overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersFIQH : NIKAH (Siri II)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad Saw
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Siri 2: FIQH NIKAH
Tajuk kecil:
-keperluan sebenar dalam pernikahan
-Mahar dan belanja hangus
-Langkah bendul
-Zina dengan ibu, nikah dengan anak
Bagi pasangan yang bercouple, kadang-kadang ada yang berpendapat bahawa pernikahan dalam islam adalah susah dan merumitkan. Sebenarnya tidak. Islam adalah agama fitrah dan mudah. Mudah disini termasuk dalam urusan pernikahan. Jika dirujuk dalam al-Quran, sunnah Nabi SAW dan huraian para ulama, maka pernikahan tidak memerlukan kehadiran ramai orang. Cukup dengan kehadiran wali nikah bagi pengantin perempuan dan dua orang saksi yang adil. Dengan kehadiran tiga lelaki ini, maka pernikahan pasangan couple boleh diakadkan.
Pernikahan juga tidak memerlukan kepada adat persandingan. Persandingan bukan keperluan dalam pernikahan. Persandingan hanya adat masyarakat. Tidak salah untuk bersanding jika dijaga adab hukum. Pernikahan juga tidak memerlukan kenduri yang besar belanjanya. Dalam amalan masyarakat, kenduri kahwin mungkin paling kurang memerlukan agar disembelih seekor lembu atau kerbau. Ribuan juga harganya. Dalam islam, Nabi SAW menyarankan agar dibuat kenduri kahwin tetapi biarlah mengikut kemampuan. Sabda Nabi SAW: Maksudnya: Buatlah kenduri kahwin walaupun dengan seekor kambing Majlis kenduri adalah sebagai simbol pemberitahuan tentang pernikahan dan tanda kegembiraan. Para ulama menyatakan bahawa kenduri merupakan suatu galakan dalam islam untuk mengisytiharkan pernikahan, bukannya suatu kewajipan hingga boleh membatalkan pernikahan. Namun ada sabda Nabi SAW: Maksudnya: Pembeza antara halal dan haram ialah suara dan paluan gendang dalam pernikahan.
Pernikahan juga tidak memerlukan pakaian yang mahal dan baharu. Memanglah wajar sebab pernikahan satu peristiwa besar dalam hidup. Namun, kita ingin agar difahami bahawa islam adalah agama yang mudah. Manakala pernikahan sesuatu yang mudah dalam islam.
Mahar atau disebut juga mas kahwin merupakan syarat wajib dalam sesuatu pernikahan. Maka si suami wajib memberi mahar kepada si isteri. Oleh sebab itu, dalam lafaz akad nikah-melihat kepada kewajipan mahar-disebut berapakah maharnya.
Namun, mahar tidak termasuk dalam rukun nikah. Nikah tetap sah walaupun tidak disebut berapakah maharnya dan si suami tidak memberi mahar kepada si isteri.
Firman Allah tentang kewajipan mahar: Maksudnya: Dan berikanlah (wahai si suami) kepada wanita-wanita itu akan mahar mereka sebagai satu pemberian yang wajib
Namun, islam tidak menetapkan kadar mahar. Kadar minimum tiada, dan kadar maksimum pun tiada. Kadar mahar terserah kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.
Firman Allah dalam persoalan mahar:
Oleh itu, kadarnya hendaklah munasabah dab wajar. Jika membebankan pihak lelaki, dikhuatiri ia akan melambatkan proses pernikahan.
Sehubungan itu, didapati bahawa Nabi SAW bersabda:
Oleh itu, riwayat hadis menunjukkan perbezaan kadar mahar. Contohnya dalam Sunan at-Tirmizi, dalam kitab an-Nikah disebutkan beberapa hadis dalam penentuan kadar mahar. Ada riwayat menyebut tentang dua pasang kasut, ada pula beberapa surah daripada al-Quran dan ada juga kenyataan tentang kadarnya sebanyak 480 dirham. Ketetapan kadar mahar kadang-kadang ditentukan oleh pihak berkuasa agama. Contohnya, ada yang sekitar RM 100 dan ada yang kadarnya sekitar RM 300. Jika ditakdirkan pihak berkuasa agama menetapkan jumlahnya
Sekitar RM 3000 manakala pengantin lelaki tidak mampu, nikah tetap sah jika cukup rukunnya. Apa yang dibuat oleh pihak berkuasa agama atau adat masyarakat kebiasaannya mengambil kira adat atau uruf masyarakat.
