overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersBERZIKIR DAN INGATLAH ALLAH SWT SELALU
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Usrah Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد
"Ketahuilah, dengan zikrullah, tenang tenteramlah hati manusia"
"Oleh itu berzikir dan ingatlah kamu kepada-Ku ( dengan mentaati-Ku) supaya Aku mengingati kamu ( membalas kamu dengan kebaikan), dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur ( akan nikmat-Ku)."
"Perumpamaan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya adalah ibarat orang hidup dengan orang mati."
Ingatlah, zikir menghidupkan hati. Tanpa zikir, hati mati. Hati yang hidup sentiasa tenang dan lapang kerana zikir..
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, tenang tenteramlah hati manusia."
firman-firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Wahai orang yang beriman, ( untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya( mencapai kemenangan)."
Mari kita lihat panduan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita selaku umatnya:
Diriwayatkan daripada 'Amr bin Qais bahawa beliau mendengar Abdullah bin Busr berkata,
"Dua lelaki Arab datang kepada Rasulullah s.a.w. Salah seorang antara mereka bertanya 'Ya Rasulullah, siapakah antara manusia yang paling baik?' Jawab baginda,' Mereka yang panjang usianya dan baik pula amalnya.' Lalu seorang lagi berkata, 'Ya Rasulullah, kewajopan syariat Islam telah kian banyak ke atas ku, maka tunjukkan aku satu amalan yang dapat aku tetap beramal dengannya.' Rasulullah s.a.w. menjawab, "Tetapkanlah lidahmu basah dengan zikir kepada Allah Azzawajalla."
Perhatikan jawapan Rasulullah s.a.w. "Basahi lidah dengan zikrullah."
Zikir adalah seringan-ringan ibadah. Amalan paling mudah. Hanya bermodalkan hati dan lidah! Tanpa perlu berwuduk, tanpa perlu suci pakaian dan tubuh badan, tanpa perlu menghadap kiblat! Wanita berhadas haid dan nifas juga boleh melakukan zikir.
Sambil berjalan ke kolej, kita berzikir. Sambil menaiki bas ataupun kereta api .., kita berzikir. Sambil menunggang motosikal atau basikal, kita berzikir.
Muaz bin Jabal RA meriwayatkan:
" Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab,"Kamu mati dalam keadaan lidahmu basah dengan zikrullah."
Faedah Zikir
.. mendapat reda Allah s.w.t. yang merupakan jaminan kebahagiaan di dunia dan akhirat
.. menghindari syaitan, menghalaunya jauh dari sisi kita, dan menghancurkan rancangan jahatnya ke atas kita
.. menghilangkan kesedihan, kekecewaan dan kebimbangan, kemudian menggantikannya dengan keceriaan, keyakinan dan ketenangan hati
.. menerangkan hati dan memancarkan cahayanya pada hati dan wajah kita sebagai lambang iman
.. menghiasi diri orang yang berzikir dengan kehebatan peribadi, kemanisan wajah dan keserasian penampilan
.. menyihatkan dan menguatkan jiwa dan tubuh badan
.. zikir menghidupkan jiwa dan hati. Tanpanya, hati mati dan tidak dapat memandu kita kepada keredaan Ilahi
.. zikir merupakan makanan jiwa, sumber kekuatan dan tenaga jiwa. Tanpanya, jiwa lesu dan tidak mampu mendorong anggota tubuh melakukan ketaatan dan ibadah kepada Allah s.w.t.
.. menjamin keselamatan daripada sifat-sifat munafik kerana orang munafik tidak mengingati Allah s.w.t. kecuali sedikit
.. melembutkan hati yang keras.
Wallahualam.
Sumber : Remaja Idaman Syurga
|
0 Comments:
Post a Comment