USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

RINDU
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد







Malam ni sy nak sampaikan topik RINDU. Bila dengar "rindu" rasa macam menarik je kan 😄

Sebelum tu sy nak tanya.. pernah tak ada sesape merindui seseorang sehingga keluaq ayaq mata?

Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tak rasa? 😁


Ok, bila berlaku situasi seperti ini, kadang-kadang tu melihat gambar orang yang kita rindu pun sudah boleh membanjirkan meja study, ada orang penuh meja study dengan buku ni bukan buku tapi gambar orang yg dirindu. Allah.. kronik betoi tahap rindu tu.


 Apatah lagi bila calling2 dengar kt suara telefon semakin kuat tersedu-sedan menahan tangis. Pernah atau tak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.
Rindu., bukan untuk orang yang jauh dari kita.

Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah :')


Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2015 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa Rindu.
Tapi sayang sekali :')
Seandainya rasa rindu itu, terbazir pada orang yang tak sepatutnya..

Merindui lelaki ajnabi yang statusnya entah dimana di hati kita.

Merindui wanita ajnabi, yang dirinya belum tentu halal buat kita..

Alangkah ruginya kan.. tersangat rugi andai rindu itu tersemai di celah-celah maksiat? 

 Ya, terlalu rugi.. :')


Tadi sy ada cakap kan Rindu pada sape ek? Macam mana nak luahkn rasa rindu yg betoi..

Ni sy nak habaq mai sikit😊 . Percaya tak bila kita rasa rindu pun dapat pahala taw ^^ 

Haa nak taw Rindu yg macam mana dapat pahala?

  • Rindu seorang anak kepada ibunya, boleh jadi pahala.

  • Rindu seorang anak kepada ayahnya juga boleh jadi pahala.

  • Rindu seorang adik kepada abang / kakaknya pun pahala.

  • Rindu seorang kakak / abang kepada adiknya juga Allah nilai pahala.

  • Rindu seorang isteri kepada suami atau sebaliknya berganda-ganda pahala.

🌺Tapi kita juga rugi, andai kita terlupa satu rindu yang membuah pahala yang besar :')

Rindu pada siapa ?


Rindu pada kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.

Pernah atau tak hati ini, yang mana dianugerahkan dengan rasa rindu, terdetik hati kita ini merindui Rasulullah SAW?

Pernah tak?
Mesti pernah kan?

Andai belum rugilah Hati itu.. :')

Rasulullah SAW Bersabda.

" Allah itu sangat baik kepada hamba-hambaNya dan lebih baik daripada Ibu yang baik kepada anaknya. (Hadith Sohih Muslim. 27:54) "

Sangat Hebat orang yang boleh merindui Rasulullah SAW.


Tak pernah bersua wajah mahupun bertemu kata, SMS dengan video pun jauh sekali.

Namun rindu buat Baginda Rasulullah SAW tetap membuah. Lebat dan masak ranum. Ya, terlalu rindu.. :')

Malah manifestasi kerinduan itu bukan biasa, tetapi terlalu luar biasa kan..

Meskipun dekat, tapi terasa jauh.

🌺Tapi Rindu seorang ummat kepada RasulNya, bukan sekadar itu. Malah boleh menjadikannya seorang yang soleh dan bertaqwa. Kerana apa?

Kerana rindu itu manifestasinya berpegang dengan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW dan menolak al-hawa'.

Masya Allah. Hebatnya kuasa Rindu ni kan :')

Tapi Ada lagi yang lagiii hebat tau..

Ya, betul apa yg difikirkan..💡

Rindu seorang hamba kepada PenciptaNya, Ya Khaliq.. :')


"Apa belumkah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman, bahawa tunduk hati mereka untuk mengingat Allah dan kebenaran yang diturunkanNya (Qur'an), dan bahawa mereka tiada seperti orang-orang ahli kitab sebelum mereka, maka telah panjang masa antara mereka dan antara Nabinya, lalu menjadi kasar(keras) hati dan kebanyakkan mereka itu pasik." Al- Hadid. 57:16.


Sesekali hati terdetik rindu pada Sang Pencipta .. :')

"Ya Allah, Engkau dekat denganku, tapi aku merasakan aku terlalu jauh denganMu. Aku merinduiMu Ya Allah. Merindui berada erat dalam dakapan kasihMu.."

Hebat kan Rindu seorang hamba kepada Sang Pencipta.

Manifestasinya juga terlalu luar biasa. Bibir tak henti memohon keampunan pada
semua kesalahan. Hati tak henti memohon doa agar didekatkan dengan Allah..

"Cukup bagiku Allah segalanya untukNya.."

Rindu kepada DIA akan lebih indah jika ditambah dengan perasa Alunan Kalamullah dan Zikrullah..

Bukankah ini sebagai benteng perisai kita untuk menguatkan kedudukan tetap Hati dan Iman..

Alangkah ruginya andai hati ini tak pernah merasa rindu pada susuk indah Rasulillah dan dzat mulia Rabbul Izzati.

Terlalu rugi kan? :')


Moga kita tak tergolong dalam golongan yang rugi ini :')

Hati orang yang tak ada rasa rindu pada Rasulullah SAW dan Rabbul Izzati, mungkin ada sesuatu yang 'kurang' buat hati itu. Perhatikan dan selidik apa masalahnya,

🌺Ya, perasaan rindu itu indah, Tapi bila kena pada tempat yg betul.

🌺Perasaan rindu itu anugerah, bukan kepada semua. Tetapi kepada yang mencari HAQ dalam kebatilan :').

Aku rindu padamu Ya Rasulullah!

Aku rindu padaMu Ya Rabbul Izzati!

Semoga Hati kita juga sentiasa ditetapkan dalam Rindu sentiasa untuk membuat kebaikan dalam mendekatkan diri kepada DIA :')

Moga Rindu yg hadir ini menjadi pelembut hati kami ya Allah.. Aamiin Allahumma Aamiin

Wallahu a'lam bissowab ☺



0 Comments:

Post a Comment


Written at 2:56 PM