overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersARWA' BINTI ABDUL MUTALIB
Assalam alaik bidadari Khaulah Al Azwar
Usrah Time ‼
Tajuk : Arwa' Binti Abdul Mutalib
Tarikh : 4 September 2015 | 21 Zulkaedah 1436 Masa : 9:30 PM Tempat : Khaulah Hall (Wc) & Group Masing Masing (Ws)
Jom berbulatan gembira
Assalamualaikum wbt untuk bakal bidadari-bidadari Khaulah Al Azwar
Segala puji hanyalah milik Allah SWT. Rabb yang menyinari hati para hambaNya dengen kelembutan kasih dan sayang. Tuhan Yang Maha Kasih, yang sentiasa mengasihi para hambaNya dengan sifat RahmanNya di dunia ini dan sifat RahimNya di akhirat.
Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih agung setelah iman selain kasih dan sayang sesama makhluk Allah SWT.
Selawat dan salam mudah mudahan tetap dilimpahkan kepada kekasih kita, Rasulullah SAW
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله إلا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصحبه وسلم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
مالك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
إهدن الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
.Arwa' Binti Abdul Mutalib, Membela Rasulullah SAW dengan lisannya tajuk kita pada malam ini
Arwa' Binti Abdul Mutalib termasuk orang yang memeluk Islam di Makkah dan berhijrah ke Madinah. Sebelum memeluk islam, dia termasuk orang yang mendukung perjuangan Rasulullah SAW.
Suatu hari, orang di sekitarnya memberitahu bahwa anak lelakinya, Kulaib bin Umair memeluk islam di rumah Al-Arqam bin Abil Arqam al-Makhzumi. Selepas pulang dari sana, Kulaib terus menemui ibunya dan berkata,
"Wahai ibu, aku telah mengikuti (agama) Muhammad dan aku telah memeluk islam kerana Allah."
Ibunya menjawab,
"Sesungguhnya orang yang paling berhak kamu sokong dan bela ialah anak lelaki bapa saudaramu (Muhammad).
Demi Allah, seandainya aku mampu sebagaimana kaum lelaki, akan aku selalu membelanya."
Kulaib berkata,
"Jika begitu, apakah yang menghalangi ibu untuk memeluk islam dan menjadi pengikutnya (Muhammad) padahal saudara ibu, Hamzah bin Abdul Mutalib telah memeluk islam ?"
Ibunya menjawab,
"Aku mahu melihat saudara saudara perempuanku lebih dahulu memeluk islam. Aku akan menjadi salah seorang daripada mereka dengan memeluk islam juga."
Kulaib berkata,
"Sesungguhnya aku memohon kepadamu demi Allah untuk berjunpa dengannya (Muhammad), memberi salam kepadanya, mempercayainya dan bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah."
Setelah memeluk islam, Arwa' Binti Abdul Mutalib termasuk salah seorang wanita paling kuat membela Rasulullah SAW dengan lisannya dan menyuruh anak lelakinya untuk selalu taat dan patuh kepada Rasulullah SAW.
Suatu hari, Abu Jahal telah mempersiapkan sekumpulan orang kafir Makkah untuk menganiaya Rasulullah SAW. Mendengar hal itu, Kulaib Bin Umair terus pergi menemui Abu Jahal kemudian memukulnya sehingga kulit Abu Jahal mengelupas. Seketika itu juga, mereka menyeret Kulaib dan pengikutanya. Tidak lama kemudian, Abu Lahab datang membebaskannya.
Orang ramai memberitahu tentang Kulaib yang membela Rasulullah SAW kepada ibunya dengan berkata,
"Wahai Arwa' tahukah kamu bahawa anak lelakimu telah menjadi pembela Muhammad?"
Dengan tegas Arwa' menjawab,
"Hari yang terbaik bagi Kulaib adalah dia membela anak lelaki bapa saudaranya (Muhammad) kerana perkara yang baginda bawa adalah kebenaran yang datangnga daripada Allah."
Mereka bertanya,
"Jika begitu, kamu juga pengikut Muhammad?"
Arwa' menjawab,
"Ya, aku pengikut Muhammad"
Mendengar jawapan Arwa', sebahagian orang kafir mengumumkan keislaman Arwa' kepada Abu Lahab. Abu Lahab datang menemui Arwa' dan berkata,
"Sungguh suatu berita yang mengejutkan atas kamu yang telah mengikuti Muhammad dan meninggalkan agama Abdul Mutalib."
Arwa' menjawab,
"Memang sudah seharusnya begitu. Sekarang, berdirilah di samping putera saudaramu (Muhammad) untuk menolong dan membelanya. Apabila sudah jelas perkara (kebenaran Muhammad bagimu) maka kamu boleh memilih untuk mengikutnya (memeluk islam) atau kamu tetap dalam agamamu."
Sambil berpaling pergi, Abu Lahab menjawab,
"Kita disegani dalam kalangan Arab. Bagaimana kita perlu tunduk dengan orang yang datang dengan agama baharu ?"
Arwa' menjawab dengan serangkap bait syair.
"Sesungguhnya Kulaib telah menolong anak lelaki bapa saudaranya. Dia (Kulaib) juga Rasulullah dalam lindungannya dan dia infakkan hartanya untuk perjuangannya."
Perdebatan antara Abu Lahab dan Arwa' menggambarkan kepada kita karakter seorang ibu yang tegas dalam membela puteranya dalam memperjuangkan kebenaran.
Arwa' berkata,
"Berlinanglah air mataku dan memang sudah selayaknya untuk berlinang lantaran bapaku yang enggan menerima kebenaran kerana rasa malu."
Dalam syairnya yang lain, Arwa' memuji Rasulullah dengan berkata,
"Wahai Rasulullah, kamulah harapan kami kerana kamu telah berbuat baik kepada kami dan kamu tidak pernah melakukan semena mena terhadap kami."
Begitulah kisah teladan Arwa' Binti Abdul Mutalib yang selalu memberikan perhatiannya kepada perjuangan Rasulullah SAW dan selalu menyeru anak lelakinya untuk mendukung dan membela perjuangan Rasulullah SAW. Arwa' meninggal dunia pada sekitar tahun 15 Hijrah.
Wallahualam
|
0 Comments:
Post a Comment