Adapun belanja hangus, hantaran dan sebagainya maka itu tidak termasuk dalam rukun dan kewajipan. Ia hanya sekadar adat yang boleh diamalkan. Cuma janganlah sampai membebankan, menyusahkan dan merumitkan hingga pernikahan ditangguh bertahun lamanya hanya kerana ketidakmampuan menyediakan hantaran. Akhirnya ada yang sanggup kahwin lari. Senang cerita. Ada juga yang sanggup berzina. Apabila berlaku kehamilan, maka diberitahu kepada keluarga agar cepat dinikahkan. Kalau tidak, keluarga akan menanggung malu.
Salah satu adat masyarakat Melayu ialah penghormatan kepada adat langkah bendul. Istilah langkah bendul merujuk kepada si adik perempuan yang akan bernikah lebih dahulu daripada kakaknya. Sepatutnya kalau diikut susunan, kakak yang akan bernikah lebih dahulu. Namun, persoalan jodoh bukanlah senang hendak dirancang. Maka ada ketikanya si adik dahulu bertemu jodoh.
Ada positifnya dalam adat langkah bendul. Adat ini sebagai satu penghormatan kepada si kakak. Dengan pemberian hadiah tertentu kepada si kakak, terubat sedikit hatinya yang mungkin tergores kerana si adik terlebih dahulu bertemu jodoh. Ini satu penghormatan. Dalam islam, Nabi SAW ada bersabda tentang kewajipan menghormati insan yang lebih tua.
Namun, ada negatifnya. Sudut negatifnya ialah adat ini dijadikan alasan untuk menangguhkan pernikahan si adik sehingga si kakak bertemu jodoh. Si adik yang sudah mempunyai boyfriend tidak dapat bernikah walaupun sudah cukup syarat dan bersedia untuk bernikah. Akhirnya, pasangan ini terjebak dengan dosa dan maksiat.
Selain itu, ada masanya adat ini tidak menghalang pernikahan si adik tetapi menetapkan jumlah kadar hadiah yang tinggi yang wajib disediakan oleh pihak pengantin lelaki. Sudahlah belanja kahwin pun tinggi, perlu pula disiapkan hadiah yang mahal untuk si kakak.
Dalam persoalan ini, masyarakat perlu lebih terbuka dan luas fikiran. Adat langkah bendul adalah baik sebagai tanda penghormatan kepada insan yang lebih tua. Namun, janganlah adat ini dijadikan alasan untuk menangguhkan pernikahan orang lain sehingga bertahun lamanya. Janganlah pula diminta pelbagai hadiah kerana terlalu menurut adat ini.
Zina sememangnya sudah makin berleluasa hingga insan kian menampakkan sifat kehaiwanan. Insan seperti ini jasadnya tampak manusia namun sifatnya adalah sifat kebinatangan. Mungkin binatang pun lebih baik daripadanya. Ada insan yang berzina dengan pelbagai pasangan.
Seorang lelaki semasa mudanya mungkin pernah berzina dengan pelbagai jenis wanita. Akhirnya, dia pun ingin bernikah. Namun, wanita yang akan dinikahinya adalah ibu kepada wanita yang pernah bersama dengannya.
Mungkin ada wanita yang pernah bersama dengan seorang lelaki A. Kemudian ketika hendak bernikah, lelaki yang akan menjadi suaminya adalah anak kepada lelaki A. Suasana sebegini pernah berlaku. Adakah pernikahan sebegini boleh diteruskan.
Nampaknya ada pandangan para ulama silam yang mengharuskannya. Ini diharuskan oleh Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah dan az-Zuhri.
Imam ibnu Hajar al-'Asqalani berkata:
Namun, walaupun harus masalah tetap wujud. Kisah-kisah lama akan muncul apabila pasangan yang pernah berzina ini bertemu. Kemungkinan tarikan masih wujud. Kerinduan masih membara. Maka tidak dapat tidak, sudah tentu mereka akan curi-curi untuk berbual bersama dan akhirnya mengulangi perkara keji tersebut.
Dalam amalan masyarakat jahiliah, anak lelaki akan mewarisi dan bernikah dengan ibu tirinya selepas kematian si bapa. Amalan ini diterima oleh masyarakat ketika itu. Namun al-Quran menegahnya.
Firman Allah SWT:
Alhamdulillah selesai sudah usrah kita malam ni mengenai tajuk Fiqh : Nikah bagi siri pertama dan kedua.
Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk itu datang daripada diri sendiri.
Semoga tajuk ini bermanfaat utk kita semua. Wallahu`alam..
|
0 Comments:
Post a Comment