USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

PERKONGSIAN : BIDADARI ISTIMEWA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan perkongsian kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد





Perkongsian mlm ni bertajuk, Bidadari Istimewa💗
  
Umar bin Khattab RA ialah seorang daripada sahabat Rasulullah SAW. Semenjak beliau memeluk Islam, kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Semenjak itu mereka berani bersolat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar RA ialah seorang yang warak (menjaga diri daripada yang haram dan yang syubhat atau samar antara haram atau halal). Beliau sangat teliti dalam mengamalkan ajaran Islam.
  

Beliau mempelajari surah al-Baqarah selama 10 tahun, kemudian Umar RA bertanya kepada Rasulullah SAW, 

"Wahai Rasulullah SAW, apakah kehidupanku telah mencerminkan surah al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan meneruskan ke surah berikutnya?" Rasulullah SAW menjawab, "Sudah....!" (Riwayat Al-Baihaqi).

  
Umar RA mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Terdapat banyak ayat al-Quran yang di turunkan Allah SWT sesuai dengan harapan Umar.
Misalnya, ayat pengharaman khamr, ayat mengenai hijab dan beberapa ayat al-Quran yang lain.
  
Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya tentang perjalanan mikrajnya ke Sidratul Muntaha menghadap Allah SWT. Rasulullah SAW sering juga menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya.
  
Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW melakukan Israk Mikraj menghadap Allah SWT, malaikat Jibril memperlihatkan taman-taman syurga kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang Bidadari yang begitu berbeza daripada yang lain. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. 


Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril, "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu?"

Malaikat Jibril menjawab, "Bidadari itu diperuntukkan bagi sahabatmu Umar RA. pernah suatu hari dia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Dia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza daripada bidadari yang lain. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah dan bahagian bawah matanya berwarna biru, serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya." (Riwayat Ahmad)

  
Bidadari ialah makhluk yang Allah ciptakan untuk melayan para ahli syurga. Allah telah memberikan sifat-sifat terindah kepada bidadari-bidadari syurga. Mereka diberi pakaian yang paling bagus, wajahnya putih dan cantik jelita, sangat rupawan, serta matanya yang begitu indah. Sesiapapun yang membicarakan diri mereka pasti akan digamit kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari tersebut. Sifat-sifat bidadari syurga, Allah paparkan dengan jelas dalam ayat-ayat al-Quran.
  
Manusia selalu ingin mendapatkan keuntungan yang tinggi tanpa perlu beramal banyak. Padahal, balasan bergantung kualiti dan kuantiti amal. Jika Umar RA boleh, maka sebenarnya kita pun boleh. Manusia biasa seperti kita mungkin tidak perlu terlalu tinggi mengharap mendapatkan seperti apa yang diperoleh oleh Umar RA. Apa yang penting ialah amal kita diterima Allah SWT dan dia menjadikan kita ahli syurga. Sungguh malu jika manusia seperti kita berani memesan bidadari kepada Allah SWT sementara amalan soleh kita msih belum sempurna.
    
Seorang muslim harus berusaha sebaik mungkin untuk memperbanyak jalan menuju syurga mengikut kemampuannya. Bertakwalah semampu kalian. Jika seorang muslim mampu melakukan amalan melebihi amalan yang sederhana, maka dia harus melakukannya sehingga Allah mengabulkan semua doanya, termasuklah salah satunya adalah memesan Bidadari Istimewa di syurga seperti yang di janjikan untuk Umar RA. Mesti seronok kan?  Allahu. Mudah mudahan Allah terima ampun dan taubat kita . Amin ya rabbal alamin 
  
Imam Ghazali berkata: “Ilmu tanpa amal adalah gila dan amalan tanpa ilmu adalah sia- sia.''



0 Comments:

Post a Comment


Written at 9:38 AM