USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

SLOT DAURAH : PERMUSUHAN SYAITAN & MENGENAL TIPU DAYANYA (Siri I)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد


















Kisah tentang Ibnu Abbas r.a. 🌹

Pada masa tu, beliau cuba memahami erti ayat ini : Qul a'udzu birabbinnaas ( Katakan lah, aku berlindung kepada Tuhannya manusia). Raja dari semua manusia. Yang berbisik dalam hati Manusia. Dari golongan jin dan manusia.. 

Bila Ibnu Abbas ni mengertikan surah ni, maka beliau pun menyatakan bahawa syaitan akan maju bila tidak ada zikir ingatan pada Allah, dan surut atau mundur bila orang nya igt pada Allah, bahkan syaitan akan keluar dari dada kita..

Disebabkan itu wahai sahabat-٢ sekalian, berzikir lah setiap hari, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sebab hati gelisah itu datangnya dari gangguan makhlus halus dan sebagainya.

Iblis, dia tidak ada kuasa untuk menyesatkan tetapi dijadikan untuk merayu,  berbisik dan memperhias. Tahu dok dia hias apa?  Dia hias benda dunia sampai kita ni tergoda lalu lah nafsu memuncak. Tak kira benda tu apa, manusia kah, benda kah atau makanan. Boleh jadi tempat pelancongan. Tapi macam biasa, kita memang sukar nak atasi.

InsyaAllah, dengan kesungguhan pasti dapat.  Fa iza azamta fatawakkal alallah.

Iblis ni, hanya membayangkan kelazatan dan bagusnya maksiat itu, sebab itu lah kita harus dapat menolak bisikan dan pujukan syaitan. 

Firman Allah ; "Innasy syaithaana lakum aduwwun fatta khidzuhu aduwwa"
(sesungguhnya syaitan bagimu musuh, maka perlakukan ia sebagai musuh)

Kerana itu jangan percaya, dan jangan menurut kepadanya meskipun ia bersumpah memberi nasihat kepadamu. Maka seorang yang berakal harus dapat membezakan kawan dari lawan, maka mengikut kawan dan meninggalkan lawan.


Orang yang bodoh itu ada 4 tanda pada dirinya ;

1) Marah tanpa alasan 

Kan?  Kenapa tiba-٢ marah tanpa sebab. Pintu marah tu kan pintu masuk syaitan. Kekadang yang marah tanpa alasan ni, pasti syaitan bisik dia,  dia percaya 100% 

2) Membazir kan harta tanpa kepentingan.

Memang sukar nak bendung,  kena lahirkan sifat Qana'ah dalam diri kita. Iaitu, kena semaikan sifat yg cukup sedia ada. InshaAllah. Kita sama-٢ mencuba.

3) Kurang atau tidak dapat membezakan kawan dan lawan. 

Memang perkara ni kita sentiasa berhati-٢..  
Boleh jadi kawan itu lawan,  
Boleh jadi lawan itu kawan.  
Tengok, bagaimana respon kita juga. 
Itu pentingnya adab berhubungan sesama manusia. 
Ada yang ikut lawan sehinggakan kita daripada taat pandai lalai syg pada Allah. Ingatlah dengan firman Allah ;

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim." (Al Kahfi: 50)

4) Menurutkan hawa nafsu dan bathil

Hebatnya nafsu,  nafsu itu datangnya dari syaitan. Nafsu yang berada pada diri manusia, terpulang manusia itu sama ada dapat jadi tentera Allah yang hebat untuk menentang. Yang mahu berjihad pada JalanNya.. 

Sebesar-٢ jihad ialah melawan nafsu.
Gagal lawan nafsu, semakin banyak kuncu iblis ni nak bersarang dalam tubuh badan kita terutama sekali time makan. Syaitan kawal perut kita.  
Manakala bab mata, tengok benda yang tak elok. 

Syaitan ni bila dah expert, kita pun macam dah tak terkawal. Apatahlagi kita ni perempuan ada banyak nafsu daripada lelaki.

Bathil? Zaman sekarang. Jangan mudah nak percaya apa yang orang sampai kan bilamana bukti tu tak kukuh manapun. Kita sampai lagi kat orangg, orang sampai lagi kat orang lain,  kiranya memang dosa kita yang tanggung.  "Dosa berantai-٢ " 

Syaitan pun makin tersengih dan proud. Tanda kiamat dekat and makin dekat bila kebathilan dibenarkan,  yang betul di bathilkan atau dikata bid'ah.  
Na'uzubillahminzalik..

