USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

KENAPA AKU MENANGIS? -MENANGIS ITU SUNNAH- (Siri I)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW



‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ





Kenapa Aku Menangis

-Menangis itu Sunah- (Siri 1)


********

Ya Allah!!! Kenapa aku selalu sangat menangis? Lemah sangat ke aku ni? Bukan ke aku sendiri yg biarkan aku menangis?

Ya Allah!!! Tak boleh ke, aku nak rasa bahagia? Padahal semuanya terserah pada aku sendiri untuk merasai kebahagiaan itu.

Telah berkali-kali tuhan memberikan kesempatan kepada ku untuk mengecapi kebahagiaan hidup, tapi kenapa aku dengan mudah membiarkan kesedihan menghantui hari-hari ku?

Mungkin jika tuhan tak bagi aku nikmat lupa, kesedihan ini tak akan berhenti. Kesedihan ini tak ada 'R&R' mahu pun 'terminal akhir'. Bukankah bagus kalau kesedihan ini disudahi, dilupakan dan ditamatkan terus perkhidmatannya.

Please... Berilah aku bahagia.
Hentikanlah kesedihan aku dan tangisan ini...
Tak boleh ke, ku pindahkan kesedihan ini kepada orang lain? Atau... Belikan aku ubat untuk ku jadikan 'bius' kesedihan ku ini. Atau... Cukuplah jika hadirkan kepada ku seseorang yg mampu untuk menghentikan kesedihanku.

Aku sering gundah, resah, gelisah dan bermacam-macam lagi kerenah, tatkala dikunjungi oleh ketentuan Allah SWT. Sewaktu aku diuji dengan bebanan kehidupan, mengapa aku sering melupakan Dia yg menurunkan ujian?
Mengapa aku terpaku khayal dalam tempurung ketentuan?

"Aku bersedih kerana tidak melihat bebanan kehidupan sebagai simbol kasih. Aku bersedih tatkala dilanda musibah, kerana tidak melihat di sebaliknya wujud Allah yg Maha Pemurah. Bahkan, aku mudah kecewa dalam kehidupan, kerana tidak melihat dalam diri adanya unsur kehambaan. Aku mudah lalai dalam kesenangan, kerana tidak melihat dalam usiaku, ada tempoh kesudahan."

Aku yg semacam ini, sering berputar antara lalai dan kecewa. Pada hakikatnya, aku sentiasa resah dalam suka dan duka.

Tatkala mendapat kesenangan yg membuatkan aku gembira dan suka, aku sentiasa resah jika kesenangan itu hilang serta-merta. Aku takut nikmat yg dimiliki dicuri, didengki dan dikhianati insan-insan di sekelilingku. Tatkala aku mendapat musibah, aku juga resah, kerana terasa dibebani oleh musibah.

*********

Kebahagiaan itu apa?

Apakah yg kita miliki boleh menjamin kebahagiaan kita? Belum tentu, kan...
Kita memperoleh kebahagiaan yg sebenarnya itu cukup mudah, hanya dengan meyakinkan hati bahawa kita bahagia, terus bahagia dan akan selalu bahagia.
Tersenyum, mudahkan bibir mengukir senyuman, mudahkan hati untuk berbahagia.

Jangan biarkan 'aku' terus tinggal dengan kesedihan.

La Tahzan

Ketika sakit terasa begitu perih, beban hidup terasa berat menindih, tak guna untuk bersedih, kan ada Tuhan yg Maha Pengasih...
Tak perlu disesali apa yg telah terjadi. Tak perlu ditangisi apa yg telah pergi.
Kuatkan hati dan tabahkan diri.
Percayalah, semua ini kehendak Ilahi... Tak perlulah bermuram durja, sebab hanya akan menambah sesak di dada.

Tuhan ada je bersama kita...
Tak usah bersedih untuk masalah yg dihadapi. Tak usah bersedih untuk kehilangan sesuatu yg disayangi. Tak usah bersedih untuk kegagalan yg dialami. Tak usah bersedih untuk cinta yg belum kita miliki. Tak usah bersedih untuk hidup yg kita jalani...
Kuatkan tekad bagi semangat kat hati. Yakin kesedihan pasti akan pergi. Diganti dengan kebahagiaan sejati. Itu pasti jika selalu percaya kepada Ilahi...

