USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

SEMPURNAKAN SOLATMU
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


🍀 Khaulah Al-Azwar 🍀

🌺 Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab, Al-Fatihah 🌺

استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم... استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحی القیوم واتوب الیه...

💚اللهم صل علی محمد وعلى اله وصبه وسلم 💚

بسم الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين 
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايك نستعين
اهدن الصرط المستقيم
صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين


: الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد






Malam ni ana tak kata ia adalah satu usrah atau apa. Hanya perbincangan atau perkongsian melalui apa yang ana belajar, apa yang ana nak tekankan. Sebelum ni ada pernah bagi usrah tentang solat. Setiap hari kita perlu ada pertambahan dan kebaikan dalam usaha memperbaiki solat. Kan ? Sebab makin lama umur kita makin meningkat. Jadi perlu banyaknya kita menambah ilmu, supaya bertambah baik amal kita. Begitu juga dengan solat, kita kena selalu check, kena belajar, tengok solat kita mana sunat, mana yang makruh kita buat dalam solat, mana yang haram kita buat dalam solat, mana yang membatalkan solat, kita perlu tahu.

Jadi bila kita dah tua esok, mungkinlah wallahualam mudah-mudahan kita di berikan kesihatan yang baik boleh berdiri untuk melakukan solat. Tetapi bilamana Allah mentakdirkan seseorang itu mungkinlah lumpuh, jadi perlu belajar, macam mana nak solat dalam keadaan lumpuh. Kalau orang tu tak boleh berdiri, solatlah dalam keadaan duduk. Kalau tak boleh duduk, solatlah dalam keadaan baring. Bila lakukan dalam keadaan baring, dan mulut tak dapat nak berkata, gunakan hati ataupun kerdipan mata. Wallahualam.

Solat merupakan satu janji setia kita dengan Allah. Sebab itu apabila seseorang itu meninggalkan solat dan dia tidak menunaikan solat, dia tergolong dalam golongan orang kafir. Kerana orang kafir tak sembah Allah. Jadi solat ini adalah janji setia kita dengan Allah. Perlunya kita menunaikan solat.

Kemudian, solat ini adalah ibarat kepala. Orang yang tak solat ibarat badan tanpa kepala. Maksudnya, tidak bernilainya nyawa seseorang tu. Cuba kamu lihat orang yang tiada tangan sebelah. Dia mungkin boleh hidup tanpa sebelah tangan. Tapi pernah kamu tengok orang hidup tak ada kepala ? Tak pernah kan. Jadi, macam tulah betapa pentingnya solat kepada seorang hamba dan itu adalah pengikat janji setia kita dengan Allah. Solat juga penghubung kita dengan Allah dan ia mencegah kita dari mungkar dan maksiat. Wallahualam.

Dan solat juga merupakan tiang agama. Apabila satu solat kamu tinggalkan, ia seperti meninggalkan 34 sujud dalam satu hari.

Kamu bayangkan kamu tak solat dalam satu hari, kamu beerti meninggalkan 34 sujud .

Iblis di keluarkan dari syurga, adalah kerana tidak sujud sekali kepada Nabi Adam. Bagaiman seorang yang meninggalkan sujudnya satu hari kepada Allah ? Dan dia akan jauh dari rahmat Allah. Jadi yang dikatakan tiang agama ini kalau dia tidak menunaikan solat maka runtuhlah tiang agama dia. Apabila seorang itu tidak solat, maka amalam dia yang baik juga akan rosak. Begitulah pentingnya solat.

Dan solat ini bukanlah solat sahaja. Solat ini punya roh iaitu hudhrul qalb yakni "hadir hati" dalam solat. Ada orang yang solatnya, solat sahaja tapi dia tak ada apa-apa. Dia solat tapi hatinya itu tak ada rasa takut dengan Allah, tak ada rasa khusyuk, tak ada rasa tunduk, tak ada rasa rendah diri di hadapan Allah.

Solat yang tidak khusyuk tidak akan di terima Allah sebab itu ada orang yang menunaikan solat tetapi dia masih melakukan dosa dan maksiat.

Kalau kita masih melakukan dosa dan maksiat, kita kena check solat kita. Kenapa solat aku jadi macam ni ? Kalau mungkin kita rasa kita dah check cara kita solat tu mungkin betul, niat dah betul, apa semua keadaan, sunat , mana makruh semua kita cuba tinggalkan. Mungkin dari segi pakaian yang tak bersih. Mungkin, dari segi pemakanan, yang menganggu khusyuknya solat seseorang. Wallahualam.

