USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

MANUAL UNTUK MANUSIA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Usrah Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد






Manual manusia ? ? ?

Manusia ada manual ke ? ? ?


Eh siapa kata manusia tak ada manual :)

Setiap yang dicipta ada buku manualnya 📔📔

Kereta 🚗 ada buku manual 📔.
Handphone 📱ada buku manual 📔.
Tv 📺 ada buku manual 📔.

Komputer, camera, DSLR, 📹📷💻 dan lain-lain ada buku manualnya tersendiri.📕📗📘

Samalah macam manusia :)

Sebenarnya kita pun ada manual macam komputer, handphone, tv, kereta tu semua 

"Eh betul ke manusia ada manual ? Don't play play eh."

''Betul. No play play maa"

"Waa bolehlah saya beli lepasni . Apa dia manual manusia tu ?"

"Jeng jeng jeng..."

"Al-Quran lah kitab manual untuk manusia "

"Itulah manual manusia."

"Tapi, bukankah kitab Al-Quran itu hanya untuk orang islam saja ?"

"Taklah. Mana ada. Al-Quran adalah untuk seluruh umat manusia!"

Seperti kereta, pc dan lain lain, manusia juga ada Penciptanya. Dan Al-Quran adalah 'manual' dari Pencipta kita, Allah supaya kita dapat 'berfungsi' dengan baik dan tidak rosak !

:)

Dan sebenarnya, islam bukanlah agama, tapi islam ialah Din. 

"Din tu apa ?"

Din tu sebenarnya perkataan bahasa arab yang bermaksud 'cara hidup'.

Sebenarnya islam meliputi kesemua aspek kehidupan manusia di dunia !

Dalam islam ada soal agama, sosial, pendidikan, ekonomi, politik, psikologi, ilmu sains, soal nikah kahwin dan lain lain lagi !

Pendek kata, dari cara kita mengurus negara  hinggalah kepada cara nak mengurus diri. Semuanya ada dalam islam.

Banyak ohsem kan ?

Ramai yang ingat, islam hanyalah agama saja :(
Sebab itu, ramai umat islam sendiri kata "politik dan agama tidak boleh disatukan", padahal islam meliputi semua aspek.
Dan di sebabkan hanya menganggap islam sebagai agama, ramai orang islam sendiri berperangai buruk seperti membuang anak dan berzina, pergaulan bebas dan lain lain.

Allah..

Bila islam warisan, ramai yang tidak mengkaji dan mempelajari islam yang sebenarnya. :'(

Semua main ikut ja. Al-Quran ditinggalkan , pesanan Nabi SAW tidak di hiraukan. 

Katakanlah suatu hari nanti, kamu mencipta robot.
Robot yang pandai berfikir sendiri.

Dan suatu hari, robot tu tak mahu mengaku kamu penciptanya. Dan dia dah tak nak arahan kamu. Sebab dia rasa dia lagi pandai dari kamu.

Apa kamu rasa ?

Mesti kamu rasa robot tu jahat, kan ?
Dan mesti kamu rasa, robot tu tak mengenang budi, kan ?
Macam kacang lupakan kulit.

Betul tak ?

Jadi, awak rasa..
Kalau seseorang itu dicipta oleh Allah. Tapi dia tak nak ikut arahan Allah. Lepastu tak nak mengaku pulak Allah itu Pencipta dia.

Awak rasa orang tu jahat tak ?


Nauzubillahi min zalik. Moga Allah lindungi kita. Moga Allah kuatkan iman kita.

Sabda Rasulullah SAW,
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat, iaitu, kitab Allah (Al Quran)  dan sunnah RasulNya." (Hadis Riwayat Imam Malik)

Allah berfirman,
"Dan barang siapa mencari cara hidup selain islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi." (Surah Ali Imran: 85)

Alhamdulillah tamat. Moga Bermanfaat :)

Wallahu'alam bissowab.

Together we strive for mardhatillah !


0 Comments:

Post a Comment


Written at 8:43 PM