overview aboutContact join usUkhti Natrah : 019-3199020 Ukhti Jannah : 013-5392078 Ukhti Luna : 016-6495021 Ukhti Hana : 011-10761895 Ukhti Rehan : 011-23415413 Ukhti Diyana : 017-2380651 Ukhti Raihan : 017-4170244 History journalAsk Us questionFollowers followersLEBARKAN SENYUMAN, SEBARKAN SALAM, TERTEBARNYA ISLAM
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Usrah Khaulah Al-Azwar
Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah
استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...
اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم
بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد
Okay in shaa Allah tajuk kita pada hari ni ialah
"Lebarkan Senyuman, Sebarkan Salam, Tertebarnya Islam."
Mari kita teliti, Rasulullah SAW bukan sahaja berjaya sebagai seorang ketua negara, suami dan sebagainya tetapi juga berjaya membina tamadun akhlak dalam diri rakyatnya. Jadi apa rahsianya
Baginda menciptakan suasana yg tenang dan harmoni dalam masyarakat arab jahiliah dengan akhlak baginda yang mulia. Disamping membawa risalah yang besar, baginda turut menghilangkan kegelapan dunia yang seterusnya dilimpahi cahaya iaitu ISLAM
Bina tamadun jiwa maka terbina jugalah tamadun dunia. Ya. Cuba kita perhatikan
Dengan mengukir senyuman pasti membuatkan orang lain membalasnya dengan senyuman juga
kan kan
Yang sedih pasti terubat dengan senyuman yang diukirkan dan akhirnya jiwa kita akan kembali
tenang dan ceria Benarlah seperti sabda Rasulullah SAW :"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."
Mereka yang sentiasa bersama Rasulullah SAW pun turut terkena tempias dengan aura positif daripada baginda. Namun adakah dengan berbekalkan senyuman dan salam boleh mengubah masyarakat dan dunia
Lagipun, bukankah ucapan salam merupakan doa seseorg saudara kepada saudara sesama muslimnya
Dengan Islam. Secara tidak
langsung, kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat dirinya, lalu cas-cas positif mula terbentuk dalam diri. Cuba kita bayangkan , dalam sehari mesti kita akan berjumpa dengan ribuan manusia dan semuanya saling mengucap dan menjawab salam serta saling mendoakan.
Hasilnya, mustahil kita untuk berada dalam mood negatif setelah didoakan oleh
saudara Muslim sendiri.
Lihatlah perkara yang pertama yang Rasulullah ajarkan ketika sampai ke
Madinah. Baginda bersabda :
Jadi, inilah formula pembinaan ketamadunnan yang berkesan
Sebelum baginda membina tamadun Islam yang hebat, baginda terlebih dahulu membangunkan tamadun
jiwa dalam diri manusia
Tebarkan Islam.
Orang yang berjaya sentiasa
meguntumkan senyuman dan mengucapkan salam kepada orang disekelilingnya. Dia sentiasa dan sentiasa membina aura positif dan ingin menjalinkan ukhwah sesama manusia . Jadi itulah sebenar-benarnya kejayaan yang bukan sahaja membentuk diri kita sendiri tetapi dalam masa yang sama berjaya membentuk orang di sekeliling.
So macam mana kita ingin
meneruskan kejayaan yang dibuktikan oleh baginda dan para sahabat ini
Okay. Macam ni :
1⃣ Wujudkan trend.
Pernah dengar trend senyum dan beri salam
Mesti tak pernah kan
Apa kata kita jadikan senyum dan beri salam sebagai trend yang lebih cool untuk diamali
Mulakan trend ini dengan orang terdekat kita
Apabila bertemu sahabat atau sesiapa yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali, apa salahnya kita ukirkan senyuman dan beri salam kepadanya. Iye dok
Selain itu, cuba kita amalkn keluar
masuk rumah dengan beri salam. Lama kelamaan, ia pasti menjadi kebiasaan dan budaya ahli rumah. Percayalah!
2⃣ Gali ilmu
Tambah dan tambahlah lagi ilmu di dada. Sentiasa berkeinginan untuk sentiasa mencari dan menggali ilmu.
Kerana itulah petanda rahmat Allah beri kepada kita.
Dengan adanya ilmu, ia akan
meningkatkan semangat untuk kita terus beramal dan ingatlah !
Ilmu tanpa amal akan menjadikan kita lesu dan merugikan kita. Dengan
ilmu kita akan mengikhlaskan hati untuk lemparkan senyuman dan mengucapkan salam
Seterusnya, kita memahami pujian dan balasan daripada manusia bukanlah harapan. Misi kita hanya untuk menyebarkan imej islam dan
mengutamakan pandangan rahmat daripada Allah
3⃣ Didik nafsu
Kenapa kita nak segan dan malu untuk berdoa, menyapa sesama Muslim dan menjalinkan ukhwah
Jawapannya adalah sebab nafsu merasakan dirinya lebih mulia dan lebih besar. Bagi nafsu, doa, sapaan
dan ukhwah itu menjatuhkan harga dirinya.
Okay cuba kita perhatikan
perumpamaan sedekah yang digunakan oleh Rasulullah SAW sememangnya tepat. Ada makna di sebaliknya. Sebut je sedekah, ia melibatkan komitmen dan pengorbanan terutamanya harta
Namun dari mata kasar kita, benda itu hanya lah sekadar perbuatan
fizikal yg mudah. Hakikatnya ia melibatkan pengorbanan berbentuk jiwa dan nafsu.
Cuba kita bayangkan bila semua manusia mula amal sebarkan senyum dan salam setiap masa, pasti nafsunya mudah dididik dan
dilenturkan. Sudah pasti dakwah Islam mudah meresapi hati mereka dan mereka pun akan sampaikan dakwah itu kepada orang lain juga.
Okay akhir kalam
Ingatlah !
Hanya secebis senyuman dan kalimah salam. Allah akan memelihara kita dalam agama. InshaaAllah
Bersyukurlah jika kita diuji kala berjuang di jalan Allah
Pasti ujian yang diberikan itu menggandakan pahala dan memaniskan lagi iman serta ketakwaan kita semua, inshaaAllah.
Alangkah bahagianya kita bila kita buat sunnah baginda ketika orang lain melupakannya
Alangkah indahnya kita diberikan hidayah untuk tetap istiqamah menegakkan agama Allah
Jadikan petikan ayat ini sebagai motivasi untuk kita terus dan terus mara bermujahadah dalam berdakwah!
Allah berfirman : "Wahai mereka yang beriman, kalau kamu membela agama Allah, maka Allah akan membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu
Nampak tak kesan senyum dan salam pada kepada penyebaran Islam tu
Nampak tak, nampak tak
Nampak kennn
Usah mengalah dengan mujahadah
Kepada remaja khususnya macam kita....
Jangan lah mudah sangat nak mengalah selagi belum turun ke medan tempur. Berusahalah sedaya mungkin untuk memastikan diri kita ni salah seorang yang memberi sumbangan menyebarkan ISLAM ! Walaupun hanya melalui lirikan senyuman dan ungkapan salam
Dan itu sudah pasti sebagai
permulaan untuk berdakwah. Sebagai orang muda, jadikan dakwah kita lebih dekat dengan ummah dan pastikan kita berdakwah dengan berhikmah.
Sekian Usrah Kita Pada Malam ini..
Moga bermanfaat. Wallahu`alam.
Together We Strive for Mardhatillah !
|
0 Comments:
Post a Comment