Dan solat merupakan satu hadiah Allah kepada hambaNya. Allah swt berfirman yang bermaksud "Sesiapa yang hendak bercakap dengan aku, berjumpa dengan aku, mendapat hadrat aku maka masuklah dia ke dalam solat."

Jadi di sini Allah ingin kita bergantung harap kepada Dia. Dan Allah menjadikan solat itu kepada hambaNya adalah untuk bertemu denganNya, untuk bercakap denganNya.

Solat itu adalah satu ikatan yang kuat antara manusia dengan Allah.

Kemudian, tiada makna solat kalau tak ada khusyuk. Orang yang tak ada khusyuk maksudnya dia tak solat. Sebab solat ni maksudnya sembahyang, dia menyembah Allah. Ibaratnya orang yang solat sahaja tapi hatinya tak khusyuk ibarat kamu sambut hari raya lepastu dah pakai cantik-cantik kemudian ayah kamu ni dok tunggu, bila anak aku ni nak salam aku, minta maaf dekat aku. Jadi ibaratnya kita ni pergi menghadap Allah, sudah berdiri dalam sembahyang, dalam keadaan yang cantik dengan pakao telekung siap, tetapi hati kita masih tak nak tunduk kepada Allah. Hati kita masih tak ada khusyuk pada Allah. Itulah ibaratnya. Wallahualam.

Ada orang, dia masuk dalam syurga dan neraka dalam keadaan terpaksa. Maksudnya masuk ke dalam syurga dalam keadaan terpaksa, kita pun pelik. Macam mana boleh masuk dalam syurga dalam keadaan terpaksa sedangkan kita semua memang nak masuk syurga kalau boleh. Sebabnya esok di akhirat kelak, ada yang berbuat dosa dia tahu waktu dia hidup, dia banyak buat dosa dengan Allah, kemudian dia mengaku dengan Allah. "Ya 
Allah dulu masa aku hidup di atas muka dunia, aku ni banyak buat dosa dengan Allah. Tapi kenapa aku di masukkan ke dalam syurga ?" Kerana mungkinlah ada satu amalan kebajikan yang kecik-kecil, kebaikan yang kecik tapi memberi impak yang besar kepada dia. Kita tak tahu mungkin kita angkat barangan di jalanan, paku di jalanan walaupun kita anggap benda tu kecil tapi setiap kali orang yang jalan di jalan itu kita mendapat pahala. 
Wallahualam.

Jadi sebab itulah buatlah walaupun amalan itu sekecil apapun, kita tak tahu kebaikan mana yang akan hantar kita ke syurga.

Jadi ada orang yang masuk dalam neraka dalam keadaan terpaksa Sebab dia tahu waktu dia hidup dia banyak buat amalan, tetapi Allah hantar dia ke neraka. Mungkin ada sedikit keburukan dia, sifat dia wallahualam waktu buat amal dia riyak ke sikit kita tak tahu, kemudian dia tak bertaubat ataupun dia tak sedar jadi itu menyebabkan dia masuk ke neraka Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang masuk ke dalam syurga Allah dan dikumpulkan dengan Rasulullah dan kita selamat dari azab api neraka.

Manusia dengan haiwan, ada haiwan yang muhtadam dan ada haiwan yang muhtadam. Muhtadam yakni haiwan yang tidak di hormati dan ada haiwan yang di hormati. Haiwan yang tidak di hormati seperti khinzir dan anjing gila. 

Jadi orang yang meninggalkan solat ni adalah orang yang tak muhtadam yakni yang tak patut di hormati.

Ada 4 golongan tidak muhtadam:

1. Orang yang meninggalkan solat.
2. Orang yang berkahwin kemudian dia berzina.
3. Orang yang murtad.
4. Orang kafir yang memerangi orang islam.

Itu adalah orang-orang yang tidak patut di hormati. Dan orang orang yang muhtadam itu orang-orang yang patut kamu hormati.

Orang yang meninggalkan solat ini sepatutnya di hukum pancung sebab nyawanya tak ada nilai. Ibarat badan tanpa kepala. Dia hidup ni ibarat mayat hidup. Hatinya ke mana, tak solat, tak ada apa, dia hidup saja. 

Sedangkan Allah kata, "Tidak aku menciptakan jin dan manusia itu di muka bumi melainkan untuk beribadah kepada aku." Jadi setiap detik kehidupan kita di muka dunia ini adalah untuk beribadah kepadaNya. Walaupun kamu minum air dan kata Habib Ali mintalah pada Allah walaupun garam. Ya, sebab semuanya datang dari Allah. Jadi kalau kamu minta walaupun garam bukankah itu di kira ibadah ? Dan kita tahu sebab ia garam itu Allah yang bagi. Kan ?

