USRAH INFO ADMIN CERPEN TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW DASH

LGBT : KEBURUKAN DAN BAHAYA DALAM MASYARAKAT HARI INI (Fiqh Sunnah II)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad Saw



‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
‏اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ






Malam ni, ana nak kongsikan tajuk dalam subjek Fiqh Sunnah II.

LGBT: Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat Hari Ini.
Topik ini sangat menarik untuk dikupas malam ni inshaAllah.

Siapa tahu maksud LGBT?

Isu LGBT seringkali menjadi bahan berita di akhbar-akhbar perdana.
Kes paling terbaru di Malaysia ialah masyarakat kita telah dikejutkan dengan berita;
Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Definisi LGBT

Definisi ini merujuk kepada Kamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.
a. Homoseksual – adalah
merujuk kepada seseorang
individu yang tertarik atau
mempunyai kecenderungan
dari segi seks kepada orang
yang sama jenis jantina;

b. Gay – merujuk kepada

lelaki yang mempunyai
tarikan seksual terhadap
kaum sejenisnya, iaitu
homoseksual;

c. Lesbian – merujuk kepada

perempuan yang
mempunyai tarikan seksual
terhadap kaum sejenisnya,
iaitu perempuan
homoseksual;

d. Biseksual – kecenderungan

untuk melakukan hubungan
seks dengan kedua-dua
jantina iaitu lelaki dan
wanita

e. Transeksual – seseorang

lelaki atau perempuan yang
berperasaan seperti
perempuan atau sebaliknya
dan menampilkan
perasaannya secara nyata
sama ada melalui
pertuturan, gerak badan,
cara berpakaian dan
sebagainya

Malam ni ana cuma tekankan dalil, kesan & cara kita nak sama-sama menangani masalah LGBT melalui dakwah ya.

Let's move on.

Dalil Al-Quran Tentang Pengharaman Amalan LGBT 

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32:Yang bermaksud:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Allah SWT mengulangi lagi laranganNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:Yang bermaksud:Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.


Manakala berkenaan dengan hubungan sesama sejenis pula Allah SWT berfirman di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166Yang bermaksud:“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia”“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”
Allahu Rabbi 

Dalil Hadith Rasulullah SAW Tentang Pengharaman Amalan LGBT 

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:
( ﻣﻦ ﺯﻧﻰ ﺃﻭ ﺷﺮﺏ ﺍﻟﺨﻤﺮ ﻧﺰﻉ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻨﻪ ﺍﻹﻳﻤﺎﻥ ﻛﻤﺎ ﻳﺨﻠﻊ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ ﺍﻟﻘﻤﻴﺺ ﻣﻦ ﺭﺃﺳﻪ ‏( ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ ﻋﻦ ﺃﺑﻰ ﻫﺮﻳﺮﺓ   MaksudnyaBarang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman seperti mana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

Manakala hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ، ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ : ‏«ﻣﻦ ﻭﺟﺪﺗﻤﻮﻩ ﻳﻌﻤﻞ ﻋﻤﻞ ﻗﻮﻡ ﻟﻮﻁ ﻓﺎﻗﺘﻠﻮﺍ ﺍﻟﻔﺎﻋﻞ ﻭﺍﻟﻤﻔﻌﻮﻝ ﺑﻪ »MaksudnyaSesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.


Dalil yang ketiga berkenaan dengan isu LGBT ini ialah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:ﺇﺫﺍ ﺃﺗﻰ ﺍﻟﺮﺟﻞُ ﺍﻟﺮﺟﻞَ ﻓﻬﻤﺎ ﺯﺍﻧﻴﺎﻥ ﻭﺇﺫﺍ ﺃﺗﺖ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓُ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓَ ﻓﻬﻤﺎ ﺯﺍﻧﻴﺘﺎﻥMaksudnyaJika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.
Daripada dalil-dalil yang tersebut diatas, menunjukkan bahawa perbuatan LGBT ini adalah haram disisi Islam.

Isu LGBT yang membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga sering menjadi berita paling panas ketika ini di negara (Malaysia) kita.

Apakah kesan buruk daripada isu LGBT?
Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat 
Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti penyakit HIV AIDS, penyakit Siflis dan timbul lah masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga.

Kaedah Penyelesaian Secara Islam dalam isu LGBT 
Take note! 

Berikut adalah beberapa cadangan oleh senior untuk mengatasi masalah LGBT menurut perspektif Islam:


  • Kesedaran dari dalam hati untuk berubah
Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa yang terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke panggal jalan.
Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi ana sangat percaya jauh disudut hati mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah tidak normal dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Maka, kepada golongan LGBT yang mahu berubah, setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu niat untuk berubah.
Selari dengan ajaran Islam, setiap perbuatan mestilah dimulai dengan niat, lafaz dan perbuatan.


  • Mendirikan Solat
Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam daripada berbuat dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu yang mendorong untuk berbuat maksiat.
Ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran firman Allah SWT:


Maksudnya:Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengantekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat serta ahli jawatan kuasa masjid turut perlu bekerjasama dalam hal ini.
Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung.
Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Ummah sekarang makin tenat.

Ummah perlukan kita.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Allahu 

Di dalam konsep mencegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan.
Tengok sekeliling kita. Jangan putihkan mata hati kita. Berani kerana benar. Berani sebab kita nak masuk syurga sama-sama. Tarik mereka bersama masuk syurga. Bukan ditarik bersama terhumban dalam neraka disebabkan sikap tak ambil peduli.

Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok.
Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?
Yakinilah bahawa setiap cabaran ada penyelesaiannya, bergantung sama ada kita ingin mencarinya dan berusaha untuk menyelesaikannya.
Tidak ketinggalan, jangan berputus asa dari pertolongan Allah kerana Allah bersedia membantu sesiapa yang sentiasa mengharapkan rahmat-Nya.

Sekian usrah malam ni .

Wallahu`alam..



0 Comments:

Post a Comment


Written at 11:56 AM