overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersSETEGUH AISYAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Usrah Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد
Wahai ibu, saat terdengar
senandungmu,
Saat terlihat tawamu,
Telah terlihat jelas di matamu,
Warna warni indahmu,
Terus menatap langkahmu,
Meratapi kisah hidupmu,
terlukis jelas bahawa kamu,
Contoh terbaik untuk umat terus
maju.
Wahai ibu bertuah,
Sifatmu nan indah,
Tidak bisa di bayangi ummah,
Penghibur saar gundah,
Penguat saat rebah,
Tidak tenggelam dek fitnah,
Tidak kelam kerana sumpah,
Engkaulah separuh jiwa Rasulullah,
Engkaulah ibu kami Ya Aisyah.
Apabila ditanya, siapakah yang
paling baginda cintai ?
Maka jawab baginda, "Abu
Bakar". Saat ditanya siapa pula di kalangan wanita ? Jawab baginda,
"Aisyah". Begitulah agungnya cinta seorang Nabi SAW kepada keluarga
bertuah iaitu keluarga As-Siddiq. Ayahnya lelaki paling dicintai, puterinya
pula wanita paling dicintai. Subhanallah..
Nikmat apakah yang lebih mulia
daripada ini ? Jika Rasulullah sendiri mengakui, tentu sekali Allah menyetujui
dan cinta daripada para malaikat akan turut bersemi. Keluarga bertuah ini di
sayangi seluruh alam ini, sama ada di langit ataupun di bumi . Daripada
makhluk yang meniti zikir senyap ataupun yang berbunyi. Apakah hebatnya
keluarga ini ?
Sesungguhnya keluarga ini di terima
Allah kerana pengorbanan dan doa Sayyidina Abu Bakar sendiri. Bermula dari
mengorbankan harta sehinggalah mengorbankan seluruh diri.
Saat umat islam memerlukan
pengorbanan harta untuk berdikari, beliau tampil memberi segala yang dimiliki.
Apabila ditanya apa yang tinggal untuk anak dan isteri ? Jawab beliau hanya
Allah dan Rasul di dalam hati. MashaAllah, jawapan itu menggegarkan seluruh
alam ini. Meranap seluruh jiwa yang sepi, menghiruk-pikukkan hutan yang sunyi.
Maka Allah menerima pengorbanan ini. Bukan menerima dirinya saja, bahkan
seluruh keluarga dan keturunannya iaitu keluarga As-Siddiqi. Dari dulu hingg ke
hari ini, keluarha As-Siddiqi yang disayangi nabi sentiasa menjadi ayam
tambatan umat ini.
Sifat ikhlas dan korban diri untuk
umat ini telah Aisyah warisi. Dari awal hidupnya hinggalah ke waktu wafatnya,
hanya agama menjadi perjuangan tertinggi.
Telah dikhabarkan bahwa Sayyidatina
Aisyah seorang yang sangat pemurah hati. Walaupun dirinya tidak mencukupi,
tetapi itu tidak beliau peduli. Yang penting bagi dirinya ialah keredhaan
Allah. Sifat dermawan yang diwarisi daripada bapanya ini tercatat indah
kisah-kisahnya di dalam pelbagai kitan hadis yang masih boleh didapati.
Diriwayatkan, beliau pernah menerima
hadiah daripada Khalifah Muawiyyah sebanyak 100 ribu keping wang dirham
(bersamaan 2.5 juta) diisi di dalam dua buah guni. Menerima pada waktu pagi dan
tatkala petang, semuanya telah selesai dibagi-bagi. Tiada walau satu dirham
yang berbaki.
Semuanya diberi kepada fakir dan
miskin. Saat itu, beliau dan hambanya sedang berpuasa menahan diri. Sehinggalah
hambanya membawa sepotong roti dan minyak zaitun sebagai makanan berbuka puasa.
"Jika satu dirham masih
berbaki, sepotong daging akak ku beli." Kata hambanya Sayyidatina Aisyah.
Lalu Aisyah menegurnya dengan
berkata, "Mengapa tidak engkau ingatkan diri ini dari awal lagi ?
Sekiranya ku ketahui kau inginkan sepotong daging, akan ku berikan kepadamu 1
dirham dari wang tadi."
Wahai sahabat yang disayangi, kisah
ini bukan sekadar hiburan di mata yang menari-nari. Tetapi ia dikisahkan agar
dapat kita contohi. Memang mustahil untuk kita mendapat makamnya yang sangat
tinggi. Tetapi sedikit daripadanya, inshaAllah mampu kita kecapi.
Bermula dari hari ini, marilah kita
bersama muhasabah diri. Begitu pemurahkah diri ini jika dibandingkan dengan
Aisyah yang agung, yang kita segani ?
Jika selama ini kita kikir dan berat
hati untuk bersedekah, maka inilah saatnya untuk kita sama-sama usaha membentuk
jati diri. Berusaha mengubah diri menjadi seperti si bidadari. Seperti yang
dicontohkan oleh Aisyah yang sangat pemurah hati.
Beliaulah bidadari di syurga dan
usahanya itu di bumi. Jika kita mahukan kemuliaan ini, ayuh kita mulaka hari
ini.
Bermulanya disini, iaitu dari dalam
hati lalu mengalir ke seluruh diri untuk menjadi dermawan sejati. Kelak di
akhirat nanti, Aisyah tentu berbangga dengan acuannya ini.
Ayuh sahabat, ayuh kita berusaha
bersama-sama.
Wallahu`alam.
|
0 Comments:
Post a Comment