Kemudian, orang yang sembahyang di permudahkan segala urusannya dunia dan akhirat. Sembahyang akan mencegah seseorang itu daripada melakukan maksiat dan mungkar. Orang yang mendirikan solat sentiasa dalam keadaan zon keselamatan.

Ada satu hadis, orang yang solat subuh berada di dalam jaminan Allah. Ada ana dengar satu cerita, di Arab ke zaman para sahabat wallahualam ketika nak jatuhkan satu hukuman dia akan tanya "Kau solat subuh ke tak ?". 

Sebab kalau orang tu solat subuh dia tak berani nak sentuh orang tu kerana orang yang solat subuh berada dalam jaminan Allah. Wallahualam. Jadi jangan menganiaya orang yang solat subuh kerana sesungguhnya orang yang solat subuh itu berada dalam jaminan Allah. Wallahualam.

Orang yang solat di permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat. Jadi solat ini adalah untuk kita menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. 

Kalau dia berjaya di dunia sahaja, tetapi dia tak ada buat amalan untuk akhirat, jangan kata kamu berjaya dunia dan akhirat. Sedangkan orang yang berjaya di sisi Allah itu adalah orang berjaya dunia dan akhirat.

Jadi, ketika mana kamu menunaikan solat antara dua waktu maka di ampunkan dosa-dosa kamu. Sebab itu, solat itu mencegah kamu dari melakukan maksiat dan mungkar.

Bilamana kamu menunaikan solat zohor, jadi semua dosa-dosa kecil sebelum solat zohor di ampunkan Allah. 

Dosa-dosa besar memerlukan taubat nasuha. Jadi dosa-dosa kecil sebelum solat zohor itu diampunkan bilamana kamu solat zohor. Kemudian bila sampai waktu asar, dosa-dosa kecil sebelum solat asar itu diampunkan oleh Allah. Jadi, perlunya kamu menjaga solat ini supaya sentiasa diri kamu itu bersih daripada dosa. Wallahualam. 

Pentingnya solat itu, jadi perlulah kamu jaga solat. Dan di ingatkan perlunya menjaga solat di awal waktu. Kerana nanti di akhirat, orang yang menjaga solat di awal waktu ini mukanya akan ada Nur dan cahaya. Tetapi orang yang tak  menjaga solatnya, dia akan di kumpulkan dengan firaun. Wallahualam.

Kemudian, ana nak kamu semua catit doa yang ana akan bagi dari hadis Nabi, doa ini boleh diamalkan setiap kali selepas solat.

Dari Muadz bin Jabbal ra berkata bahawa baginda Rasulullah SAW telah memegang tangannya dan bersabda bahwa "Muadz demi Allah aku mencintai kamu, aku berwasiat kepadamu supaya setiap kali selepas sembahyang janganlah kamu tinggalkan daripada membaca doa ini,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ertinya : Ya Tuhanku berilah bantuan kepadaku supaya aku sentiasa berzikir dan bersyukur kepadaMu dan aku beribadat kepadaMu dengan baik.  (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ulang 3 kali dalam solat kamu itu lebih baik. Kalau orang yang nak berhijrah pun boleh.

Kemudian, ada lagi doa daripada nabi. Dari Abu Ayob ra berkata : Setiap kali aku bersembahyang di belakang Nabi, aku mendengar Nabi berdoa selepas sembahyang  dengan doa ini, ertinya "Ya Allah ampunilah segala dosa dan kesalahanku, Ya Allah tinggikanlah darjatku, jauhkanlah kekuranganku, dan berikanlah taufiq kepadaku dengan amal-amal yang soleh dan akhlak yang mulia kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi amal kebaikan dan akhlak yang mulia kecuali Engkau. Dan tiada yang dapat menghalang dari amal keburukan dan akhlak yang buruk kecuali Engkau"
Wallahualam.

Syarat-syarat sahnya sembahyang ialah bersih dan suci dari najis. Bab thaharah sangatlah penting, kebanyakan daripada kita terutama perempuan, yang kadang-kadang bila datang period dan darah tu melekat pada pakaian, dia tak cuci dahulu dan terus masuk dalam mesin basuh. Kamu tahu tak, kamu itu tak di kira bersuci bila air dah bercampur dengan pakaian lain masih tak terangkat. Tak terangkat maksudnya masih belum bersih. Jadi kami mesti basuh dahulu dengan air mutlak, tapi jangan letak sabun. Sebab kita menyucikan bukan menutupi kekotoran ataupun najis itu dengan bau yang wangi. Sebab sebelum kita cuci dengan air mutlak dahulu kemudian sehingga bersih, sehingga hilang bau, warna dan rasa itu. Er, jangan kamu rasa pulak.Maksudnya, rasa bau tu dia dah hilang hamis-hamis dia.

