islam adalah cinta Rasulullah SAW kepada Aisyah."


Dalam riwayat At-Tirmizi dinyatakan, ada seseorang yang menghina Aisyah di hadapan Ammar bin Yasir sehinggakan Ammar berkata kepadanya;
"Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti isteri Rasulullah SAW yang tercinta."


Walaupun isteri-isteri Rasulullah SAW mempunyai perasaan cemburu yang kuat terhadap Aisyah, mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah yang sangat terhormat. Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata;
"Demi Allah SWT, dia adalah manusia yang paling baginda cintai selain ayahnya (Abu Bakar)."


Antara isteri-isteri Rasulullah SAW, Saudah bin Zum'ah sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah sehinggakan dia merelakan seluruh malam bahagianya untuk Aisyah. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah SAW rela. Dia menjaga agar jangan sampai baginda merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan daripadanya. Salah satu cara membuatkan baginda rela ialah Aisyah sentiasa memakai pakaian yang cantik dan selalu berhiasa untuk Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW meminta izin kepada isteri-isterinya untuk beristirehat di rumah Aisyah selama baginda sakit sehinggalah baginda wafat. Dalam hal ini, Aisyah berkata;
"Ia merupakan kenikmatan bagiku kerana Rasulullah SAW wafat di pangkuanku."


Bagi Aisyah, Rasulullah SAW tinggal di biliknya sepanjang baginda sakit merupakan kehormatan yang sangat besar kerana dia dapat menjaga baginda sehingga ke akhir hayat. Rasulullah SAW dimakamkan di bilik Aisyah, di tempat yang sama baginda wafat.


Aisyah pernah bermimpi melihat tiga bulan jatuh dalam biliknya. Ketika dia memberitahu hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata;
"Jika yang kamu lihat itu benar, maka dirumahmu akan dimakamkan tiga orang yang paling mulia di muka bumi."


Ketika Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar berkata;
"Baginda adalah orang yang paling mulia antara ketiga-tiga bulanmu."
Ternyata Abu Bakar dan Umar dimakamkan di rumah Aisyah.


Selepas Rasulullah SAW wafat, Aisyah sentiasa berdepan dengan dugaan yang sangat berat. Namun dia menghadapi semua dugaan dengan hati yang sabar, penuh kerelaan terhadap takdir Allah SWT dan selalu berdiam diri di dalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT.


Rumah Aisyah sentiasa dikunjungi orang ramai daripada segenap penjuru untuk menimba ilmu atau menziarahi makan Nabi SAW. Ketika isteri-isteri Nabi SAW hendak mengutus Usman menghadap Khalifah Abu Bakar untuk bertanyakan harta pusaka peninggalan Nabi SAW yang merupakan bahagian mereka, Aisyah justeru berkata;
"Bukankah Rasulullah SAW berkata, 'Kami para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka. Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah.'"


Dalam menetapkan hukum, Aisyah kerap menemui wanita-wanita yang melanggar syariat islam. Dalam Tobaqat, Ibnu Sa'd mengatakan bahawa Hafsah binti Abdirrahman menemui Ummul Mukminin Aisyah RA. Ketika itu Hafsah memakai tudung nipis. Aisyah menarik tudung wanita tersebut sepantas kilat dan menggantikannya dengan tudung tebal.


Aisyah tidak pernah mengambil ringan tentang hukum kecuali sudah jelas dalilnya daripada Al-Quran dan sunnah. Aisyah merupakan orang paling dekat dengan Rasulullah SAW sehingga dia dapat menyaksikan banyak wahyu yang turun kepada baginda. Aisyah juga berpeluang untuk terus bertanya kepada Rasulullah SAW jika menemui sesuatu perkara yang tidak difahami tentang suatu ayat. Dengan itu, Aisyah memperoleh ilmu dengan cepat daripada Rasulullah SAW.


Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafal hadis-hadis Nabi SAW, sehingga para ahli hadis menempatkan dia pada urutan kelima daripada penghafal hadis setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas Bin Malik dan Ibnu Abbas.


Dalam hidupnya yang penuh dengan jihad, Aisyah meninggal dunia pada usia 66 tahun dalam bulan ramadhan tahun ke 58 Hijrah dan dimakamkan di Baqi'. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan, tawaduk dan pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW. Dia juga selalu beribadah serta sentiasa melaksanakan solat malam.


Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehinggakan dalam rumahnya tidak akan ada wang satu dirham atau satu dinar pun yang tinggal.

Rasulullah pernah bersabda;
"Jagalah diri kamu daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma."
(HR Ahmad)


Mari semua kesayangan , singkap kembali kisah Kekasih Rasulullah  dengan bait2 nasyid tentang Saiyyidatina Aisyah ☺


Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin kubicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami
Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-muqatsirin
Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta
Tetapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh mehna ujian
Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora
Kau isteri sejati
Yang memangku nabi
Saat hujung nyawakan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu
Sekian usrah kita malam ini. Yang baik datangnya dari Allah. Dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri ana sendiri.

Kita tutup dengan tasbih Kafarah dan  Surah Al-'Asr.
Wallahu`alam..
Moga Bermanfaat.



0 Comments:

Post a Comment


Written at 2:56 AM