USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

BERUSAHA UNTUK MENJADI MUSLIMAH "HIGH CLASS"
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد




Buat diriku dan haura-haura sekalian, cuba kita motivatekan diri kita dgn mengatakan ini setiap hari :


“Aku Muslimah High Class, Aku ingin mencari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang."

"Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga. Syurga itu mahal, dihuni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah)."


Bukan yg sebaliknya.

Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Bismillah”.


Muslimah High Class ? Apa tu ?

Menyebutnya shj seakan memberi debaran pada diri ini.
Rasa besar ? Rasa macam too extreme ? Rare ? Impossible ?

Bagaimana muslimah High Class ? Boleh berikan maksud dlm bahasa yang mudah difahami ?

High Class dari pemahaman ana ialah suatu yg terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yg sangat bermakna dan ukuran yg tinggi.

Menyebut tentang High Class, ana jd teringat akan pesan sahabat :


”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya.  Kena kuat hadapi apa jua yg mendatang.

Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nk macam ni, nk macam tu. Normal lah tu.

Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yg terbaik untuk orang yg dia sayang.

Kalau boleh semua yang dilakukannya  adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling.  Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang yg dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.

Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yg dia sayang menangis, down, stress atau sakit”.


Jika kita perhatikan dah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai aurat.

Sampaikan ada yg membuatnya dalam bentuk lagu,  ada yg buat analogi, ada yg buat dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk rayuan, ada yg buat pantun, ada yg buat video, dan seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.

Tidak kurang juga yg buat soal selidik  dengan pelbagai soalan yg berkaitan tentang aurat.

Di sini, bukan niat ana untuk bahas lebih tentang itu. Ana juga sedang dalam usaha berubah ke arah yg lebih baik, doakan ana.

Ana amat yakin yg semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati.

Ana yakin potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.

Justeru, ana rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah artikel ini sebagai peringatan buat diri ana terutamanya dan sahabat semua.


Menjadi muslimah High Class itu bg ana apa ?

  •  Muslimah High Class itu adalah yg takut kepada Allah dan RasulNya.

Takut yg bagaimana ? Takut dalam erti kata lain ialah Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah.

Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.

Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yg utama dalam segala yg dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yg sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

  •  Muslimah yg High Class itu ialah yg setia.

Dia setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .

Ini ada disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46.

Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu, insyaaAllah ada penambahan pula.

Muslimah high class. Haa. Macamtu la. Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yg setia dalam mencurahkan kasih sayang yg High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w.

Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurahkan kasih sayang bagai mencurah air ke daun keladi.

Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.

Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yg didalamnya sudah terisi dengan rasa penat, mengantuk dan moody.. Bukan juga yg khayal dengan dunia ciptaan sendiri.

Sibuk dengan  gadjet dan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan ?


  •  Muslimah High Class itu adalah muslimah yg berani untuk mengambil langkah untuk berubah.

Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jika kita yg sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah ana ucapkan buat kita. We’re Choosen !

Jadilah yg terpilih dan memilih. Jangan jadi yg terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah sahabatku. Perlahan-lahan.

Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi.. lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan” dan seangkatan dengannya.

Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu perubahan.

Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

Ana pernah terbaca satu perenggan ayat ni :

“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.

He sees, He hears, and He is never too far.”


  •  Muslimah High Class itu ialah seorang yg tabah hatinya dalam ujian hidup.

Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.

Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan yg harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan perasaan. Keliru.

Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga. Kadang-kala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita dengan kehilangan benda atau orang yg kita sayang.

Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.

Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yg bersilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa yang positif mahupun negatif. Beware!

Amalkanlah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.

Muslimah high class jika kita selami dan perhatikan,  perempuan itu amat dekat jiwanya untuk memberi.

Tetapi tidaklah pula ana mengatakan kaum lelaki tidak suka memberi.

Cuma di sini, ana fokuskan kita berfikir tentang kita yakni Kaum Hawa.

Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi bahagia, memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia lakukan (sebenarnya lelaki pun).

Tidak kisahlah sama ada dari segi masakannya, dari segi mengemas rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami, menjaga dan mendidik anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya,  dan lain-lain.

Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha.

Semua hanya untuk mencari redha Allah.

Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda seorang “Muslimah High Class”.


Banyaknya. Macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni ?

Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yg dia pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya.

Muslimah high class

Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik padanya.

Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia dapati ramai manusia yg juga murah senyuman padanya dan membantunya disaat dia memerlukan.

That’s life. Allah maha adil.

Allah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah.

Yakni tabah dengan ujian hidup yg akan datang. Allah menguji kita kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yg berdikari.

Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yg matang serta kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yg lebih banyak di masa akan datang.

Lantas, Allah mendidik kita dengan lembut.

Baiknya Allah, Dia mendidik kita dengan cara yg sesuai dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yg termampu kita menanggungnya.


Kesimpulan :

All of All yg disebutkan diatas, yg ana rasa paling penting, Muslimah High Class itu adalah yg sedar, tahu dan mahu.

Macam mana tu ?

Muslimah High Class ini, dia sedar yg akhirnya dia akan Mati. Kembali kepada Allah. Dia sedar yg setiap apa yg dia lakukan di dunia akan dicatat sama ada sebagai pahala dan dosa.

Jika baik pahala, jika buruk dosa.

Dan ini akan membawa akibat yg besar buat akhiratnya. Dia sedar yg dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam.

Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk mancari redha Allah dalam setiap yg dia lakukan, dia perlu mencari ilmu, menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi hari.

Ini semua kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Jadi. Jom sama-sama pimpin tangan, “kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!”.

Ia bukan soal berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu. Doakan ana dan kita semua.

Alhamdulillah tamat. 
Wallahu'alam bissowab.

Together we strive for mardhatillah !





0 Comments:

Post a Comment


Written at 1:29 AM