USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

MEMAKNAKAN USRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد






Apa yang ana terangkan di bawah sekadar kemampuan ana memahami pembacaan ana sahaja.

Ianya tidak semestinya tepat, walaupun mungkin mengandungi sedikit sebanyak kebenaran. Ana mohon hidayah dan taufiq daripada Allah SWT.


🌴 Usrah : Memaknakan Usrah. 

Apa itu usrah ? 

🍃 Kumpulan individu atau mukmin yang beriman dengan agama ISLAM, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati ISLAM.


Hebat kan usrah ?
Tapi kenapa perlu bersusah payah menyertai usrah ?

🍃 "Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran."
(Al Maidah : 2)

*terlopong*


Ini baru definisi.
Kalau suasana usrah macam mana pula ? 
Antunna rasa seronok ke masuk dunia usrah ni ?


Seronok tak masuk dunia usrah ni ? Dunia dakwah dan tarbiyah ni ? Seronok tak ?


🍃 Usrah ni ikatan ukhuwah yang tertaut umpama sebuah keluarga.


🍃 Usrah bukan sekadar menjadi tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ILMU. 

🍃 Malahan ia merupakan tempat untuk kita sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli kumpulan dan tolong menolong apabila ada sebahagian ahli usrah ditimpa kesusahan.


🍃 Usrah ni juga dapat mempertingkatkan lagi hubungan UKHUWAH ISLAMIYYAH kita bersama. INSYAALLAH


SubhanaAllah! Nampakkan, Usrah itu sangat sweet 😍

Rukun Usrah

1. Taaruf (berkenalan)
 Taaruf merupakan rukun usrah yang pertama. Sahabat-sahabat usrah perlu menyemai perasaan kasih dan sayang sesama ahli dengan bersandarkan kerana Allah agar ukhuwah yang terbina adalah ukhuwah sejati yang diredhai Allah s.w.t

2. Tafahum (bersefahaman)
 Saling memahami antara sahabat. Ingat mengingati menjadi santapan agar keluarga yang terbina kian gah dilandasan yang lurus. Rakan yang dinasihati perlu bersikap terbuka dan menerima teguran secara positif serta pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya terlalu perfect. saling menutupi aib sahabat dan menegur khilaf sesama sahabat itu yang dituntut.

3. Takaful (saling membantu)
 Tafakul merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwah sejati. tafakul boleh digambarkan dengan cara menolong meringankan beban sahabat. Misalnya menzahirkan dengan membantu sahabat melakukan kebajikan, bertanya khabar,menziarahi, menolong sedaya yang mampu dan lain-lain.


Okay. Kita pergi ke topik seterusnya, iaitu usrah online. 

Usrah online ni berhasil ke masalahnya ? 
Mana nak dapatkan ruh dia ?


Tarbiyah kita ada tiga unsur, iaitu tilawah, ta'lim dan tazkiyah.


Usrah online hanya ada tilawah dan ta'lim.

Tazkiyah itu hanya boleh didapati dengan teguran, dengan belaian tangan. Semuanya itu tidak dapat dilaksanakan dengan online.

Sekurang-kurangnya ada usrah kan ?


USRAH ONLINE  

Ini yang ingin difokuskan pada kali ini. Khusus buat usrah kita, Khaulah Al-Azwar.

Apa masalah yang dihadapi apabila mengadakan usrah online ?


🍃 Ahli yang terlalu ramai

Apabila ahli terlalu ramai, maka muncul la 'silent reader' kerana ingin memberi laluan pada ahli yang bersifat aktif untuk komen

Naqibah tidak dapat menumpukan perhatian kepada setiap ahli kerana terlalu ramai.


🍃 Ahli Halimunan

Apabila usrah online dijalankan, ia bererti pengisian rohani tanpa bertentang mata. Oleh itu, naqibah tidak dapat memastikan 100% pengisian itu sampai ke setiap ahlinya.

Naqibah juga tidak mengetahui siapa yang mengikuti usrah ketika itu kerana usrah dilaksanakan bukan secara video call.


🍃 Multi-Tasking

Disebabkan usrah online hanya menggunakan gadjet seperti telefon pintar. Maka, kebanyakan ahli mengambil enteng dan tidak menumpukan perhatian sewajarnya.

Dek desakan kesibukan dunia ada ahli yang meletakkan usrah online di "waiting list" bermakna jika sudah berkelapangan baru akan dijengah.


Ahli usrah itu manusia. 
Naqibah itu juga manusia. Maka, layanan haruslah sama.

Apabila naqibah mengosongkan masa untuk memberi usrah, maka berusahalah ahlinya mengosongkan masa untuk menerima usrah.


Sama-sama lah kita berusaha kerana kesibukan dunia itu hanya akan tamat setelah nyawa terhenti. Jadi, bila mahu berusrah jika begitu ?

Usrah ini indah jika dihargai. Ramai yang tidak menyedari hakikat apabila mereka menyertai usrah, mereka itu insan terpilih oleh Allah untuk menerima tarbiyah.


Seronok atau tidak ?

 Istiqamahkan Berusrah

🍃 Untuk insan-insan yang dikasihi, yang sudah menyertai usrah dan mengalami bangun jatuh bangun dalam usrah, dalam tarbiyah dan dakwah ini, ana harap kita sama-sama istiqamah.


Ana bukan orang yang selayaknya untuk bercakap soal istiqamah kerana ana bukan orang yang telah istiqamah tapi ana orang yang sedang berusaha untuk istiqamah.


Kesimpulan:

  •  Usrah realiti dan alam maya agak berbeza pendekatan dan sambutannya. 

  •  Apabila menyertai usrah alam maya, cabarannya lebih banyak.

  •  Maka menjadi tanggungjawab semua orang untuk bermuafakat merancakkan usrah.

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang Allah telah jauhkan hatinya dari tarbiyah. Kerana dia tidak berasa kepentingan tarbiyah hati maka usrah ditolak tepi, dibaca nanti, ditangguh sesuka hati.

Adakah itu kita  ? 😭 😭


TAMBAHAN :

a) Tilawah, pembacaan
Ta'lim, pengajaran
Tazkiyah, pembersihan

b) "Dalam kita berukhuwah, ada tingkatan, yakni serendah ukhuwah adalah salamatusSodri (berlapang dada) dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah Ithar. Ithar ni, dia mcm melebihkan sahabat kita.

c) Dan, dalam prinsip ikhwanul muslimin, mereka amat mementingkan usrah. sebab dalam usrah dia akan membentuk seseorang individu menjadi muslim sejati.

*Terkesan sikit dengan Ikhawanul Muslimin Mesir😁✌

d) Urusan di dunia tak akan pernah habis. Jadi perlulah kita bijak menguruskannya,

Alwajibat Akthar min Alawqat.

Kewajiban itu lebih banyak dari masa.
*Qaul hukama'


Wallahu'alam bissowab. Maaf di atas segala kekurangan semasa ana menyampaikan ilmu di sini. Apa yg baik dtg dr Allah. Apa yg buruk dtg dr kelemahan diri ana sendiri. 

Qowiyy lillahi ta'ala. Together we strive for mardhatillah. 💪 💪



0 Comments:

Post a Comment


Written at 9:13 AM