USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

KELEBIHAN BERILMU
Bissmillahirrohmanirrohim ,

   Segala puji tertentu hanya kepada Allah Taala sahaja yang empunya sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Nabi kita Muhammad SAW serta ahli keluarganya.

In sya Allah malam ini akan ada sedikit perkongsian usrah bertajuk seperti yang kalian lihat diatas tadi :)


Baiklah, kita mulakan usrah kita ~


Tajuk : Kelebihan Berilmu

       Ilmu merupakan semulia2 perkara bagi orang yang gemar menuntutnya . Kerana ilmu merupakan penghias akhlak bagi penggemarnya , cahaya yang menerangi manusia dengannya dalam kehidupan .

Dengan sebab ilmu juga menjadikan seseorang taat akan Allah Azza wa Jalla , dapat mengetahui mana yang halal dan haram , membezakan sesuatu yg memberi manfaat daripada kemudharatan dan dengan ilmu jua lah menjadikan manusia itu insaf daripada segala dosa silamnya kerana menyedari akan kejahilan diri .
  
Wahai bakal ahli syurga kesayangan semua

Ilmu merupakan sebesar2 jalan utk mencapai kemuliaan dan ketinggian didalam diri .

Tetapi ?!
Bukan tujuan untuk dibangga2kan . Kerana ilmu merupakan lampu pelita dikala kegelapan cahaya iman . Menunjuk jalan bagi mereka yang kesesatan .
Dan jikalau tiadalah ilmu , maka tidak majulah sesebuah negara , kian mundurlah agama dan bangsa . Nescaya tidak memberi faedah lah alam ini kepada manusia .

Allahu Akbar !

Akan tetapi wahai para muslimah ,

Andai punya ilmu tetapi tidak diamalkan maka rugilah diri .
Kerana ilmu itu umpama tapak binaan
Dan amal itu merupakan binaannya

Untuk apa ?

Andai dilaburkan sejumlah wang beratus ribu untuk membeli tanah kemudian mengerahkan tenaga buruh kasar untuk membuat tapak membina sesebuah bangunan namun akhirnya terbengkalai begitu sahaja tanpa diusahkan .

Allahu , sangatlah rugi .

Kata pepatah arab ,

'Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah dan seperti awan tanpa hujan ....'
'Dan barangsiapa yang mengkehendaki menambah ilmu maka wajiblah atasnya bertaqwa kepada Allah tika kira dimana jua'

Firman Allah Taala yang bermaksud ,

"Katakanlah olehmu (muhammad) , adakah sama mereka yang mengetahui(berilmu) serta mereka yang tidak mengetahui(tidak berilmu) ?"       
( Surah Azzumar )

Jawap Allah Taala

Didalam firman Nya lagi ,

"Mengangkatlah oleh Allah bagi orang2 yang beriman diantara kamu dan yang diberi ilmu beberapa darjat" 
 ( Surah Almujadalah )

Sabda Nabi SAW ,

"Telah mengajarlah oleh Allah Taala kepada Nabi Ibrahim as ; sesungguhnya Aku(Allah) amatlah mengetahui dan kasih tiap2 orang yang mengetahui(berilmu)"

Masya Allah , maha Pengasih tuhan kita Ya  Rabbul'izzati

Dan telah berkatalah Saidina Ali karramallahu wajhah ,

      "Berbuatlah oleh mu dengan ilmu dan jangan jadi jahil dengannya (ilmu) selamanya ,
  Manusia itu mati dan ahli ilmu itu hidup ..." 



Sumber ;

Kitab Addurusulakhlaq ,
Karangan Alimam Hafiz Alhasan Almasa'udi
Ulama' Alazhar Assyariff

        
Allahu'alam . Sekian sahaja usrah kita :)


0 Comments:

Post a Comment


Written at 10:05 PM