USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

SLOT ADAB : ADAB NIAT
Assalamualaikum wbt untuk bakal bidadari-bidadari Khaulah Al Azwar 😍

Segala puji hanyalah milik Allah SWT. Rabb yang menyinari hati para hambaNya dengan kelembutan kasih dan sayang. Tuhan Yang Maha Kasih, yang sentiasa mengasihi para hambaNya dengan sifat RahmanNya di dunia ini dan sifat RahimNya di akhirat.

Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih agung setelah iman selain kasih dan sayang sesama makhluk Allah SWT.
Selawat dan salam mudah mudahan tetap dilimpahkan kepada kekasih kita, Rasulullah SAW 💕


Bismillahirrahmanirrahim 🌸

Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal  mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.

 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله إلا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصحبه وسلم 

بسم الله الرحمن الرحيم  
الحمد لله رب العالمين 
الرحمن الرحيم  
مالك يوم الدين  
إياك نعبد وإياك نستعين  
إهدن الصراط المستقيم 
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين 


🌹 Slot Adab 🌹

Tajuk malam ini : ADAB NIAT

Kaum muslimin percaya bahawa niat itu memiliki peranan penting dalam segala kegiatan dan amaliah keagamaan maupun keduniaan , kerana semua amal perbuatan itu tergantung dari niatnya. Suatu amal dipandang baik jika niatnya baik.🌹

Kaum Muslimin percaya bahawa niat itu penting pada setiap amal perbuatan dan wajib meluruskannya. 💢
Pertama hal itu didasarkan pada firman Allah 
👇
" Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah , dengan ikhlas menaati-Nya semata-mata kerana menjalankan agama , dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar......."
[ Al-Bayinah (98):5 ]
☝Islam yang benar yakni lurus bererti jauh dari syirik dan jauh dari kejahatan
Dan firman Allah ☝
" Katakanlah , sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya."
[ az-Zumar (39):14 ]
Kedua berdasar hadis Nabi SAW : 
" Sesungguhnya sah tidaknya amal setiap orang tergantung pada niat-nya . "
( Mutaffaq 'alaih)
.
.
.
.
.

Dan sabda Nabi SAW
"Sesungguhnya  Allah tidak melihat rupa dan hartamu. Tapi Allah hanya melihat hatimu."
Melihat hati ertinya melihat kepada niat. Kerana niat itu sebagai pembangkit dan pemborong untuk beramal😍
.
.
.
Sabda Nabi SAW
"Barangsiapa bercita-cita hendak melakukan satu kebaikan tapi tak bisa dilaksanakannya maka dituliskan baginya satu kebajikan."
[ Muslim ]
.
.
.
.

Maka baru niat yang baik saja telah dianggap satu amal saleh dan menperoleh pahala, begitulah keutamaan niat yang baik.☺

Nabi SAW bersabda : 
"Manusia itu ada empat macam yaitu orang yang diberi Allah ilmu dan harta, lalu is mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan hartanya. Kemudian ada orang berkata : Jika aku diberi Allah seperti yang diberikan kepada orang itu, aku akan berbuat seperti dia. Maka kedua orang itu pahalanya sama. Dan ada orang yang diberi Allah harta dan tidak diberi-Nya ilmu, lalu harta itu digunakannya untuk maksiat. Kemudian ada seseorang berkata: Seandainya aku diberi kekayaan seperti dia, aku akan berbuat seperti dia , kedua orang itu dosanya sama."
[ Ibnu Majah dengan sanad yang baik ]
Orang yang baik mendapat pahala, sedangkan yang berniat buruk diberi balasan dosa.😣
Jadi segala sesuatu tergantung dari niatnya. ☝

Dan Sabda Nabi SAW tatkala beliau berada di Tabuk :
"Sesungguhnya di Medinah ada sekelompok kaum Mukmin berkata ; Kami tak dapat ikut menuruni lembah, menyelusuri jalan untuk berperang, yang membuat orang kafir marah, tidak pula kami ikut berinfak san menderita kelaparan. Jika tidak demikian pasti mereka ikut bersama kita untuk berjoging, padahal mereka di Medinah. Seseorang bertanya kepada Nabi : Bagaimana keadaan mereka ya Rasulullah? Nabi bersabda : Mereka berhalangan. Tapi mereka ikut bersama kita dengan niat yang baik."
[ Abu Daud dan Bukhari dalam bentuk ikhtisan ]
Dengan demikian, niat yang baik itu menyebabkan orang yang tidak ikut berperang dan berjuang sama pahalanya dengan orang yang berperang dan berjuang.