Maka  seorang yg berakal itu ada 4 ciri-٢
dalam diri;

1) Sabar Menghadapi kebodohan

Kita tak bodoh cuma malas. Kita semua ada bakat tersendiri yang perlu diasah. 

2) Menahan nafsu dan elak dari kebathilan 
Tahu kan? Nafsu ni banyak cabang. Tapi weeza tak huraikan disini. 

3) Mengeluarkan harta untuk keperluan dan pada yangg sepatutnya.

Kita bila ada rezeki, jangan sesekali kedekut takut nanti rezeki lebih tak masuk. Bila ada duit beli untuk keperluan. Tak dapat nak handle, make a list. Beli benda yangg berfaedah. Tapi tak semestinya hanya beli keperluan yang ada dirumah. Benda yang menambahkan ilmu pengetahun itu pun boleh jadi perkara yang penting,  yang tak penting tu macam habiskan duit pi karoake, beli novel cinta,  beli patung dan banyakkan beli makanan, or pi konsert lagha.

Bagi yang mulai berhijrah memang payah. Sebab weeza pernah experience benda ni. Tapi kita kena selalu pasang niat untuk memusuhi nafsu.  

3) Dapat yg membezakan kawan dan lawan.  

Tapi tak semestinya,  yang tak berhijab, yang tak sempurna solatnya dan auratnya dan tingkah laku nya,  jangan pula kita anggap terus dia sebagai lawan, anggaplah ia sebagai ujian untukmu membimbingnya. Janji kita jaga akhlak kita,  they see us as their icon actually. Tapi jangan bangga kita ni .. sesuci kain putih. Jangan nilai orang dari luaran.


Ini ada satu Kisah perbuaLan Nabi Yahya A.s dan Iblis . 🌾

Nabi Yahya: wahai iblis, apakah jenis tabiat anak2 Adam ?

Iblis : Sebahagian dari mereka seperti kamu, iaitu tidak dapat kami pujuk sebab mereka terpelihara, maka kami tidak berdaya terhadap mereka. Dan bahagian kedua ditangan kami bagaikan bola dipermainkan oleh anak-2, dan mereka sudah tidak menyibukkan kami lagi sebab hawa nafsunya sudah cukup menyesatkan. Sedang bahagian ke-3, ini yang paling berat, kami memujuk mereka sehingga tercapai hajat kami, kemudian mereka membaca istighfar dan Minta ampun sehingga rosak semua usaha kami yang telah berjaya itu, tetapi kami tidak putus asa untuk menyesatkannya tetapi juga kami tidak berjaya daripadanya.

Ya antunna , mari kita refresh balik kisah tadi. 
Iblis cuba untuk pujuk kita, sedaya upaya ingin rancangannya berjaya tetapi dapat digagalkan sebab istighfar dan bertaubat pada Allah. Ingat Allah suka HambaNya yg beristighfar dan bertaubat.

Syaitan ni dia dapat masuk pada diri kita bilamana ada jalan .
Jalan ? 

Ada .. jalan iaitu;

➡ sifat tamak dan su'udhon , 

Jikalau kita ada sifat seperti ini, kita sudah dianggap lawan dgn kepercayaan pada janji Allah dan tidak ada sifat Qana'ah .. 

Jadi cara untuk kita menghindar dari sifat cela ini, berpegang lah pada Kitab Allah yang berbunyi 

 Wamaa min daabbatin fil ardhi illa allahi rizquha
Maksudnya, "Tiada suatu pun yang melata di bumi ini melainkan dijamin oleh Allah rezekinya"

➡ Panjang angan2 , Lamunan 

Sememangnya pasti kita ada merasai kan sebegini ? Angan2 tu lah buat kita leka, contoh paling popular, bernikah dgn crush or jadi  popular, rumah Banglo , naik kereta ferrari.

Akan tetapi kita boleh menghindarinya dengan sentiasa mengingati mati , andai saja malaikat maut datang tiba2 untuk ambil kita, berkait rapat lah dengan

 Wamaa tadri nafsun bi ayyi ardhim tamut
Maksudnya," Tiada satu jiwa pun akan mengetahui dimana ia akan mati "..
Maka selamat lah kita pada jalan ini."

