USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Kisah : SAIDATINA ASMA' YANG MENENANGKAN DATUKNYA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد




Saidina Abu Bakar ra membawa hartanya semasa berhijrah dan Kisah Saidatina Asma' menenangkan datuknya.

Semasa Saidina Abu Bakar ra memulakan penghijrahannya, beliau telah membawa segala harta yang ada padanya pada masa itu.

Harta itu berjumlah antara lima hingga enam ribu dirham. Beliau memikirkan bahawa Rasulullah SAW juga akan bersamanya dan tidak tahu jumlah perbelanjaan yang akan di perlukan semasa dalam perjalanan itu nanti.

Setelah mereka bertolak, Abu Quhafah ayah kepada Saidina Abu Bakar ra yang pada masa itu telah menjadi buta dan masih belum memeluk agama islam telah datang kepada cucunya untuk menenangkan mereka.

Dia berkata dengan penuh kesedihan, "Aku tahu yang Abu Bakar telah menyebabkan kamu semua bersedih dengan pemergiannya dan mungkin dia telah membawa semua hartanya. Ini merupakan kesusahan kedua ke atas kamu."

Saidatina Asma' ra berkata, "Tidak datuk, ayah telah meninggalkan begitu banyak harta untuk kami."

Setelah itu, beliau mengumpulkan batu-batu kecil dan mengisikan batu-batu itu ke dalam satu ruang kecil pada dinding yang biasa di gunakan oleh Saidina Abu Bakar ra untuk menyimpan wangnya.

Beliau menutup batu-batu itu dengan sehelai kain lalu meletakkan tangan datuknya ke atas kain tersebut. Oleh itu, datuknya membuat anggaran dengan tangannya bahawa tempat itu penuh dengan dirham.

Lalu datuknya berkata "Syukurlah dia berbuat baik terhadap kamu. Kamu dapat menyara kehidupan kamu dengan dirham-dirham itu."

Saidatina Asma' ra berkata "Demi Allah, ayah saya tidak meninggalkan apa-apa pun. Namun, untuk menenangkan datuk, saya telah melakukan demikian supaya dia tidak bersedih " (Musnad Ahmad)

Ini ialah tanda keberanian dan keteguhan hati. Sepatutnya anak perempuan lebih gelisah daripada datuk mereka sendiri. Dalam keadaan demikian sebanyak manapun mereka mengadu hal kepada datuk mereka ialah wajar kerana pada masa itu saraab untuk mereka hanya ditanggung oleh datuk.

Secara zahirnya, pada masa itu Saidatina Asma' ra perlu menarik perhatian datuknya kerana dua sebab:

Pertama kerana telah berpisah daripada bapanya. Dan kedua kerana tiada sumber saraan untuk mereka. Tambahan pula orang-orang Mekah ialah musuh mereka dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka. Dalam keadaan itu pun Allah masih mengurniakan kepada para sahabat dan sahabiah suatu tindak tanduk yang hanya mampu kita kagumi.

Pada mulanya Saidina Abu Bakar merupakan seorang yang sangat kaya dan seorang peniaga besar. Namun, beliau begitu banyak berkorban di jalan Allah sehingga pada masa peperangan Tabuk, beliau telah membawa segala harta benda yang ada di rumahnya.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW telah bersabda "Saya tidak mendapat manfaat daripada harta sesiapa pun sebagaimana manfaat yang telah saya peroleh daripada harta Abu Bakar. Saya telah membalas budi semua orang tetapi budi Abu Bakar akan dibalas hanya oleh Allah."

Sekian saja usrah kita malam ni. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kekurangan dan kelemahan saya sendiri.

Wallahu`alam
 Sumber .. Kitab Fadhilat Amal ..



0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:05 PM