USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

SOLAT, SOLAT KAT MANA?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد




Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Kita masih bernafas hari ni. Siapa pernah tengok cerita atau baca novel ' Awak kat mana ?' 

Hari ni lebih kurang mcmtu tajuk usrah. Cuma bukan awak yg dicari. Tetapi solat.      

 Solat ? Solat kat mana ?

"Alaaa.. Tak sempat la"
"Alamak, aku terMiss la nak buat tu semalam"
"Cepatnya dah malam ? Tak siap lagi keje tu"
"Hah ? Dah submission date ??"

Sebagai student khususnya, secara jujur, 24 jam itu tidak lah
banyak. Terlalu singkat.

Tapi bila direnung, kenapa ada yang sempat siapkan segala tugasan dan projek, Tapi kita tak sempat ? Kenapa ?

Walhal, masa Allah kurnia sama 1440 min sehari. Siapa pun kita. SAMA

Di sini menjadi titik tolak.


❓SOLAT KAT MANA, SOLAT, SOLAT KAT MANA❓

Terlalu sibuk dengan tugasan hinggakan telinga dipekakkan waktu azan dilaungkan.

Sekali lagi, azan DILAUNGKAN, bukan dibisikkan untuk kita buat-buat tak dengar. 

Jadikan solat sebagai KEWAJIPAN utama dalam kehidupan seharian.   
          
 Solat dijadikan RESEPI KEJAYAAN.

Tahukah antunna, banyak RAHSIA dalam solat.

 Solat juga KUNCI MASA. Allah dah perintahkan cukup cantik waktu solat.

Jadikan solat sebagai PENALTY TIME kita.

Contoh, "aku kena siapkan tugasan/assignment ini, sebelum zohor. Lepas zohor, aku nak rehat sehingga asar"

Kalau tak tercapai, sila "denda" diri sendiri dengan baca quran EXTRA 2 muka surat, sebagai contoh.

Solat boleh jadi PARTITION TIME buat kita umat Islam.

Adanya waktu rehat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

 Rehat di sini membawa maksud, rehat dengan bertemu KEKASIH HATI yakni Allah. Bukankah itu menenangkan jiwa ?

Janganlah waktu rehat, segera
capai gadjet, berjumpa kekasih hati di alam maya. Ikhtilat jaga. Ikhtilat.

Dalam alam nyata, alam maya, semuanya akan dipersoal.

Jadi, Jagalah Solat. Kerana solat penghubung utama kita dengan Dia.


Selingan : Nak dapatkan dia, kena ada Dia dulu dalam jiwa.

Ana juga masih bertatih. Doakan ana moga thabat dan dipermudahkan
dalam jalan hijrah ini krn iman ana dan antunna ada turun naiknya. Ana takut tergelincir. Tapi Allah hadirkan rasa gerun akan mati dalam jiwa buatkan ana masih utuh di jalan ini.

Mati mungkin sekejap lagi. Jom Taubat.

Wallahu'alam bissowwab.     


0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:00 PM