Dan bab thaharah ni sangatlah penting tika mana ramai yang tak ambil peduli. Kadang-kadang kita tak tahu. Jadi yang mana pakai seluar dalam tu, tolong cuci seluar dalam tu dengan bersih baru kamu campur dengan pakaian yang lain sebelum masuk mesin basuh. Kamu tak boleh terus tanggal dan kemudian kamu terus masuk dalam mesin basuh pulak.

Bila air di dalam mesin basuh tu dah bercampur dengan pakaian kamu, tidak dikira bersuci malah menyebabkan seluruh pakaian tu bercampur dengan najis, tak terangkat lagi hukumnya bersuci. Jadi perlunya bersih dari segala kekotoran.

Darah yang ada pada pakaian ataupun apa-apa jenis najis perlu di cuci dahulu sebelum di basuh supaya air yang bercampur darah tidak bercampur dengan pakaian lain.

Darah jerawat jika terlekat pada pakaian solat dimaafkan, boleh di bawa solat. Tetapi bila darah tu sudah bercampur dengan air, tak boleh bawa solat. Misal kata kadang-kadang najis bila ada dekat pakaian contohnya tahi cicak, kamu cuci misal kata dengan air bila darah ataupun dah merebak ke pakaian solat maka kamu tak boleh bawak pergi solat. Wallahualam.

Dan darah korban, boleh bawa solat. Maksudnya bila pakaian terkena darah korban, sah solat.

Kemudian lelaki, Benda ni bila terjadi dekat adik-adik lelaki kamu, abang-abang kamu yang mungkin pakaiannya, bajunya pendek atas punggung jadi kamu boleh tegur ketika solat tak boleh nampak belakang, bahagian pinggang tak boleh nampak, tak sah solat.  Dan pakaian lelaki, seluar dia tak boleh melebihi buku lali. Jangan meleret, tak sah solat.

Perempuan pun begitu juga, pakaian tak boleh meleret-leret, tak sah solat kamu. Jadi macam buat sapu lantai kan. Bila kamu keluar jalan, kamu tak tahu dekat jalan tu ada tahi anjing ke, tahi orang ke wallahualam. Jadi perlu kamu jaga.

Kemudian, yang ini sangat penting, ketika mana kamu berada di luar negara terutama negara bukan islam, pertama sekali yang kamu perlu tanya ialah tentang kiblat. Dan kamu perlu ikhtiar, cari kiblat selagi ada orang islam di situ untuk kamu tanya. Tak kisahlah kalau orang kafir mungkin dia tahu kiblat. Wallahualam. Kalau kamu tak bawa kompas, kamu perlu tanya di mana kiblat. Tetapi, jika orang di sana tidak tahu tentang kiblat maka waktu tu kamu rasa-rasa dekat mana kiblat dan kamu yakin maka kamu solatlah ikut mana keyakinan hati kamu. 

Perlu eh.

Kedua, kamu perlu berusaha mencari makanan yang halal. Selagi ada makanan yang halal, kamu perlu usaha dan makan makanan yang halal walaupun roti.

Yang ketiga adalah kubur. Ketika kamu berada di luar negara, pentingnya kamu bertanya soal kubur kerana eloknya apabila kita mati di satu kawasan itu, elok di tanam di kawasan itu, tidak di bawa balik. Wallahualam

Kemudian, syarat sah solat ialah niat solat. Angkat tangan ketika takbiratul ihram hukumnya adalah sunat. Tinggi paras telingan dan lebar paras bahu. Kemudia  baca doa iftitah, Al-Fatihah, baca surah dan rukuk. Ketika kamu sembahyang jemaah, hendaklah kamu memendekkan bacaan surah itu, supaya orang tak rasa sembahyang berjemaah ini memberatkan. Ini adalah satu jalan dakwah, dan Rasulullah begitu juga, ketika solat berjemaah baginda akan mempercepatkan ketika mana dengar anak-anak menangis sebab kesian dekat si ibu. Dan kita pun boleh jugak kalau kita solat jemaah di sunatkan untuk memendekkan bacaan surah. kalau kamu solat sunat sorang-sorang di sunatkan kamu memanjangkan bacaan solat kamu itu. Tetapi bila kamu solat jemaah, kita nak dakwah supaya orang suka solat jemaah jadi pendekkan bacaan. Jadi dia tak rasa berat. Tak ganggu urusan dia dekat luar. Walaupun memanglah kita boleh kata "apalah sangat urusan dunia, penting lagi urusan akhirat. Betul, tapi kita nak dakwah terkadang perlu kita melakukan perkara, asalkan baca surah.