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah sebenarnya orang yg paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yg beriman"
[Ali Imran : 139]

Ku akui, menangis adalah hal yg akan wujud dalam diri setiap manusia. Menangis bukanlah menunjukkan kelemahan jiwa seseorang itu. Salah besar jika ada tanggapan bahawa orang yg rajin menangis adalah orang yg jiwanya lemah.

Nabi Muhammad SAW adalah sosok manusia perkasa yg cekal, tahan uji, dan jauh daripada sifat-sifat lemah. Terbukti baginda dapat menakluki semua serangan atas diri baginda, baik yg datang daripada manusia, syaitan, bahkan yg datang daripada hawa nafsu baginda sendiri.

Allah SWT berfirman:
"Dan tidaklah dia (Nabi Muhammad) itu berbicara dengan hawa nafsu, tetapi apa yg dikatakannya adalah berdasarkan pada wahyu yg diwahyukan kepadanya."
[an-Najmi : 3-4]

Namun di sebalik keperkasaan dan tubuh tegap dan sasa yg baginda miliki, ternyata baginda sangat mudah menangis sampai tersedu-sedan apabila berdiri solat menghadap Rabb-nya.

Begitu juga sewaktu berzikir menyebut dan mengingat asma' tuhannya... Baginda juga merupakan Pemimpin Islam yg utama kerana kegagahan, kebijaksanaan dan keperkasaannya di medan pertempuran, namun acapkali menangis tersedu-sedan sewaktu mengadu kepada Rabb-nya di malam hari yg sepi.

Maknanya di sini, menangis bukanlah tanda kelemahan jiwa seorang hamba yg menyebabkan seseorang dapat jatuh ke jurang kehinaan, tapi menangis juga boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada sikap terpuji yg mesti wujud dalam diri setiap hamba Allah yg selalu berdiri pada dua tonggak kehidupan yg sangat penting; khouf (rasa takut) dan roja' (rasa harap).

Zaman sekarang ni, ramai orang yg mencela sahabat-sahabat mereka yg suka menangis. Tidak kurang juga ketika seseorang melihat orang lain beribadah seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir sambil menangis, maka orang yg melihat perbuatannya itu akan mengejek dan merendahkan perbuatan menangis tersebut.

Biarkan...
Biarkan apa mereka nak kata...
Kita lihat apa pula yg telah Allah SWT perkatakan melalui kalam sucinya yg bermaksud :

"Dan mereka bersujud sambil menangis, maka bertambahlah atas mereka perasaan khusyuk..."
[al-Isra : 109]

"Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yg akan menimpa kamu)?"
[an-Najm : 59-60]

"... Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yg Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka segera bersujud serta menangis."
[Maryam : 58]

Kita saksikan pula, apa kata baginda nabi SAW...

Daripada Ibnu Mas'ud RA, Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Bacakanlah kepadaku al-Quran." Aku (Ibnu Mas'ud) menjawab, "Ya Rasulullah, bagaimana aku akan membacakan al-Quran kepadamu, padahal kepadamulah al-Quran itu telah diturunkan." Rasulullah SAW bersabda: "Aku suka mendengar al-Quran itu dibaca oleh orang lain." Maka, aku (Ibnu Mas'ud) membaca surah an-Nisa' sampai kepada ayat fakaifa idza ji'na min kulli ummatin bi syahidan waji'na bika 'ala haaulai syahidan (bagaimanakah bila Kami telah mendatangkan engkau (Rasulullah) sebagai saksi atas semua mereka itu?) Rasulullah SAW bersabda, "Cukuplah bacaanmu itu Ibnu Mas'ud." Maka Ibnu Mas'ud berkata, lalu aku menoleh kepada nabi, kulihat mata baginda berlinang basah oleh air mata.
[Hadis riwayat Bukhari Muslim]

Anas bin Malik RA berkata, pada suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah yg mana belum pernah aku mendengar khutbah baginda seperti itu. Maka baginda bersabda dalam khutbahnya itu:
"Andai kata kamu mengetahui apa yg aku ketahui, nescaya kamu semua akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Anas berkata, "Saat itu, para sahabat nabi semuanya menutup wajah mereka sambil menangis tersedu-sedu."
[Hadis riwayat Bukhari Muslim]

Wallahu`alam..



0 Comments:

Post a Comment


Written at 12:56 PM