Sabda Nabi SAW :
"Apabila dua orang Muslim berkelahi dengan pedangnya, maka yang membunuh dan yang terbunuh masuk neraka. Nabi ditanya orang: Ya Rasulullah, yang membunuh sudah jelas. Tetapi bagaimana ihwalnya yang dibunuh ? Nabi bersabda : Kerana yang dibunuh berniat membunuh lawannya."
[ Muttafaq 'alaih ]
☝ Disini ertinya walaupun orang  itu dibunuh tapi ada  niat untuk membunuh .. Ia akan  dimasukkan ke neraka ... Bunuh antara satu sama lain ...

Dan Sabda Nabi SAW :
"Barangsiapa mengahwini seorang perempuan dengan mahar, tapi ia tidak berniat membayar maharnya, maka dia termasuk golongan pezina. Dan barangsiapa berhutang, tapi tidak berniat untuk membayarnya maka dia termasuk pencuri."
[ Ahmad dan Ibn Majah ]
Maka dengan niat buruk yang baik dapat berubah menjadi haram dan terlarang, dan sesuatu yang mudah menjadi susah. Semua itu menegaskan perihal akidah Muslim tentang pentingnya niat dan betapa besar peranannya. 

Maka dengan demikian semua pekerjaan harus didasarkan pada niat yang baik, sehingga janganlah kita korbankan tenaga untuk suatu amal tanpa niat, atau berniat yang tidak baik. 😳

Kerana niat adalah roh dan tiang amal. Kerana itu sah dan rosaknya suatu amal tergantung niatnya. ☺

Demikian pula selain kaum Muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat semua amal, juga memandang niat itu bukan hanya diucapkan lidah👅
dan perbicaraan hati ❤. 

Akan tetapi niat itu bersegera terhadap amal dengan tujuan yang benar untuk mencapai satu kebaikan atau menolak suatu mudarat, hari ini atau untuk masa yang akan datang, di samping niat itu merupakan suatu kehendak yang mengarah kepada amal untuk mencari redha Allah dan mengikuti perintah-Nya.😊

In Shaa Allah

Kaum Muslimin di samping mengakui bahawa amal yang jaiz berubah hukumnya dengan niat yang baik menjadi amal baik yang memperoleh pahala, dan begitu pula tanpa niat yang baik suatu amal kebaikan berubah menjadi maksiat dan menimbulkan dosa.🙊

Namun tidak mungkin suatu perbuatan maksiat berubah menjadi amal soleh dengan niat yang baik.
Maka orang yang mempergunjingkan orang lain dengan niat untuk memperbaikinya adalah dosa dan niatnya yang baik itu tak ada manfaatnya.

contohnya, orang yang membangun masjid dari harta yang haram tidak akan mendapat pahala. Dan orang yang menghibur dengan tarian-tarian, lawakan atau membeli undia harapan dengan niat amal atau jihad adalah dosa dan tidak mendapat pahala.

Juga  orang yang mendirikan bangunan di atas kuburan para wali, bersedekah dengan memotong haiwan atau bernazar buat mereka adalah berdosa, walaupun dengan niat yang baik, kerana yang dapat berubah menjadi ketaatan itu hanyalah sesuatu yang hukumnya jaiz lalu diiringi niat yang baik. Adapun yang hukumnya haram, tidak akan berubah jadi amal baik meskipun dengan niat yang baik.

Wallahu' alam

Sekian sahaja usrah kita pada malam ini 😊


0 Comments:

Post a Comment


Written at 1:15 AM