overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersSLOT AL- QURAN WAHYU ILLAHI : HEBAT MANUSIA KERANA JUJUR
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Usrah Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد
Alhamdulillahi Robbil A'lamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wasolatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabbil a'lamin.
Jazakillah bagi hadir malam ni .
Malam ni ialah slot Al-Quran - Wahyu Illahi
Tajuk malam ni ialah Hebat Manusia Kerana Jujur ..
Kita akan mengulang kaji surah Al-Tawbah 9: 118-119. Sila rujuk tafsiran Al-Quran masing² ya ..
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
Asbab al-Nuzul
Ketika itu lebih kurang 80 orang yang mengabaikan perintah keluar berjihad di medan Tabuk. Kesemuanya ini (golongan munafik) memberikan pelbagai supaya selamat daripada hukuman Allah & Rasul-Nya.
Kecuali tiga orang sahabat Baginda yang mulia ini; Ka’ab bin Malik, Munarah bin Rabi’ & Hilal bin Umayah. Masing-masing bertemu dengan Rasulullah tanpa mengemukakan sebarang alasan.
Bahkan berkata jujur mengakui kesilapan masing-masing biarpun terpaksa menerima hukuman yang berat kerana meninggalkan perintah jihad ke peperangan Tabuk.
Teguh Berprinsip
Setelah Rasulullah & tentera Muslimin pulang daripada perang Tabuk, Ka’ab datang bertemu Rasulullah mengadukan hal yang sebenarnya tanpa memberikan apa-apa alasan untuk mengelak daripada dihukum.
“Bangunlah dari sini. Biar Allah sahaja yang menentukan hukumannya.” Rasulullah membuat keputusan.
Keteguhan berprinsip Ka’ab bercakap benar membuatkan Bani Salamah kurang senang dengan tindakannya. Mereka mempersoalkan mengapa Ka’ab mengakui kesilapan di hadapan Rasulullah sedangkan tiada kesalahan yang dibuat.
“Wahai Ka’ab, mengapa kau tidak beralasan seperti mereka yang tidak pergi berjihad juga?”
Cemuhan demi cemuhan ditujukan kepada Ka’ab sehingga membuat beliau berfikir dua kali untuk memberi alasan semula kepada Rasulullah.
Namun, atas prinsip bercakap jujur, beliau memendamkan sahaja niatnya.
Lalu Ka’ab bertanya kembali kepada Bani Salamah: “Apakah ada orang lain yang turut diuji sepertiku?”
“Ada, ada dua orang lagi. Mereka ialah Murarah bin Rabi’ & Hilal bin Umayyah.”
Tercengang Ka’ab mendengar kedua-dua nama tersebut. Hatinya mula berasa yakin dengan keputusan awalnya berkata jujur.
“Dua orang soleh ini yang terlibat dalam peperangan Badar mesti aku ikuti kerana kesungguhan mereka berkata benar.,” getus hati Ka’ab.
Ujian Berat
Hukuman sudah dijatuhkan. Ketiga-tiga ini dipulaukan oleh Rasulullah & kaum Muslimin yang lain selama 50 hari. Pada hari ke-40 tempoh pemulauan, Rasulullah menghantar utusan kepada Ka’ab & dua yang lain supaya menjauhi isterinya.
“Apakah aku perlu menceraikannya?"
Hati Ka’ab mula terasa semakin sempit dengan ujian yang dikenakan. Sudahlah dipulaukan, kali ini dipaksa pula menjauhi si isteri yang berperanan sebagai tempat mengadu & dipujuk.
“Bukan. Tidak perlu diceraikan. Kau wajib menjauhinya sahaja.”
Ka’ab mengambil keputusan menghantar isterinya ke rumah keluarganya. Manakala Hilal sahaja dibenarkan tinggal bersama kerana isterinya sudah tua. Itu pun tetap tidak dibenarkan mendekati isterinya.
Berita Gembira
“Wahai Ka’ab, bergembiralah engkau.”
Satu suara bergema dari atas bukit. Mendengarnya suara tersebut, Ka’ab terus tersungkur sujud syukur. Kuat perasaannya mengatakan khabar gembira hukuman ke atasnya sudah berakhir.
Lalu, pengumuman taubat ketiga-tiga sahabat yang mulia diterima oleh Allah telah diumumkan sendiri oleh Rasulullah. Kerana terlalu gembira dengan pengumuman tersebut, Ka’ab menghadiahkan Rasulullah.
kepada penyampai khabar gembira itu sehingga terpaksa meminjam pakaian orang lain untuk bertemu Baginda.
Kedatangannya bertemu Rasulullah diraikan dengan sambutan penghormatan daripada Talhah bin Ubaidillah.
Lalu Rasulullah bersabda sebagai ucapan tahniah: “Bergembiralah engkau dengan hari terbaik sejak engkau dilahirkan.”
Kejujuran Sentiasa Berbaloi-Baloi
Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam dalam diri Ka’ab. Siapa pun tidak menyangka ujian yang begitu berat itu akhirnya diakhiri dengan pengampunan daripada Allah.
Ka’ab berkata: “Demi Allah, tiada ujian yang berat kerana berkata jujur ini melainkan aku. Dan demi Allah, sesekali aku tidak akan berbohong sehingga hari ini. Aku berharap semoga Allah memeliharaku dalam keadaan ini sehingga akhir hayatku.”
Beliau menyambung: “Demi Allah, setelah Dia memilih aku memeluk Islam, tiada lagi kenikmatan lebih besar yang Dia berikan dalam perasaanku selain kejujuranku kepada Rasulullah. Andai aku berbohong, pasti aku menerima kecelakaan seperti mereka (80 orang munafik yang beralasan).”
Inilah berkat kebenaran dan kejujuran dalam berkata-kata. Allah memuliakan mereka dengan pengampunan.
Benarlah kata-kata Rasulullah: “Hendaklah kalian sentiasa berkata jujur kerana sesungguhnya kebaikan akan menghantar kita ke syurga.
Jika seseorang sentiasa berkata jujur dan berusaha untuk jujur, maka dia akan dicatat di sisi Allah sebagai orang jujur. Hati-hatilah kalian daripada berdusta kerana sesungguhnya dusta akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan menghumban kita ke dalam neraka.
Sekian sahaja usrah kita malam ni. Moga Bermanfaat.
Wallahu'alam bissowab.
Together we strive for mardhatillah !
|
0 Comments:
Post a Comment