USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

TANDA KENAL ALLAH SWT ...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين





... TANDA KENAL ALLAH SWT 

Orang-orang yang mengenali Allah (Al Arif Billah) itu dikenali beberapa tanda.

  1.  Merasa Takut KepadaNya.


Allah swt berfirman;
"Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah diantara hamba-hambanya adalah orang-orang yang berilmu sahaja."  
(Fatir 35:28)

Saidina Umar Al-Khattab RA pernah mewasiatkan:
"Bincanglah mengenai urusanmu dgn orang2 yang takutkan Allah"

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata;
"Ibnu Mas'ud pernah mengatakan cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan. Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan/makrifah yang dimiliki seorang hamba kepadanya."

Semakin dalam rasa takut kepada Allah dan semakin kuat cinta kepada Allah.

Semakin mengenal itu bertambah maka semakin bertambah pula rasa malu,takut dan cinta tersebut.

Barangsiapa yang mengenal Allah nescaya akan menebal rasa malu kepadaNya.

Oleh itu orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah diantara mereka.

      2.   Mencurigai Dan Memimbangi Dirinya Sendiri.

Ibnu Abi mulaikah (Salah Seorang Tabiin) berkata;
"Aku telah bertemu dengan tiga puluh orang sahabat Rasulullah SAW, sedangkan mereka semua merasa takut kalau-kalau dirinya tertimpa kemunafikan."
(Riwayat Bukhari)

      3.   Mengawasi Gerak Geri Hatinya.

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata;
"Begitu pula hati yang telah disebutkan dengan kecintaan kepada selain Allah, keinginan terhadapnya, rindu dan merasa tenteram dengannya."

Lisan juga tidak akan mungkin digerakkan untuk mengingatiNya dan anggota badan pun tidak akan tunduk, berkhidmat kepadanya kecuali apabila ia dibersihkan dari mengingat dan berkhidmat kepada selainNya.

Apabila hati telah dipenuhi dengan kesibukkan dengan makhluk atau ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat maka tidak akan tersisa lagi padanya ruang untuk menyibukkan diri dengan Allah serta mengenal nama-nama, sifat-sifat dan hukum-hukumNya.
(Al-Fawaid, hal 31-32)

      4.   Selalu Mengingati Akhirat.

Allah SWT berfirman;
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, maka akan kami sempurnakan baginya balasan amalannya disana dan mereka tidak sedikit pun dirugikan. Mereka itu orang-orang yang tidak mendapatkan apa-apa diakhirat kecuali neraka dan lenyaplah apa yang mereka perbuat serta sia-sia apa yang telah mereka kerjakan"                         (HUD 11: 15-16)

Rasulullah SAW bersabda;
"Bersegeralah dalam melakukan amal-amal,sebelum datangnya fitnah-fitnah (ujian dan malapetaka) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gelita,sehingga membuat seorang yang dipagi harinya menjadi kafir,dia menjual agamanya demi mendapat kesenangan duniawi semata."   
(Riwayat Muslim)

      5.   Tidak Tertipu Oleh Harta dan Dunia.

Rasulullah SAW bersabda;
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya perbendaharaan dunia. Akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah rasa cukup didalam hati."
(Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda
"Siapa yang kasihkan dunia maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru, ingatlah,utamakan suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)."
(Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Maka tidak akan mungkin baginya untuk disibukkan dengan kecintaan Allah,keinginan rasa cinta dan kerinduan untuk bertemu denganNya kecuali dengan mengosokkan hati tersebut dari kebergantungan terhadap selainNya.

      6.    Akan Merasakan Manisnya Iman.

Rasulullah SAW bersabda;
"Ada tiga perkara, barangsiapa yang memilikinya dia akan merasakan manisnya iman."

Diantaranya
"Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada segala sesuatu selain kedua-duanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:
"Akan merasakan lazatnya iman orang-orang yang redha kepada Rabbnya, redha islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasul."                                      (Riwayat Muslim)

      7.    Tulus Ikhlas Beribadah KepadaNya.

Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya setiap amal itu dinilai berdasarkan niatnya. Dan setiap orang hanya akan meraih balasan sebatas apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya nescaya hijrahnya itu akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin dia capai atau perempuan yang ingin dia nikahi, itu ertinya hijrahnya akan dibalas sebatas apa yang dia inginkan sahaja."                   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu, tidak juga harta kamu. Akan tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu."
(Riwayat Muslim)

Ibnu Mubarak rahimahullah mengigatkan;
"Betapa banyak amalan kecil yang menjadi besar kerana niat. Dan betapa banyak amalan besar menjadi kecil gara-gara niat."
(Jami' Al-'Ulum Wal Hikam oleh Ibnu Rajab)

Demikianlah, sebahagian ciri-ciri orang yang benar-benar mengenal Allah. Semoga Allah SWT memberikan taufiq kepada kita untuk termasuk dalam golongan mereka.

Allahumma ameen.
Moga Bermanfaat.. Wallahu`alam.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 8:17 AM