USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

PERKONGSIAN RINGKAS : SAIDINA UMAR AL KHATTAB DAN KEBUN
Malam ni akak rasa nak kongsi satu kisah ni yang Habib Naufal cerita.

Ramai tahu dah akak rasa. Tapi nak share jugak ðŸ˜›

Bismillahirrahmanirrahim..
InshaAllah perkongsian ringkas kita malam ni tentang Saidina Umar Al Khattab dan kebun.

Saidina Umar dulu ada kebun. Kebunnya mengeluarkan hasil yang boleh tahan lumayan.
Sedang asyik Saidina umar berkebun, azan pun berkumandang. Saidina Umar bergegas ke masjid.
Saidina Umar tertinggal satu rakaat solat jemaah. Saidina Umar meneruskan solat jemaah. Setelah selesai, Saidina Umar kumpulkan semua jemaah dan berkata,

"Aku wakafkan kebunku dan semua hasil daripada kebunku, aku wakafkan pada fakir miskin."

Sahabat lain hairan, lantas bertanya kepada Saidina Umar, kenapa wakafkan kebun tersebut.

Saidina Umar jawab,
"Kerana kebun itulah aku tertinggal satu rakaat solat jemaah."

MasyaAllah.
Subhanallah.

Begitu hebatnya sahabat sahabat Nabi SAW. Hanya kerana tertinggal satu rakaat solat jemaah, Saidina Umar wakafkan kebun dan hasil kebun tersebut.

Kalau kita ?
Sanggup ka nak buat ?

Allahurabbi.

Tepuk dada, tanya iman.
Wallahualam.


0 Comments:

Post a Comment


Written at 12:34 PM