USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

.. PAGI ISLAM, PETANGNYA KUFUR ..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW



‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ







Apabila telah sampai ajal kita, diceritakan bahawa di alam kubur nanti, akan datang wakil Allah SWT yang bernama Munkar dan Nakir. Maka bertanyalah mereka :
'Man Rabbuka?'
(SIAPA TUHAN ENGKAU?)
  
Waktu tu, kita tak boleh nak jawab. Tak terjawab kalau di dunia dulu mensyirikkan Allah SWT, lawan Allah, langgar perintah Allah... Padahal kita tahu jawapannya. Tapi tak terucap kerana tak diizinkan (tak berkeupayaan) utk bercakap. Tetapi kalau sewaktu di dunia dulu kita mentauhidkan Allah, ikut perintah Allah... InsyaAllah, dengan mudah sahaja kita mampu menjawab :
'Allahu Rabbi...'
(ALLAH TUHANKU)
  
Sebab apa boleh jadi macam tu? Sebab yang menjawab tu bukan kita. Tetapi yang jawab semua tu adalah amalan kita sewaktu kita hidup di dunia. Waktu itu, mulut terkunci rapat, apa sahaja soalan yang diajukan oleh hakim majistret (Malaikat Munkar & Nakir), yang menjawab hanyalah tangan, kaki, mata, dan amalan kita sahaja.
  
Tu muqaddimah je baru, kita berbalik pada tajuk... Pagi Islam, petangnya Kafir. Petang Islam, paginya jadi kafir semula. Macam mana boleh jadi macam ni?
  
Adakah waktu pagi (Subuh) dia solat di masjid, nanti petangnya sembahyang di kuil pula?
Boleh ke???
  
Asalnya isu ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit daripada mata benda dunia."-hadis riwayat Muslim-
  
Hadis ini berbentuk futuristic (masa depan). Ianya dikategorikan sebagai pesanan dan peringatan daripada baginda agar umatnya berjaga-jaga.
  
Dah berlaku ke sekarang ni?
Jawapannya, ya! Cuma kita je tak perasan.
  
✏️ Macam Mana Boleh Jadi Macam Ni?
  
Benda ni berlaku tanpa kita sedari dan tanpa kita perasan kerana halusnya permainan yang direncanakan oleh Iblis.
  
Contoh mudah yang kita senang nak faham :
Pagi (Subuh), Alhamdulillah... Dapat solat berjemaah di masjid. Malamnya pula kita jumpa dengan tok bomoh yang mampu meramalkan nasib. Kita pun percaya dengan apa yang diramalkan olehnya. Itulah yang dikatakan pagi tadi beriman, tetapi apabila waktu malam terbatal imannya kerana percaya bahawa ada kuasa lain yang berkuasa menentukan takdir selain Allah SWT. Apabila esoknya, beriman kembali seperti biasa... Solat seperti biasa... Perkara sebegini yang kian parah di kalangan masyarakat hari ini.
  
Jadi, bagaimana dengan pagi kita? Bagaimana pula dengan petangnya? Renung2kan.. 
   
✏️ Contoh Lain Pula :
  
-Apa bezanya doktor dengan bomoh? Siapa yang betul dan siapa yang salah?-
  
Paginya  beriman, tiba-tiba petangnya jatuh sakit. Tergerak hati nak pergi berubat.
  
Boleh tak berubat?
Boleh...
  
Kalau berubat dengan bomoh boleh tak?
Pun boleh juga.
  
Habis tu, tak jatuh syirik ke?
Tak lah...
  
Fahamkan elok-elok...
Bomoh ni diambil daripada Bahasa Melayu lama yang boleh diterjemahkan sebagai pengamal perubatan. Dia berusaha dan berikhtiar utk sembuhkan pesakit daripada penyakit yang dihadapi. 'Mat Saleh' (omputih lah) panggil doctor dan orang Cina pula panggil tabib (kalau tak silaplah). Dengan tok bomoh kita boleh berubat, dengan doctor kita boleh berubat, dengan tabib pun kita boleh berubat.
  
Dah tu... Orang selalu kata, berubat dengan tok bomoh, haram!
  
Yang jadi haram itu berdasarkan kepada kaedah perubatan tersebut. Kalau tak menepati dengan hukum syara', maka ianya jatuh haram. Contohnya jika tok bomoh menggunakan tulang anjing, tengkorak, keris boleh terbang... Barulah haram. Tapi kalau tok bomoh tu mengamalkan ayat al-Quran, solat sunat hajat, pil beli di farmasi... Taklah haram. Malah hukumnya menjadi HARUS.
  
Begitu juga dengan doktor, tabib dan sebagainya. Berubat dengan mereka juga boleh jatuh haram jika kaedah perubatan ataupun matlamat yang hendak dicapai tergelincir daripada kehendak syara'. Contohnya, melakukan pembedahan pertukaran jantina.
  
Tok bomoh boleh buat? Tak boleh, kan... Jadi, jumpa siapa?
Jumpa doktor dan pakar bedah.
  
Maka, mereka yang mendapatkan perkhidmatan doktor tersebut dihukumkan sebagai haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT. Cuma, masyarakat di Malaysia, telah di'set' minda dengan mengatakan bahawa istilah bomoh hanya diterjemahkan sebagai seorang yang mengamalkan ilmu hitam dan sihir yang membawa kepada syirik kerana mendapatkan pertolongan melalui pihak ke tiga iaitu iblis dan syaitan, nauzubillah! Kalau kita percaya, maka terbatallah iman ketika itu juga.
  
✏️ Contoh Yang Lain Lagi... :
  
Kadang-kadang bercakap dan bergurau dalam hal-hal agama juga boleh terbatal iman. Nak bergurau perkara lain tak apa (ada batasnya).
  
Tapi hukum Allah, jangan dibuat bergurau. Contohnya :
"Engkau tak payahlah buat amal banyak sangat. Nanti Tuhan pening nak mengiranya..."
  
Nampak macam bergurau...
Tetapi ingat! Ianya boleh menyebabkan akidah dan iman kita terbatal dengan tidak disengajakan.
  
✏️ Jadi, Nak Buat Macam Mana?
  
Ada beberapa perselisihan pendapat daripada jumhur ulama'. Ada sebahagian ulama' mengatakan menjadi Islam semula apabila melafazkan syahadah ketika tahiyat dalam solat. Ada juga sebahagiannya pula menyatakan tak dikira. Kerana syahadah ketika dalam tahiyat tidak disertakan dalam hati utk kembali kepada Islam.
  
Oleh itu, kita perlulah selalu ingat pesan nabi, "Perbaharuilah iman kamu...", maka para sahabat bertanya, "Bagaimana utk kami memperbaharui iman kami?" Jawab Rasulullah SAW, "Perbanyakkanlah mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH."
  
Sama-samalah kita hadirkan kepercayaan dan keimanan kita ketika mengucapkannya. Banyak kali ucap pun tak rugi... Sambil pakai tali kasut tu kita ringankan mulut kita menyebut LA ILAHA ILLALLAH. Sambil menunggu lampu trafik bertukar daripada merah kepada hijau, kita biasakan mulut kita menyebut LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH.
  
Mana-mana perbuatan dan percakapan yang kita tidak sedar, moga-moga dibuka pintu penerimaan iman kita kembali kepada Allah SWT. InsyaAllah....

Wallahu`alam.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:40 AM