➡ ingin kesenangan dan nikmat 

Ramai kan nak hidup senang, nak kejar nikmat sampai lupa pada Allah. 
Maka kita cegah dengan Mengingat hilangnya Nikmat dan beratnya Hisab.. 

 Dzarhum ya'kulU wayAta MAtta'u wa yulhihimul AmAlu
" Biarkan Mereka makan dan bersuka2, dilalaikan angan2 "

Dan ayat lain iaLah

Afaraaita In mAtta'naahum sinim, tsumma jaa'ahum maa kaanu yu'adun, maa aghna anhum maa kaanu yumatta'un
“ Tidakkah kamu lihat jika kami sedangkan mereka beberapa tahun , kemudian tiba apa yg telah dijanjikan pada mereka , maka tidak berguna kemewahan & kesenangan mereka "

➡ Ujub , Bangga Diri 

Tiada sifat tawadhuk dalam diri , boleh mengakibat kan kita tak dapat nak terima pendapat orang lain dalam segi ilmu, bila terlalu membangga diri , nikmat Allah lalu dilupakan .. 
Ingat lah apa yang Allah kurniakan pada kita dan akibat yang akan menimpa pada diri kita. 

 Faminhum syaqiun wa said
" Maka di antara mereka ada yg untung , ada yg celaka " 

➡ meremehkan dan tidak menghargai kawan kita 

Ingat lah kita dengan ayat ini selalu. 

wa lillahi Izzatu waliraasulihi waLil mu'minin
"kemudian itu Hak Allah dan Rasulullah dan orang2 Mukminin"

➡ Hasad Dengki 
Hasad ni ia macam satu pusat, umpama macam hati yang merajai anggota badan , Bila hasad , akan berlAku lah kekotoran pada anggota badan kita. 

➡Riya' dan pujian orag 

Dalam berbuAt sesuatu amal Kita kena lah ikhlas .. Berdasarkan ayat :

 Faman kaana yarju liqaa'a rabbihi falya'mal amalan shaaliha walan yusyrik bi'ibaadati rabbihi ahada
"maka sesiapa yang mengharap akan bertemu pada tuhan hendaklah beramal soleh dan tidak yang menyukutukan tuhan dengan sesuatu apapun"

➡ Sifat bakhil 

Seperti mana yang kita tahu, orang yangg ada sifat kedekut ni , dengan bila ada orang susah sekalipun, diaorang takkan bantu. 
Bahkan harta itu tidak kekal. 

Ingat lah kita bahawa apa yang ada di tangam kita akan rosak  jua , berdasarkan ayat 

 ma indakum yanfadu wamaa inda Allahi baaq
"apa yang ada padamu akan habis rosak dan Yang sisi Allah tetap kekal"

➡ Sifat sombong 

Harta ? Ilmu ? 

Sombong ? Allah tak bagi keberkatan pun pada kita jikalau kita sombong ..

Allah pandang yang berilmu dan yang beramal. Ada ilmu tebal dalam satu bidang ilmu agama tapi sombong, jangan mimpi Allah pandang time kat padang masyhar. 

Sebab tu kita, jangan pernah sombong, yang kaya tu Allah bukan kita. 

➡ sifat thama' 

Thama' maksudnya yang bergantung harapan kat manusia sepenuhnya. 
Andaikata manusia itu mati , adakah kita juga nak turut ikut mati ?

Allahu.. 
Sifat thama' ni selalu nya berlaku juga dalam kalangan bercouple, islam dok ajar kapel. Islam ajar nikah, tunang.
Dok ada kapel islamik. Ikhtilat jaga.
Femes kalau bab ikhtilat kan. 
Maka, kita kena letakkan kebesaran Allah dihati kita. 
Usaha , doa , tawakkal , ikhtiar lillahitaala . 

Berdasarkan ayat 

waman yattaqillaha yaj'al lahu makhraja, wayar zuqhu min haitsu laa yahtasib
" siapa yg bertaqwa pada Allah , maka Allah memberinya jalan keluar dari segala kesempitan , dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2 "

Iblis ni juga, suka ganggu orang tengah solat. Jadi , dia hantarkan kuncu2 dia pi kacau orang tengah solat untuk melalaikan mereka. Kuncu2 iblis itu adalah syaitan. Maka syaitan cuba menggangu dari rukuk  sujud dan bacaan kita . 

