overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersHARI KIAMAT BERSAMA RASULULLAH SAW
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Usrah Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد
Sesungguhnya kedudukan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah SWT adalah suatu kedudukan atau maqam yang amat tinggi sesuai dgn matlamat pengutusan baginda kepada alam ini sebagaimana yg telah dinyatakan oleh Allah SWT.
Kedudukan Rasulullah SWT yang begitu tinggi bukan hanya semasa baginda hidup di alam bumi bahkan kedudukan itu akan kekal hingga hari kiamat.
Dalam hal ini wajib bagi setiap mukmin untuk meyakini dan mengimani terhadap kemuliaan dan keistimewaan Rasulullah SAW sehingga dihari kiamat nanti.
Pada hari kiamat nanti Rasulullah SAW akan diberikan secara khusus satu kedudukan terpuji (maqaman mahmudan) yang tidak diberikan kepada Rasul dan Nabi yang lain.
Walaupun Rasul dan Nabi yang lain mempunyai berbagai-bagai kelebihan tertentu tetapi kedudukan Rasulullah SAW tetap mengatasi mereka.
Itulah keistimewaan Rasulullah SAW.
Antara keistimewaan Rasulullah SAW dihari akhirat nanti adalah memiliki syafaat terbesar (as-syafaat al-uzma).
Ia merupakan satu kelebihan yang dianugrahkan kepada Rasulullah SAW yang mampu menyelamatkan manusia daripada seksaan dan penderitaan hari mahsyar.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman kepada Rasulullah SAW.
Dalam satu Riwayat yang diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda
Menurut imam al-suyuti bahawa syafaat Rasulullah SAW adalah jalan penyelamat terakhir yang hanya dianugrahkan oleh Allah SWT kepada Rasulnya iaitu Muhammad SAW.
Ia menjadi sesuatu yang amat besar khususnya kepada mereka yang layak memperolehinya daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW.
Ketika itulah ummat baginda akan merasakan kemuncak nikmat kejayaan yang sebenarnya kerana dengan sebab syafaat tersebut mereka semakin didekatkan kepada alam syurga dan dijauhkan dari alam neraka yang amat menakutkan.
Dalam satu Riwayat yang lain sepertimana yang dinyatakan oleh Jabir ibn Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda
Keistimewaan pelbagai yang diperolehi oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan oleh baginda dalam hadis diatas adalah jelas menunjukkan betapa mulia dan tingginya kedudukan Rasulullah SAW adalah kemuncak kegembiraan bagi umat baginda kerana pada ketika itulah mereka akan dipimpin kesyurga hasil daripada syafaat Rasulullah SAW.
Wallahu`alam. Semoga Bermanfaat..
Together We Strive for Mardhatillah !
|
0 Comments:
Post a Comment