USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

AURAT
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW



‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ






Kita mulakan usrah kita dengan Al-Fatihah dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan juga Ahlul Bait

Allah telah menyuruh kita untuk menutup aurat dengan sempurna. 


Seperti firman Allah Taala : Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk  dikenali , sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.(Al Ahzab:59)

 Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah, dan dada.
Kita suka atau tidak untuk menutup aurat kita tetap kena melaksanakannya.
Kadang-kadang kita pernah dengar atau baca artikal yang berbunyi.... jeng jeng jeng
"Kau sayang ayah kau tak?"
"Semestinya aku sayang!"
"Kau sayang abang-abang  kau tak?"
"Kau ni apa punya soalan la. Dan tentu- tentu aku sayang abang-abang aku."
"Dah tu kenapa tak tutup aurat."

Hah! Ni nak bagitahu sapa yang akan ditarik ke neraka jika kita tidak menutup aurat. 

1. Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji &sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.... tidak cukup kalau hanya memberikan kemewahan dunia  sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya 
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak ditangguh,puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3.Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.. tunggulah tarikan adiknya ke neraka.

4. Anak lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Sekarang kita boleh lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.


Firman Allah Taala:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya ,adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan - Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim:6)


SEKSAAN BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUTUP AURAT


  • Sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja ,balasannya 70,000 tahun dalam neraka.
*1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia.*
--
Bayangkan lah. Baru SEHELAI ukhti uii. 
Allahuakbar ..


  •  Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  •  Pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantung, balasan untuk dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi.

Ada sesetengah dari kita pakai tudung atas dada, dan sengaja kedepankan dada ketika berjalan di hadapn
ajnabi. Balasan dia seperit ini ukhti

ALLAHUAKBAR...!  
(Gambarnya tak boleh nak hantar kat sini)

AllahuAkbar. AllahuAkbar

Fatimah Az-Zahra :"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya."
Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
"Mana-mana bahagian aurat tubuh yang terdedah, bahagian itulah yang akan disambar oleh api neraka..."
--
Bahagian aurat yang tidak ditutup, bahagian anggota itulah yg akan disambar api neraka. 
--
Allahurabbi...


  •  Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
 Tapi ingatlah hawa sayang. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 
Pintu taubat terbuka seluas-luasnya buat hambaNya. 

--
Selagi kita masih bernyawa, matahari tak terbit sebelah barat lagi, (kiamat sudah dekat) selagi itulah kita masih berpeluang untuk bertaubat kepada Allah ukhti semua. 

"Kenapa Allah masih hidupkan kita?" 
Sebab nak kasi chance kat kita bertaubat. 
Gunakan peluang tu. 

Sesungguhnya, Jannah Firdausi dipagari oleh duri tika di dunia dan Neraka Jahanam itu dipagari dengan keindahan dan kesenangan di dunia. 
Ingatlah Hawa.              
Sekali kita Taubat, SubhanaAllah... Rasa macam... Ya Rabbi... Beruntungnya aku, Allah masih sayangkan aku. Allah masih bagi aku peluang untuk merasai kamanisan Iman yg sebenar. Ya Rabbi! Bestnya!

Jangan jadi selfish sayangku semua. 
Kita ni perempuan. Ada ayah, ada abang, suami. Jangan disebabkan kita, mereka ikut kita ke nereka sekali. 
Allah...      
Maafkan jika ada salah dan silap. Tegur ya! Assalamualaikum W.B.T kesayangan semua. Uhibbuki Fillah 
Ingat! 
Tu baru dosa kita tak menutup aurat. Dosa kita tanpa sedar? Macam mana? 

Allahuakbar. 
Kita ubah sama-2 ye!

Wallahu`alam.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:51 AM