USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

ALLAH GHAYATUNA -ALLAH MATLAMAT KAMI-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد




Allah sayang, kita sayang. 

"Join usrah tapi perangai macam..."
"Dakwah begitu begini tapi akhlak tak jaga."
"Usrah sana sini. Tapi, still juga lewat solat."

Macam-macam kan ?


 Aku tak kata dekat orang lain. Benda ni aku sendiri yang alami. Tengah nak merangkak di jalan hijrah kena pula "penampar pelempang penyepak" yang berupa bentuk  begini dari hamba-hamba Allah yang lain. 

Cuba bagitahu, siapa tak rasa "sakit" kena macam ni? Dulu, I was like "Apa hal nak judge aku macam-macam. Kau ingat kau Tuhan ke?"

"Amboi, join usrah. Tapi, lisan percakapan.. Wassalam."

"Okay. Kenapa antum cakap ana macam tu? Nakal antum ni. Eh."

Siapa tak sedih bila kena judge kan ?


Aku dulu memang paling pantang kalau orang kata macam-macam kat aku. Even aku buat benda tu sekalipun. Tapi, orang sengaja nak ungkit balik  benda yang aku pernah buat. Dan bila aku buat benda tu tanpa aku sedar dan orang tak tegur bagi nasihat. Tapi, cuma tahu nak "membahan", nak menghukum T_T


Aku pantang dan memang aku angin satu badan bab macamni. Itu dulu. Bila dah meningkat dewasa ni, umur pun dah boleh kata menghampiri 20-an atau lagi spooky orang kata makin mendekati kubur. Dah lali. Yela. Orang kata bila dah selalu kena macamni, memang akan lali. Dah terbiasa. Apa orang kata? Alah bisa tegal biasa.


Main topic.

SEKARANG.

Bila dengar je orang mengumpat aku ke mengata aku macam-macam ke. Dah macam takde perasaan. Feelingless. Robot? Nope. Manusia tanpa perasaan. Ceh. Okay, joke.


"Weh, dia mengata kau. Apasal kau diam je?"
"Habis, aku nak buat apa? Bukannya aku boleh stapler mulut dia pun."
"You have to protect your right! Pertahankan kebenaran. Balaslah!"
"I had no time for that. Buat apa nak susah-susah jadi 'macam' dia?"
"Meaning?"
"Well. Kalau aku fight balik, thats mean aku sama je dengan dia. Si pembuka aib. Hey, nooo! I don't want to be such that person. Aku nak Allah jaga aib aku dekat akhirat nanti."
"Tapi, kau tak malu ke? Nanti orang sangka buruk dekat kau."
"Aku lagi malu dengan Allah."
"Ouh?"
"Aku dah banyak gila dosa. Tapi, still mahu tambah? No way mannnn."
"Sukahati la."
"Kita doakan si pembuka aib supaya mendapat hidayah."

Senyum. 


Okay, jap. Cuma sekadar perkongsian dan moga menjadi teladan buat semua.

Siapa yang pernah kenal aku dulu memang akan perasan perubahan aku. Semalam, Tengah delete unnecessary things dalam Facebook, Instagram, Twitter, etc. Takut tak sempat delete sebelum mati. Merana gua dekat kubur nanti.

Terbuka folder lama, gambar lama, memori lama. One, two, three dan banjir. Ahh airmata. Kenapa? Sebab terjumpa gambar zaman dulu. Zaman tudung aci letak atas kepala. Lengan singsing. Stokin? Wassalam. Check lagi. Status lama. Ya Allah, lagi rasa macam warghhhh! Ikhtilat macam apa je. Okay, stop setakat tu. Aku sebak ni T_T *grab tissue*

DULU. Ada juga la rasa riak dalam diri. Sebab benda ni, aurat aci redah satu. Riak satu. Dushhhhh !


SEKARANG.

"Eh, tak sayang ke delete gambar banyak like tu?''
"Eh, apahal pakai tudung labuh tutup semua. Hilang la cantik tu, Tak sayang ke?"
TAK.

Aku rasa macam nak kembali ke zaman dulu. Di mana, I was still a kid without sins. Without ANY sins. *Tears*


Aku bukan publish post ni sebab nak raih populariti. Jauh lagi nak buka aib sendiri. Tapi, sekadar perkongsian yang diharapkan bermanfaat buat semua. Sukahati korang nak fikir apa. Apa-apa pun Allah tahu niat aku.

Sebab aku tengok. Aku perhati. Aku observe. Ramai antara kita sekarang ni tersepit dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Contoh, ramai anak muda sekarang generally yang nakkan perhatian. Nakkan kebebasan. For example, post gambar tak tutup aurat. Harapkan pujian semata-mata. Cipta satu kontroversi untuk raih populariti. Buat gaya nonsense nak minta orang focus lebih kat dia.


Anak muda, kenapa sampai sanggup gadai Islam? Aku tak cakap kat orang lain. Aku sendiri pun macam.... You know... Faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Generasi sekarang generasi yang suka terikut-ikut. Kalau ikut yang baik takpe. Ada yang ikut benda yang Islam tak benarkan.

"Eh, takkan tak boleh nak berhibur kot!"
"Boleh. Boleh sangat. Hiburan dalam Islam itu boleh. Tapi, Islam ada letakkan limit."
"Alaa, remaja lagi. Kitaorang perlukan freedom. Kitaorang perlukan enjoy."


Letakkan tangan dekat dada. Pejam mata. Katakan, Allah Ghayatuna. Allah matlamat kami. Ulang banyak kali sampai kau dapat rasa betapa jauhnya diri kau dengan DIA.


Ya. Sebab sikap nak "freedom" ni lah yang buatkan kita semua "jauh". Freedom apa yang kita cari dalam hidup?

Bagitahu apa yang kita cari dalam hidup?

Dengan berdisko , berclubbing sana sini, buat kita tenang ?
Dengan berkepit dengan pakwe makwe, buat kita bahagia ?
Dengan buat apa yang Allah larang, buat kita rasa hebat ?

What do you want in your life my dearest brothers and sisters?

What do we want?


Sayangku sekalian,
Aku pernah tersepit dalam "dunia" yang aku cipta sendiri.

Ya. Memang asyik. Memang seronok. Memang rasa seronok sangat. Tapi, bukan ke neraka itu dipagari kesenangan dan Syurga itu dipagari ujian?

"Tapi, ramai orang yang akan judge saya nanti.."
"Lupakan pasal dorang. Kan Allah matlamat kita?"

Senyum.


Sayang. Kembalilah. Masih ada masa lagi. Sempat lagi ni. Dunia masih ada buat kita. Masih ada jambatan untuk kita sampai ke Syurga.

Allah sayang kita. Allah sayang kita... Nak bukti? Allah masih hidupkan kita saat ini. Sebab apa? Sebab Allah masih bagi peluang dekat kita. Tengok? Allah sayang kita. Allah maha Penyayang. Dulu, kita buat dosa. Tapi, Allah tak tarik terus nyawa kita kan? Allah nak bagi peluang lagi :') Rebutlah peluang itu. Jom kembali bersama-sama?

Jom !!

Allah Ghayatuna.


Wallahu`alam. Moga Bermanfaat :)



0 Comments:

Post a Comment


Written at 10:29 AM