Kemudian rukuk dan sujud. Sujud mesti menjaga tujuh anggota. Terletak dahi yang terbuka, kemudian tapak tangan. Dan di ingatkan tapak tangan tidak boleh berlapik dengan kain yang terangkat sekali dengan kamu ketika kamu bangun dari sujud, yakni kain telekung. Tak boleh  berlapik dengan kain telekung  dan perlu berada di atas sejadah. Dan tak boleh kain tu terletak bawah tapak tangan, tak sah solat kamu. Kemudia hidung adalah sunat. 

Kadang kadang orang hidungnya tak cecah tempat sujud. Tak mengapa itu adalah sunat. Kemudian kepala lebih rendah daripada punggung. Kemudian lutut dan akhir sekali adalah jari jari kaki terletak.

Al-Fatihah, takbiratul ihram, takhiyat akhir dan salam perlu di baca dengan betul dan  di lafazkan dengan nada sehingha telinga kamu dapat mendengar apa yang kamu baca.

Perkara-perkara yang membatalkan solat atau tidak sah solat ialah berkata-kata dan makan. Benda ni ada satu perkara ketika di mana seseorang itu mungkinlah masbuk iaitu sebab nak solat jemaah, imam dah masuk rakaat kedua kemudian dia terlupa di akhir solat imam bagi salam dia pun ikut bagi salam lepastu dia teringat tadi dia tertinggal satu rakaat di sebabkan dia nak ikut dia nakkan pahala jemaah. Jadi ketika mana kamu dah terikut imam bagi salam, kamu bangun je terus dan buat satu rakaat yang kamu tinggal tadi. Wallahualam.

Kemudian peranan hati dalam solat ataupun di kenali sebagai roh sembahnyang. Dalam solat perlu ada rasa khusyuk. orang yang solatnya tidak khusyuk apabila dia habis solat, solatnya akan naik kepada Allah, dan kalau orang itu tidak jaga khusyuk dia dalam solat, lalaikan dia maka solat itu akan berdoakan keburukan kepada orang yang menunaikan ia. Jadi sebabtu ada orang yang solat tapi dia masih melakukan dosa dan maksiat.
Roh sembahyang yakni hadir hati. Orang yang tak hadir hati ibarat orang yang sambut raya tak minta maaf pada mak ayah. Ibaratnya macam tulah dah pakai cantik-cantik tapi tak minta maaf dengan mak ayah. Begitu juga dengan orang yang menghadap Allah tetapi hatinya tak khusyuk. Kalau dia tak minta maaf dengan mak ayah, mak ayah pasti tertanya "Bila anak aku nak mintak maaf dengan aku ?". Begitu juga dengan Allah, Allah akan tertanya "Bila hamba aku nak tunduk dengan aku ?".

Sabda Rasulullah SAW, orang yang sembahyang tetapi sembahyangnya tidak mencegahny dari perkara maksiat dan mungkar maka dia ter'nyah' dari Allah SWT.

Hudrhul Qalbi yakni hadir hati dengan merasai kehebatan tuhanmu, dengan membandingkan dosa kamu dengan nikmat yang Allah bagi kepadamu agar melahirkan ketakutan kepada Allah. Dan ada rasa takut dan harap. Allah dah bagi kita macam-macam nikmat tapi kita masih melakukan dosa, menzalimi diri dengan melakukan dosa, maka perlulah memohon keampunan kepada Allah dan menangis.

Dan ketika solat, bila kamu nak rasa khusyuk kamu jangan membaca tetapi kamu berbicara dengan Allah. Tahu tak membaca tu macam mana ?

Misal kata kamu membaca bismillahirrahmanirrahim. Itu membaca, tetapi  orang yang berbicara dengan Allah, dia akan berkata dan berbicara dengan Allah. Itu yang akan menyebabkan 'Hadir Hati'. Dengan rasa takut dan harapnya pada Allah. Wallahualam.

Sekian saja perbincangan kita malam ni. Moga-moga kita tergolong dalam orang yang sempurna solatnya, khusyuk di sisi Allah. Segala kekurangan datangnya dari diri ana dan kelebihan datangnya dari Allah. Moga kita mendapat ilmu yang bermanfaat.

Wallahualam. Assalamualaikum.







0 Comments:

Post a Comment


Written at 4:33 PM