Jika para ibadah yang tidak ingat kepentingan dunia, maka susah bagi syaitan untuk dapat melalaikannya . Jika syaitan tidak berjaya melalaikan para ibadah, maka mereka akan diikat oleh iblis dan dibuang ke laut tapi bila berjaya maka dimuliakan oleh iblis. 

Firman Allah dalam Surah Al A'raaf :
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus." (Al A'raaf:16)

"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf:17)

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman." (Al-A'raaf:27)


Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 26:
"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui." 

dan 

Firman Allah dalam Surah Faathir ayat 6:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"


📝 Tanda jika belom ditanda sabagai peringatan . 
Boleh buka ya ayat Quran kareem .


Syaitan sebagai Musuh kerana itulah selalu berusaha untuk menyesatkan dan menarik kita di neraka. Maka orang yang sempurna akal nya itulah yang cuba memerangi bisikan syaitan dan tipudayanya walau berupa nasihat yang berlwanan dengan tuntutan Allah dan Rasulullah . 

Janggan anggap syaitan saja yang jadi musuh kita.

Dari Anas bin Malik ; Rasulullah bersabda :
🎈seorang mukmin yang dlm kesusahan🎈
1) seorang mukmin yang ada hasad dengki
2) orang munafik yang mbenci padanya
3) musuh harus diperanginya
4) syaitan yang akan menyesatkannya
5) hawa nafsu yang mmpengaruhinya, yang tercenderung kepada kesesatan dan kebinasaan !!

Disebabkan itulah , Kita kena banyak memohon pertolongan dari AllAh untuk menghadapi semua Musuh2 di atas sebab bila dapat hidayah taufiq daripada pertolongan Allah, ringanlah bagi kita menghadapi smua musuh itu. Waallahu'alam.


Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi 😢

Ketahuilah kita bahawa setiap musuh yang kita hadapi , kita kena berjuang bersendirian .. 

Dunia ini seumpama merayu dan menipu kita ! 

Dalam firman Allah ;
Wa mal hayaatud dunya illa maa'ul ghurur
"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini kecuali hiburan yang menipu" 

Disebabkan itu lah kita , 
Jangan tertipu dengan dunia, berpangkat besar , kaya mana , kpop hensem mana pon , semua itu hanya lah smentara dan lagha ! 
Yakni jangan kita kira dunia kekal !

Bukan setakat itu , kita as ukhuwah or berhubung dengan manusia sejagat , jangan lah sampai menipu atau terpengaruh terus dengan ajaran yang menyimpang dari ajaran Allah .  

Hawa nafsu kita ialah musuh yang paling bisa dan sangat lah kuat .

Manusia yang berperangai syaithan .. 
Berhatilah2 sebab ia lebih jahat dari syaitan jin .. Sebab syaitan hanya berbisik , sedang manusia dengan berkata , berharta dan usaha paksaan , selalu berusaa bagaimana dapat memesongkan kamu dari taat dan kebaikan mu . Semua tu boleh nampak .. So kpop or jpop or melayu pop , beware.  😓 
Ini lah dunia makin tenat , reput !

Semoga kita sentiasa mencuba ... Dan dijauhkan dari malapetaka ini .

Nak masuk syurga bukan mudah , ia diliputi dgn kesukaran dengan kesukaran, sedang neraka dilipitu dengan syahwat dan kesukaan . Setiap manusia , pasti ada jaa syaitan akan berbisik , memujuk , menipu , sedangkan malaikat selalu melarang , mencegah , maka mana yang disetejui oleh hawa nafsu , baik dan buruk , taat atau maksiat ? 

Waallahu'alam ..
Sekian itu sahaja yang weeza nak kongsikan . 
Maaf jika begitu panjang .. 
Jika ada tersilap kata , maafkan ana .. 
Yang buruk datangnya dari ana , yang baik dtgnya dari Allah 

Sekian kita tutup majlis Kita dengan tasbih taubat dan surah Al Asr .

Wallahu`alam..






0 Comments:

Post a Comment


Written at 2:45 PM