USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

AL-KHANSA' BINTI AMR (IBU PARA SYUHADA)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد





Al-Khansa' Binti Amr

Sebelum tu Ana nak tanya, siapa kenal Al-Khansa' Binti Amr ? ?

Malam ni, ana nak kongsi kisah salah seorang tokoh wanita yang hidup pada zaman Rasulullah SAW.

Al-Khansa' terkenal dengan panggilan 'Ibu Para Syuhada'. Dia dilahirkan pada zaman jahiliyah dan membesar dalam suku bangsa Arab yang mulia iaitu Bani Mudhar. Dia seorang yang fasih, mulia, tenang hati, pemberani, tegas dan berterus terang.

Dia juga pandai bersyair. Syair-syairnya terkenal dengan syair yang berisi kenangan kepada orang yang dikasihinya yang telah meninggal dunua terutama sekali kepada kedua-dua saudara lelakinya iaitu Mu'awiyah dan Sakhr.

Diriwayatkan bahawa ketika Adi Bin Hatim dan saudara perempuannya, Safanah Binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW dengan berkata;

"Wahai Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai bersyair, orang yang paling pemurah hati dan orang yang paling pandai berkuda."

Rasulullah SAW bersabda;
"Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya."

Adi menjawab;
"Orang yang paling pandai bersyair ialah Umru'ul Qais Bin Hujr dan orang paling pemurah hati adalah Hatim At-Tha'i, ayahku. Manakala orang yang paling pandai berkuda ialah Amru Bin Ma'dikariba'.

Rasulullah SAW bersabda;
"Apa yang telah kamu katakan itu salah wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair ialah Al-Khansa' Binti Amru dan orang yang paling pemurah hati ialah Muhammad Rasulullah dan orang yang paling pandai berkuda ialah Ali Bin Abi Talib."

Jarir RA pernah ditanya,
"Siapakah yang paling pandai bersyair"

Jarir RA menjawab;
"Jika Al-Khansa' tidak ada, sudah tentulah aku."

Al-Khansa' sering bersyair tentang kedua-dua saudaranya sehingga hal itu pernah ditegur oleh Umar Bin Khattab RA.

Umar bertanya kepada Al-Khansa';

Khansa menjawab;
"Mataku bengkak kerana terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhur yang terdahulu."

Umar berkata;
" Wahai Khansa' mereka semua ahli neraka."

"Justeru sebab itulah yang membuatkan aku lebih kecewa dan sedih lagi. Dahulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana dia ahli neraka."

Al-Khansa' berkahwin dengan Rawahah Bin Abdul Aziz As-Sulami. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki. Melalui pendidikan yang sempurna dalam mendidik anaknya, keempat anaknya menjadi pahlawan Islam yang terkenal. Khansa' sendiri terkenal sebagai Ibu para syuhada. Hal itu kerana, dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah syahid di medan Qadisiyah.

Sebelum peperangan bermula, terjadi perdebatan yeng hebat di rumah Al-Khansa'. Antara keempat-empat anak lelakinya berbalah mengenai siapakah yang akan turut berperang melawan tentera Parsi dan siapakah harus tinggal di rumah bersama ibu mereka. Keempat-empat mereka saling tunjuk-menunjuk kepada yang lain untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin menyertai peperangan melawab musuh Fi Sabilillah !

Pemuda-pemuda itu pun keluar menuju ke medan perang. Mereka berjuang bermati-matian melawan musuh sehingga ramai musuh yang terbunuh di tangan mereka. Akhirnya, nyawa mereka sendiri yang tercabut daripada tubuh mereka.

Ketika Al-Khansa' mendengar berita kematian anak-anaknya dan kesemuanya syahid, dia tidak berasa sedih dan takut sedikit pun. Dia bahkan berkata;

"Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera memanggilku dan berkenan mempertemukan aku dengan anak-anak lelakiku dalam naungan rahmatNya yang kukuh di syurgaNya yang luas."

Al-Khansa' meninggal dunia pada zaman permulaan pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan iaitu pada tahun ke-24 hijrah.

Sekian sahaja usrah kita pada malam ini.
Moga Bermanfaat.. Wallahu`alam.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 7:32 AM