USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

UPS !! IKHTILAT kena jaga sis !
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد





"Beb, jom keluar lepak. Ada Mizan, Mimi, Asfah dan Umar tunggu dekat tempat biasa."


"Okay. Okay jom."


. . .


Lepak remaja sekarang. Tak rasa kekok bercampur lelaki perempuan.
Nak tahu tak kenapa ?
Sebab mereka tak tahu pasal ikhtilat atau pura-pura tak tahu.
Ikhtilat tu sepupu coklat ke ?
Eh.
Bukan !
Apa itu ikhtilat yang disangkakan coklat ? Hehe


Mari kita ketahui makna ikhtilat dari segi bahasa dan syarak.


Bahasa : Bergaul atau campur.
Syarak : pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (yang kita boleh berkahwin dengannya) baik percampuran secara perseorangan mahupun berkumpulan.


"Eh beb, kita tak boleh lepak macam ni. Bercampur lelaki perempuan. Kita suruh Asfah dan Mimi lepak dengan Ina dan Hyeda jelah."


"Alaa... Islam bukan sempit. Lepak je pun, bukan kita buat maksiat."


"Jom"


. . .


Betul ke takpe kalau lepak bercampur lelaki perempuan asalkan tak buat maksiat ?
Eh Eh...
Ikhtilat tu bukan menghalang kalian nak berukhuwwah tetapi ikhtilat tu mahu mengajar korang batas dalam pergaulan.

Larangan dalam ikhtilat:


Pandangan yang berlebihan


Korang nak lepak sekali sekala takde hal tapi mata tu jangan nak melilau. Kena jaga beb. . Yang korang tengok tu bukan mahram tau. Rendahkan pandangan tundukkan nafsu !


Firman Allah " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka."
[An-Nur:30]


Duduk berdua-duaan dan bersentuhan


Elakkan duduk berhampiran dengan berlainan jantina . Dilarang berdua-duan ditempat yang sunyi. Walaupun di khalayak ramai, perlu ada jarak yang munasabah.


Kenapa ?
Lepak je pun.
Bukan pegang tangan pun.


Ya.
Korang tak berpegangan tangan tapi syaitan yang di tengah tu yang 'pegang' korang.


Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram kerana ada yang ketiganya iaitu syaitan."
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Gulp!


Bercakap lembut yang dibuat-buat


Bercakaplah dengan nada biasa.
Bercakap biarlah ada kelembutan dalam ketegasan.


Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut di dalam Al-Quran.
Mafhumnya :-


"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu, janganlah kamu berkata -kata dngan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik ( sesuai dan sopan."
[Al-Ahzab:32]


Imam As-Suddi berkata : "Larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki."
Imam Qurtubi pula mengatakan "Kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat."
(Tafsir Ibnu Kathir, 3/483 ; Al-Jami > Li Ahkam Al-Quran, 14/177)


. . .


"Hm beb aku kelirulah. Sebenarnya ikhtilat ni boleh ke tak ? Kalau kita ada kerja berkumpulan macam mana ?"


"Jangan kata kau, aku pun tak faham. Jom kita pergi tanya nak ?''


"Jom"


. . .


Chill la beb.
Islam ni agama yang bagus tau.
Kalau bab ikhtilat ni ada je yang di bolehkan. OK, ana beri beberapa situasi ya.


Situasi 1
"Tolong ! Tolong ! Nina lemas !"
Ali pun terus terjun dan selamatkan Nina.


Kalau kes ni, dibolehkan berlaku persentuhan kerana dalam keadaan darurat.


Situasi 2
"Malam ni ada mesyuarat tergempar ya akhi wa ukhti."
Eh takpe beb.
Ini ikhtilat yang diharuskan kerana dalam keadaan keperluan tapi janganlah diselitkan dengan perbualan yang lagha (sia-sia).


Situasi 3
Seorang murid perempuan bersama-sama dengan rakan sekelasnya lelaki menerangkan solution soalan math.


Tak ada masalah jika brikhtilat dalam pembelajaran selagi tidak berada dalam situasi yang boleh mendatangkan fitnah.


Situasi 4
"Abe sayo nok beli bare."
"Cik Siti nok beli gapo?"


Dalam urusan jual beli, dibolehkan berlaku percampuran lelaki dan perempuan.
Tapi
Janganlah buat sesi mngorat waktu jual beli tu.


Itu dah salah!


Situasi 5
"Eh pak cik tua duduk sebelah aku la pulak. Aku ni perempuan. Aduh, habislah ikhtilat aku. Pak cik ni pun, dalam tren yang penuh sesak ni kenapa la duduk sebelah aku?"


Dialog minta penampaq. Hehehehe.


Eh dah tahu tren sesak dan pak cik tu dah tua mestilah dia pilih untuk duduk di mana-mana tempat yang kosong.
Boleh duduk bersebalahan dalam keadaan macam ni.


"Eh malam ni kumpulan kita ada discussion topik Thermodynamics di Anjung Siswa kan ?"

"Yup. Tapi ikhtilat kita kena jaga. Kan nanti Fateh dengan Ben ada juga."

"Ok..Ok.. terima kasih Hamziela sebab ingatkan aku.."

Tapi bila berjumpa.....

"Hai Ben, Fateh. Apa khabar ? Rindu aku tak ?"

"Mestilah rindu. Hehe jom buat discussion. Cantik lah kau malam ni. Tidur tersenyum aku."


Situasi macam ni minta dilempang banyak kali.
*Pang* *Pang* *Pang*
Memanglah kamu dibenarkan berikhtilat jika ada keperluan seperti kerja berkumpulan tapi ada syarat-syaratnya.



Syarat Ikhtilat :


1. Niat kerana Allah. Ertinya kamu bertemu kerana Allah, bukan sebab kamu suka dia atau lain-lain sebab.


2. Matlamat. Ertinya kena fikir nanti nak jumpa untuk apa ? Nak buat kerana apa ? Ada discussion, sebab tu nak jumpa.
Contoh :


Fikir juga apa perancangan atau objektif pertemuan tu supaya bila jumpa tujuan tercapai dan tidak sembang hal yang sia-sia.


3. Tidak bersentuhan. Berjumpa kerana Allah, tak kan nak buat larangan Allah ?


4. Jaga aurat. Disebabkan ikhtilat ialah percampuran antara lelaki dan perempuan maka ada batas yang perlu dipatuhi.


Aurat jika lelaki dengan perempuan (ajnabi)
Perempuan : seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.
Lelaki : dari pusat ke lutut tetapi lebih sopan menutup lengkap.
Maksudnya dengan berbaju, bukan sekadar berseluar pendek.


5. Jaga adab berkata-kata. Ketika berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan antara lelaki dan perempuan, adab dan akhlak mesti terpelihara. Jangan bergurau berlenihan atau bercakap sesuatu yang sia-sia.


Sabda Rasulullah SAW :"Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat, yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut." [Hadis Riwayat Ahmad]


Rasulullah bersabda lagi: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia brkata yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


6. Mengasingkan tempat. Walaupun di benarkan berikhtilat tapi elakkan dari duduk bersebelahan dengan berlainan jantina.


7. Berjumpa di bawah kawalan orang yang dipercayai. Elakkan berjumpa secara brdua-duaan. Bawalah rakan. Tapi bukan rakan subahat untuk dating ya. Pilih rakan yang akan menegur jika kita terlajak bicara.


Ini baru ikhtilat di alam realiti. Wallahualam :)




0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:47 PM