USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

COUPLE I.S.L.A.M.I.K - boleh ke? -
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW




‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ






Malam ni usrah kita berkaitan dengan "Couple Islamik"


Couple islamik ?
Apa tu ?
Siapa yang terlibat ?
Dia sama dengan Couple biasa ke ?


Couple Islamik ini adalah masalah yang dialami oleh kebanyakan :


  •  Mereka bertudung labuh.
  •  Mereka berjubah.
  •  Mereka berserban.
  •  Mereka berdakwah.
  •  Mereka yang taktau bahasa.


Erk..

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." - Surah Al Isra', ayat 32 -


Doktor hati kata dekati zina pon tak boleh. Couple ni adalah satu perkara yang mendekati zina. Ha dekati zina ja Doktor Hati kata tak boleh apatah lagi nak berzina.


Siapa Doktor Hati ?


Doktor Hati tu ialah Doktor yang 'mencipta' manusia. Jadi Dialah yang paling tahu pasal hati manusia. Doktor Hati yang dimaksudkan ialah Allah swt.  ☺


Okay, berbalik pada topik utama kita. Hm Couple Islamik ni nampak je macam islamik tapi sebenarnya bukan budaya islam.


Nak tau tak alasan apa yang selalu 'geng islamik' ni bagi?


"Kami saling kejut-mengejut untuk bangun tahajud."

"Mak ayah dah tau hubungan kami. Lagipun ana memang sayangkan dia. Dia juga sayangkan ana."

"Ana nak merubah dia supaya dia jadi lebih baik."

Bla.. Bla.. Bla..


Malas nak dengar alasan lapok macam tu.


Cinta itu fitrah. Nak bercinta tu tak salah. Tapi harus la kena pada tempatnya.

Bercinta lepas nikah.


Kebanyakkan 'geng islamik' ni ada je keluar dating. Ni la masalah besarnya. 'Geng islamik' ditipu oleh nafsu dan syaitan.                                                  


Nak tau tak apa syaitan dah buat ?
Nak tau tak apa nafsu dah goda ?


Syaitan ni dia buatkan kamu pandang perbuatan buruk tu sebagai sesuatu yang baik dan pandang perbuatan yang baik tu sebagai sesuatu yang buruk.


Nafsu ni bagi kamu menghalalkan segala niat tanpa memikirkan cara.


Jadi, 'geng islamik' ni fikir couple tanpa ber 'I Love You' tu takpe. Digantikan dengan 'till jannah'.


I Love = till jannah

Equation yang mantap! Pandai betul ya mereka ni aplikasikan ilmu matematik.

Nampak tak permainan dia kat situ?


Wahai abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, tak semestinya kamu tak berdating, berabang sayang, ber hubby baby kamu tak terlepas daripada perbuatan zina.


Kenapa nak couple?
Tak sabar nak nikah?
Takut buah hati diambil orang?
Nak dakwah?
Nak mengeratkan ukhwah?


Orang-orang yang bagi alasan macam ni pernah baca Al Quran tak?


"Dan Kami ciptakan kamu berpasang-pasangan."
-Surah An Naba', ayat 8-


Dah jelas Allah bagitau kita bahawa setiap makhluk itu ada pasangan masing-masing.
Mohon hadam bebetul !

Cara yang paling halal adalah pernikahan. Yang ni baru betul caranya.


Jadi couple bukan la satu jalan untuk menghalalkan niat kamu supaya berpasang-pasangan!

Remember!
"Niat tak menghalalkan cara"

Take note

Yakin dengan janji Allah. Ada baiknya kamu persiapkan diri untuk menjadi calon suami/isteri yang baik. Baiki ilmu agama, skill rumahtangga, ekonomi dan akhlak yang baik.


Setiap orang tu sudah ditetapkan ajal, rezeki dan jodohnya. Semua tu takkan tertukar. Jadi nak takut apa?                                                  

Stop bazirkan masa , stop bazirkan air mata , stop bazirkan tenaga , stop bazirkan perasaan , stop bazirkan duit nak topup bagai

 STOP IT !

Dengar sini.

Seseorang yang telah ditakdirkan menjadi milik kamu, Allah tidak akan membiarkan dia menjadi hak orang lain.

Faham tak?

Tak kesian ke dekat bakal suami / bakal isteri kamu nanti?

Geng islamik yang mana masih lagi kena tipu dengan syaitan dan nafsu, sila la putus cepat.


"Sayang la nak putus dengan dia. Hubungan kami dah bertahun-tahun."


Kalau la sayang tu benda yang solid dan boleh nampak dengan mata kasar, sila ambil sayang tu dan ketuk kepala sendiri.


1 soalan perlu kamu jawab.

Sayang boipreng/gelpreng?

Atau.

Sayang Allah dan Rasul ?

Tak takut ke malaikat dok usha je kau dari tadi yg asyik dengan boipreng/gelpreng kau tu?

Tak takut? *double up kening

Mata malaikat Israfil tak pernah terpejam sambil melihat arasy Allah . Menunggu isyarat daripada Allah untuk meniup sangkakala . Seram ?

Tepuk dada tanya iman dan jawab sendiri.


Sekian saja usrah kita malam ini. Baik datang dariNya dan yang buruk datang dari kelemahan dan kekurangan diri ini sendiri.


Moga bermanfaat. Say No to Couple before Akad !

Wallahu a'lam..


1 Comments:

Blogger El Mustaqim said...

Assalammualaikum, salam ziarah dari saya ..

http://www.secebisdakwah2ku.blogspot.com

February 12, 2015 at 8:58 PM  

Post a Comment


Written at 10:31 PM